Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 9

Puan Lee mengurut kepalanya yang pening. Kertas-kertas kerja dibiarkan begitu sahaja. Dia sudah buntu untuk menyelamatkan syarikatnya.

Bermacam-macam cara telah dilakukan tetapi semuanya tidak memberi bekas.

Pintu diketuk. Lalu Puan Lee menyuruh masuk.

"Ye ada apa-apa yang perlu saya bantu?" Tanya Puan Lee yang masih menunduk.

"I think you need my help."

Puan Lee mengangkat wajahnya untuk melihat kepunyaan suara itu.

"Oh, Puan Kang. Jemput duduk."

Ya, Puan Kang. Ibu kepada Kang Daniel. Tapi apa tujuan dia datang kemari?

"Aku dengar syarikat kau hampir merosot." Puan Kang mula bersuara.

Puan Lee memandang ke arah Puan Kang lalu mengangguk.

"That's why i come here. I think i can help you."  Ucap Puan Kang.

" Maksud kau?"

" Aku akan tolong majukan syarikat kau, tapi dengan satu syarat." Ujar Puan Kang.

" Apa syaratnya?"

" Aku nak kita mulakan balik pertunangan Daniel dan Saera."

Terlopong mulut Puan Lee mendengar syarat itu.

"Kau pasti ke dengan apa yang kau cakap? Kau tahu kan anak kau sendiri sakitkan hati anak aku."

" Perkara lama jangan diungkit lagi. Takkan taknak bina kembali mahligai mereka yang dah roboh. Kan?"

Puan Lee terdiam seketika.

"Setuju tak?" Tanya Puan Kang apabila melihat dia diam sahaja.

"A-aku setuju. Tapi aku akan bincang dengan Saera." Jawabnya.

Setelah itu, Puan Kang meminta diri lalu beredar dari situ.

Keluhan berat dilepaskan. Lalu dia pun mengemas mejanya sebelum pulang.

*****

"RA TAK SETUJU!"

"Ra, please... Ini jer caranya. Tolong mama, please.."

Saera memandang wajah mamanya. Perasaannya kini berbelah bahagi.

Dia mahu setuju tapi dalam masa yg sama dia takut. Baru sahaja terlintas tadi diotaknya untuk bertemu Sehun.

"Ra, tak nak." Ucap Saera.

Puan Lee terus merayu.

"Tapi ma..."

"Dahlah Saera. Kalau Saera nak tgk mama sedih macam ni, Saera tak payahlah tolong mama." Puan Lee cuba mengumpan Saera.

"Ok fine. Kalau itu yg mama nak, Saera setuju."

Baru sahaja Puan Lee ingin memeluk Saera, Saera sudah beredar dari situ dengan linangan airmata.

Badannya direbahkan atas katil. Beberapa namanya dipanggil oleh Puan Lee, namun Saera tidak menyahut.

Dia menangis teresak-esak. Timbul rasa menyesal dihatinya. Dia perlukan seseorang sekarang ini.

Sehun, ye Sehun. Dia perlukan Sehun. Tapi bagaimana? Dia malu, marah pun ada. Tika dia bersedih, lelaki itulah yg setia menadah telinga mendengar luahan hatinya.

Tapi sekarang, segala-galanya berubah kembali.

"Apa yang perlu aku lakukan? Aku buntu. Tolong aku. Aku nak lari daripada semua ini. Aku dah penat dengan semua ini."


































Pendek kann??

Lagi sikit... Lagi sikit.... Apa yang berlaku ni??😮

Baideway thanks bebanyak sape yang masih support n baca ff Abe Sehun niiii....

Jasa anda amat dihargai kerana itulah silalah tekan butang oren yg comel tu yer😂😂😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro