part 21
6 tahun kemudian...
Pantai yang cantik dan menarik, menjadi perhatian banyak orang. Ramai yang membawa keluarga mereka ke situ.
Sehun dan Saera juga tidak ketinggalan. Mereka berjalan-jalan sambil berpelukan tangan. Sesekali Saera menghayun-hayunkan tangan mereka.
"Tak sangka kan.. dulu orang tu bukan main jual mahal, tapi sekarang..." Kata Saera lalu mereka menghadap satu sama lain.
Pinggang Saera dipeluk oleh Sehun manakala tangannya naik merangkul leher lelaki itu.
"Cinta awak pada saya terlalu kuat.. mungkin sebab itu tuhan lembutkan hati saya untuk kembali pada awak." Balas Sehun lalu tersenyum. manakala Saera menunduk malu lalu bibir Sehun cuba dipagutnya.
"STOP!!!" Jerit seorang budak lelaki sambil menutup kedua-dua belah matanya.
Sehun dan Saera pantas memandang ke arah kanak-kanak itu lalu tertawa.
"Appa dan eomma tak malu.." katanya lalu mencebikkan mulutnya.
Sehun menghampiri anaknya lalu didukungnya. Pipi si kecil itu di kucupnya sekilas.
"Ye ke?" Soal Sehun sambil mereka terus berjalan-jalan.
"Ya lah. Hansaa tengok ramai orang kat sini.. lainlah kalau kat rumah."
Saera tersenyum cuba menahan gelak.
"Eomma asyik jer cium appa. Hansa dengki tau.."
Sehun hanya gelak.
"Eomma.. appa.. Hansaa teringin nak ada adik.." kata Hansaa.
"A-adik?"
"Ya lah.. Hansaa bosan lah main sorang-sorang, lain eomma. Kalau nak main, eomma ada appa." Ujar si kecil itu.
Saera membulatkan matanya sambil memandang ke arah Sehun yang sudah menahan diri daripada gelak.
"Yah! Apa yang oppa fikir!?" Marah Saera. Bahu lelaki itu dipukul.
"Eoh, appa dah fikir nak main lari-lari dengan eomma ke?" Soal Hansaa. Sesungguhnya si kecil ini masih polos.
Sehun tersenyum nakal ke arah gadis itu sebelum dia menjawab soalan si kecil itu.
"Haah.. oppa dah fikir nak main lari-lari dengan eomma.."
Saera membulatkan matanya tanda terkejut.
"YAH!!" Jerit Saera lalu beredar meninggalkan dua beranak yang sudah bergelak ketawa.
"Hansaa, nak adik ye.. ok, malam ni janji dengan appa, Hansaa kena jadi budak yang baik." Ucap Sehun lalu mengarahkan anak jarinya pada si kecil itu.
"Janji.." Balas Hansaa lalu menyatukan anak jarinya pada anak jari Sehun.
"Dah, jom gi pujuk eomma. Kalau tak, Hansaa tak akan dapat adik." Kata Sehun lalu segera mendapatkan isterinya yang sudah masam mencuka.
-TAMAT-
Akhirnya tamat sudah...
Terima kasih kepada semua yang sudi membaca ff ni 😘 yang sudi vote dan komen, sangatlah menghiburkan hati Author 😂 walaupun ff ni sangatlah hambar😁
Semoga semua terus berada dalam keadaan yang baik dan terus diberikan kesihatan yang sempurna.💃💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro