part 2
Flashback 6 tahun lepas......
Saera dan Sehun merupakan pelajar yang sama disekolah Busan High School (aku reka je ni).
Kalau nak tahu Sehun dulu crush Saera, tapi Sehun tak tahu. Sehun pula suka buli Saera. Kerja sekolahnya selalu diberikan pada Saera. Saera hanya menurut.
Saera pernah meminta nombor telefon Sehun. Tetapi setiap kali dia dapat nombor telefon Sehun, orang lain yang mengangkatnya.
Nampak sangat dia dipermainkan.
"Saera, berapa lama kau nak macam ni? Tanya Chanyeol yang memang menyukai Saera.
"Entahlah.."
"Kau tak bosan ke?"
Saera hanya diam.
Tiba-tiba Sehun dan gengnya datang berhampiran dengan mereka lalu bergelak ketawa.
Tiba-tiba Chanyeol mendapat idea.
"Saera kau suka Sehun kan?"
Saera angguk.
"Tu nampak tak Sehun?"
"Nampak.."
"Aku nak kau pergi kat Sehun...cakap AKU. SUKA. KAU.."
Saera terkejut lalu memandang Chanyeol.
"Aku malulah..."
"Pergi atau aku hebohkan satu sekolah.."
"Yelah...yelah..."
Saera menghampiri Sehun dengan teragak-agak.
"Sehun..." Panggil Saera.
Sehun hanya memandang dingin Saera. Saera pula hanya menundukan wajahnya.
"A-aku s-suka k-kau."
Sehun membulatkan matanya. Api kemarahannya bila-bila masa sahaja boleh meletus.
"A-apa kau cakap!? Ulang balik!" Tengking Sehun sambil mendekatkan telinganya pada Saera.
Saera sudah menggigil ketakutan tapi dia kuatkan dirinya untuk mengulang balik ayat yang diungkapkannya tadi.
"A-aku s-suka k-kau.."
Buk!!
Dinding sebelahnya ditumbuk Sehun. Bahu Saera terhinjut kerana terkejut.
Sehun benar-benar marah. Sudahlah ada teman-teman temannya disitu.
"Eh, perempuan! Kau dengar sini! Kau tu tak layak untuk aku! Muka dah lah buruk! Berparut pulak tu!" Tengking Sehun lalu meninggalkan Saera diikuti oleh gengnya.
Saera menangis. Bukan kerana cinta ditolak tetapi kerana dihina sebegitu rupa.
Chanyeol pula sudah hilang entah ke mana.
Saera mengelap airmata nya. Dia tarik nafas lalu hembus semula.
"Tak apa Sehun. Kalau ini yang kau buat pada aku. Lepas ini kau tak kan tengok lagi muka aku yang kau benci ni. Aku akan pergi jauh dari kau. Mungkin kita akan jumpa semula tapi aku yakin yang kau tak akan kenal aku lagi. Dan Kau dah tolak cinta aku, jadi aku harap lepas ni cinta kau pula ditolak supaya kau rasa macam mana rasa sakit yang aku tengah rasa sekarang ni."
Memang betul kata Saera. Lepas dia menolak Saera, ramai perempuan yang menolak cintanya sekaligus menyebabkan dia kehilangan gengnya kerana dirinya terlalu berbangga. Tidak cukup dengan itu dia sering dipermainkan oleh perempuan yang menyebabkan perubahan dirinya berlaku 100%. Dia juga mengambil keputusan untuk berpindah sekolah.
Saera pula sejak kejadian itu, dia telah berpindah ke sekolah lain.
Tapi siapa sangka mereka berpindah di sekolah yang sama tetapi masing-masing tidak mengenali satu sama lain kerana perubahan yang mereka buat sangat ketara.
End flashback....
AMACAM SETUJU TAK FLASHBACK YANG KAT ATAS??
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
silalah tekan bintang kecil oren yang dibawah ye....
😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro