Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 19


Saera mengeluh seketika setelah selesai menyiapkan tugasannya. Masih berbaki lagi 3 hari sebelum tarikh perkahwinannya.

Dia rindukan lelaki itu. Sangat-sangat rindu. Walaupun setiap hari membuat panggilan video, namun dia masih belum puas. Dia mahu memeluk lelaki itu. Dia mahu berada lebih dekat dengan lelaki itu.

Kepalanya didaratkan di atas meja. Telefon yang berdering itu segera diangkatnya tanpa melihat siapa si pemanggil.

"Siapa?" Tanya Saera.

"Eh, takkan dah lupa your future husband."

Saera segera menegakkan badannya. Rambutnya yang sedikit serabut dibetulkannya. Lantas bibirnya mengukir senyuman.

"Awak tengah buat apa, tu?"

"Tengah rindu kau." Jawab Saera spontan.

Sehun hanya gelak mendengar jawapan daripada Saera.

"I miss u too. Lagi 3 hari je kita nak jumpa. Sabar tau."

"Sehun..." Panggil Saera.

"Ya?"

"Jomlah kita jumpa. Senyap-senyap je. Aku bosanlah hadap kertas-kertas ni." Omel Saera.

"Mana boleh, saya kan dah janji."

"Alaa.. mama bukannya tahu. Please... Jomlah...."

"Tapi nak jumpa kat mana? Mata-mata mama awak ada kat mana-mana je."

"How about... Hotel?" Cadang Saera.

"H-hotel? Are you sure?"

"Yelah. Hotel takde sape-sape nampak."

"Tapi..."

"Oppa....." Ucap Saera dengan suara yang cukup lembut. Sahaja mahu lelaki itu termakan oleh ajakannya.

Gadis itu tidak serik. Sebelum ini pun sudah tertangkap oleh Puan Lee, tetapi Saera tetap berdegil.

"Ok, jumpa kat hotel."

Saera tersenyum kemenangan. Tanpa berlengah, dia segera keluar dari bilik itu. Langkah diatur dengan berhati-hati supaya tidak tertangkap oleh Puan Lee lagi.

******

Badan Sehun dipeluk erat oleh Saera seakan-akan tidak mahu melepaskannya. Sehun turut membalas pelukan itu sambil mengusap kepala gadis itu.

Saera memandang ke arah lelaki itu lalu tersenyum. Dia mengucup bibir Sehun sekilas.

"Nakal eh." Kata Sehun lalu mencuit hidung Saera. Gadis itu tertawa.

Mereka berpusing-pusing sambil berpelukan sehinggalah mereka terjatuh diatas katil. Sehun dan Saera hanya ketawa.

Pipi Saera dielus lembut sebelum lelaki itu mengusap bibir bawah gadis itu menggunakan ibu jarinya. Pandangan mereka terkunci.

Tanpa disedari, wajah Sehun semakin dekat dengan wajah gadis itu lalu bibir mereka disatukan.

Saera memejamkan matanya sambil menggenggam erat baju lelaki itu apabila Sehun mula memberikan lumatan pada bibirnya dan mula membalasnya secara perlahan.

Sehun menahan tangannya pada katil tidak mahu badannya terjatuh diatas badan gadis itu walaupun beberapa kali Saera cuba menarik-narik badannya.




























































Jangan lupa vote 😘😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro