Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 18


Genggaman tangannya pada tangan Saera semakin kuat. Sungguh dia sangat takut akan pandangan tajam ibu Saera itu.

Tangan lelaki itu digosok-gosok oleh Saera bagi menenangkan hati lelaki itu.

"Kamu tahu berapa lama mama tunggu kamu selesai?" Tanya Puan Lee. Dingin. Menyebabkan Saera juga berasa kecut perut."

"R-Ra..."

PAP!

Puan Lee menghempaskan sebuah fail di atas meja tepat-tepat dihadapannya.

"Ambil, buka, baca dan faham." Kata Puan Lee. Tanpa berlengah, Saera segera mengambil fail itu lalu dibukanya. Satu persatu isi fail itu dibacanya.

Terkejut bukan kepalang, Saera memandang ke arah mamanya yang sudah tersenyum.

Sehun yang masih pelik itu segera mengambil fail itu lalu dibacanya. Dan dia juga turut melakukan hal yang sama.

"Sebenarnya dari awal mama dah rancang. Sebab itu mama suruh Ra yang jumpa klien mama." Ucap Puan Lee lalu senyum.

"Mama suka buat Ra macam ni.."  kata Saera lalu menyorokkan mukanya di dada bidang lelaki itu.

"Oh Sehun, ada satu syarat untuk kamu buktikan yang kamu cintakan anak saya. Memandangkan hati anak saya pernah disakiti dan saya pun turut tersakiti." Kata Puan Lee lalu Saera mengangkat wajahnya memandang ke arah mamanya.

"Apa itu, puan?" Tanya Sehun seperti sudah tidak sabar untuk mendengarnya.

"Jangan jumpa Saera selama seminggu sehingga tarikh perkahwinan kamu berdua."

"APA!?" Jerit mereka berdua apabila terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Puan Kang itu.

"Ma..."

Puan Lee menggerakkan jari telunjuknya kekanan dan kekiri ke arah Saera tanda tidak mahu untuk mendengar apa-apa.

"Tapi kami baru jumpa." Kata Saera cuba memujuk hati mamanya.

"Tak apa, Puan. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan saya dapat Saera." Ujar Sehun sambil mengangkat tangannya.

Saera memandang ke arah lelaki itu seperti tidak percaya.

"It's okay, just one week. Lagipun kita boleh buat panggilan video." Terang lelaki itu cuba meyakinkan Saera.

Saera memandang sekilas ke arah mamanya sebelum dia menganggukkan kepalanya.

"Bergembiralah sepuasnya untuk hari ini kerana syarat kamu akan bermula pada esoknya." Ucap Puan Lee lalu meninggalkan mereka.




















































Seronok?
Asyileee vote 😘😁

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro