part 17
Sedikit pelembap bibir dioleskan pada bibirnya sementara menunggu kliennya. Jam tangan dilihatnya sekilas. Masih awal.
Saera mengambil telefonnya lalu aplikasi WhatsApp dibukanya. Tiada mesej yang masuk. Dia meletakkan kembali telefonnya.
Saera meletakkan kepalanya di atas meja sambil tangannya bermain-main dengan sebatang pen.
"Rindu... Kau kat mana? Kenapa kau suka buat aku macam ni?" Luahnya apabila tiba-tiba dia teringatkan Sehun. Jejaka itu pergi tanpa meninggalkan sebarang khabar. Hampir setiap hari gadis itu cuba untuk tidak merinduinya, tetapi makin dilupa, rasa itu semakin kuat hadir dalam dirinya.
"Kalaulah dulu aku terus maafkan kau, mesti kau tak tinggalkan aku, kan?" Omelnya. Airmata yang jatuh disekanya tatkala terdengar bunyi ketukan pintu. Dia mengangkat kepalanya lalu menyuruh gerangan itu masuk.
"Cik Saera, klien akan sampai dalam masa 30 minit lagi." Ucap seorang wanita selalu pekerja bawahnya.
"Baik, terima kasih." Balas Saera. Dia bangkit dari kerusinya lalu mengambil segala fail-fail dan dokumen-dokumen yang akan menjadi bahan perbincangannya nanti.
Langkah diatur kemas menuju ke bilik pejabat utama. Ruang yang serba mewah itu sedikit mengkagumkan Saera walaupun itu adalah kali kedua dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Jarang sekali dia masuk kedalam bilik itu kerana setiap kali berurusan dengan klien adalah Puan Lee. Dia akan menggantikan ibunya jika wanita itu terlalu sibuk dengan urusan pejabat.
Dia melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi yang cukup empuk. Walaupun sudah 2 tahun, dia berada di dalam bangunan itu, namun Saera jarang sekali ingin meninjau seluruh bangunan itu.
Dari tingkap pejabat itu, Saera dapat melihat seluruh suasana kota Seoul itu. Dia berdiri sambil memerhati kota yang sibuk itu.
KLEK!
Pintu dibuka oleh seseorang. Dia berdehem seketika. Lantas Saera memusingkan badannya untuk melihat kliennya.
Seperti terkena renjatan elektrik, seluruh tubuh gadis itu kaku tidak bergerak. Seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Lelaki itu turut melakukan hal yang sama.
Pandangan mereka terkunci.
Tanpa sedar, mereka mengalirkan airmata. Menumpahkan segala rindu yang sudah lama terpendam.
Saera mendekati Sehun dengan langkah perlahan. Tubuh lelaki itu terus dipeluknya erat. Dia menghamburkan tangisnya pada dada bidang lelaki itu.
Sehun turut membalas pelukan itu. Lama. Lama mereka berkeadaan begitu sehingga Saera sendiri meleraikan pelukan itu.
Dada lelaki itu dipukul lembut. Lalu dia kembali memeluk lelaki itu.
"Mana kau pergi? Kau tahu tak aku rindu kau. Sangat-sangat rindu." Ucap gadis itu.
Sehun memandang tepat ke arah mata Saera. Saera juga turut memandang Sehun.
"Mianhae..." Ucap Sehun.
CHUP!
Tanpa malu, Saera melekatkan bibirnya pada bibir Sehun. Awalnya Sehun terkejut, namun lama-kelamaan dia mulai membalas ciuman itu.
Hampir 3 minit mereka bercium, akhirnya dileraikan lalu masing-masing mengatur nafas yang hilang.
Sehun melekatkan dahinya pada dahi gadis itu lalu tersenyum.
"Apa maksud awak?" Tanya Sehun.
Saera memandang anak mata Sehun sebelum dia menjawab soalan lelaki itu.
"Forgive you and already to be yours."
Sehun tersenyum lalu kembali menyatukan bibir mereka.
Ekceli aku takde idea 😫
Tapi apa-apa pun asyileee vote 😘😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro