Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 16


Sehun melangkah masuk kedalam pejabat. Kini dia merupakan seorang CEO disyarikat Oh Company. Mengambil alih jawatan papanya kerana kesihatan papanya semakin merosot.

Bingkai gambar yang terletak kemas berhampiran dengan pasu bunga mini itu dilihatnya. Terukir sebuah senyuman dibibirnya. Sehun mengusap gambar itu.

" Lee Saera.. macam mana keadaan awak sekarang? Adakah awak baik-baik sahaja? Saya rindu awak. Senyuman awak, suara awak, semuanya saya rindu." Ucap Sehun.

Ya, sudah 2 tahun dia berada di London. Dan 2 tahun itu jugalah dia menahan rindu pada gadis itu. Hatinya masih mencintai gadis itu.

Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia pasti tidak akan melukakan hati Saera.

"Tuan, ini fail-fail yang Tuan minta." Kata Muna selaku pembantu peribadi Sehun.

"Terima kasih, Muna. By the way, bila kamu akan ikut suami kamu?" Tanya Sehun apabila teringatkan yang gadis itu mahu berhenti menjadi pembantu peribadinya kerana mahu mengikuti suaminya.

"Mungkin dalam 2 atau 3 hari lagi." Jawabnya. Sehun hanya mengangguk lalu gadis itu pun meminta diri dan keluar.

*****

Bunyi tapak kasut high heel bergema indah di ruang itu. Gaun berwarna merah yang dipakainya amat sesuai dengan bentuk badannya.

Saera, gadis itu sedang menuju ke ruang pejabat mamanya. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandang ke arahnya.

"Mama! Apa pulak Ra yang kena jumpa klien mama tu?" Jerit Saera. Gadis itu tidak berpuas hati akan apa yang dilakukan oleh mamanya.

"Ra, jumpa je. Bincang tentang projek pembangunan tu, selesai." Ujar Puan Lee.

Saera mendengus geram.

"Ra malaslah. Nanti Ra nak keluar dengan kawan-kawan."

Puan Lee tersenyum. Sejak 2 tahun ni, anak gadisnya banyak menghabiskan masanya dengan kawan-kawannya. Kerjanya dibiarkan bertangguh.

"Boleh. Silakan. Tapi kalau kad kredit disekat, jangan nak cari mama." Ugut Puan Lee.

"Mama..."

Puan Lee menggelengkan kepalanya.

"Yelah, yelah. Ra ikut cakap mama." Akhirnya dia mengalah apabila mamanya mengugut begitu.

"Sekarang masuk pejabat Ra. Atas meja Ra penuh dengan fail. Mama nak petang ni juga."

"Ma..."

"Dalam kiraan 3, semua yg ada pada kamu akan hilang. 1... 2..."

"Ok, ok. Ra selesaikan." Kata Saera lalu segera beredar dari situ.

Sempat dia memarahi pekerja yang lain kerana asyik terus memandangnya.

Punggung dilabuhkan dengan kasar. Fail-fail yang berlambak itu diambilnya.

"Dahlah banyak. Tapi aku juga yang suka tangguhkan." Omelnya sendiri.

"Dan sekarang kau HADAPLAH kertas-kertas ni." Kata Saera pada dirinya sendiri.

"Syarikat Oh, kenapa macam pernah dengar, eh? ARGH! Apa-apa sajalah. Yang penting, aku nak selesai cepat. Masih tinggal 3 hari sebelum tarikh nak jumpa klien mama tu. Lepastu KITA ENJOY!!"

Pantas dan cekap kerana Saera memang mahir dalam bab-bab seperti itu. Jadi tak hairanlah kalau dia suka tangguh-tangguhkan kerjanya.

























Akhirnya dapat update😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro