Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 14


Saera banyak menghabiskan masanya didalam bilik. Makan minumnya juga tidak teratur. Kadang dia makan, kadang tidak.

Puas Puan Lee cuba mengajaknya untuk makan, namun Saera tidak mahu. Segala cara sudah dibuat namun sikit pun tidak berjaya.

"Ra, makanlah. Mama sedih tau tak Ra macam ni." Kata Puan Lee cuba memujuk Saera.

Saera menggeleng. Sudah masuk ke berapa kali, dia dipujuk.

"Makanlah. Kejap lagi Daniel datang."

Saera berdecit. Mendengar nama lelaki itu membuatkan dia makin menyampah.

"Menyampah." Ucap Saera.

"Saera..." Panggil Puan Lee.

"Lelaki tak guna tu boleh pergi mati."

"Saera..." panggil Puan Lee lagi.

"Lelaki bodoh macam dia memang tak guna."

"SAERA!!"

Saera memandang ke arah ibunya. Airmatanya mengalir.

" Mama buat semua ni untuk Ra, untuk Ra." Kata Puan Lee.

" Dahlah Ma. Bukan Ra tak tahu, tapi Ra tahu. Ra dah tahu apa yang mama buat belakang Ra. Mama buat semua ni sebab kepentingan mama!" Ujar Saera.

"Saera, mama..."

"Ma, Ra nak Sehun. Ra nak Sehun! Ra tak nak lelaki tak guna tu!" Jerit Saera.

"Stop it, Saera!"

Saera terdiam tapi masih lagi menangis.

"Sekali lagi nama Sehun keluar dari bibir kamu, mama tak teragak-agak untuk kahwinkan kamu dengan Daniel hujung bulan ni jugak!" Marah Puan Lee lalu keluar dari bilik itu.

Saera menjerit semahunya. Segala yang ada di atas katil itu dilemparkan ke arah pintu untuk melepaskan marahnya.

"Aku nak dia!!"

*****

Sehun menghela nafas sebelum masuk kedalam pejabat itu. Semalam dia dipanggil oleh pengetua sekolah namun dia sibuk. Jadi hari ini dia berkesempatan untuk bertemu dengan pengetua sekolah. Memandangkan besok hari terakhir dia berada di sekolah itu.

"Jemput duduk." Ucap pengetua itu lalu Sehun pun duduk.

"Kamu pasti dengan keputusan kamu?" Tanya pengetua itu untuk memulakan perbualan.

Sehun mengangguk.

"Saya bukan apa, pasukan bola jaring sangat memerlukan orang seperti kamu. Lagipun kamu sangat berbakat."

"Maaf saya tak dapat nak membantu."

Pengetua sekolah itu senyum.

"Tidak mengapa. Lagipun saya tak ada hak nak paksa kamu."

"T-terima kasih." Ucap Sehun.

"Bila kamu akan ke Kanada?" Tanya pengetua itu lagi. Jujur dia sangat berat hendak melepaskan Sehun setelah Sehun berjaya membuatkan pasukan bola jaring mara ke peringkat antarabangsa.

"2 hari lagi saya akan bertolak."  Jawab Sehun.

"Baiklah kalau macam tu. Jaga diri kamu baik-baik apabila disana."

Setelah itu, dia pun meminta diri untuk pulang. Sempat juga dia melihat sekeliling, mencari sesusuk tubuh yang dia sangat rindu.

Sudah 2 hari dia tidak ke sekolah kerana dengan urusannya untuk ke luar negara. 2 hari itulah dia tidak bertemu dengan Saera.

Jujur dia sangat merindui wanita itu. Gelak tawa wanita itu, sedih marah wanita itu, suara yang sering mengajaknya untuk menemaninya ketika dia berseorangan, Dia sangat rindu.


















Sikit lagi.. sikit lagi..

Mungkin 2 atau 3 chapter akan tamat..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro