part 13
Memandangkan pelajar lelaki masih di padang sekolah, Saera cepat-cepat menyelinap masuk ke dalam bilik persalinan lelaki.
Kesemua loker-loker milik pelajar-pelajar lelaki itu digeledahnya untuk mencari loker milik Sehun.
Niatnya cuma satu. Dia ingin mengambil telefon milik lelaki itu. Mungkin dia mahu melakukan sesuatu dengan telefon itu.
Akhirnya loker milik Sehun berjaya dijumpainya. Telefon yang berada di poket baju Sehun diambil.
"Kata laluan lah pula."
Saera berfikir seketika.
"Tarikh lahir dia kot." Kata Saera lalu menulisnya. Tetapi tidak berjaya.
"Jangan-jangan tarikh lahir aku." Ucap Saera lalu ketawa. Tetapi hasilnya tetap sama.
Saera mengeluh. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
'LOVE SHOT' ditaipnya lalu dia tersenyum lebar.
'LOVE SHOT'. Perkataan ini sering digunakan oleh Sehun suatu ketika dahulu.
Tiba-tiba suara-suara garau kedengaran. Tak lain tak bukan, suara itu adalah suara pelajar-pelajar lelaki.
Terkejut bukan kepalang. Saera hilang arah. Macam mana dia nak keluar. Mereka semua sudah menghampiri pintu masuk.
Tanpa berfikir panjang, bilik air dituju Saera. Dia mengintai sedikit untuk melihat ke arah luar.
Oh tidak! Sehun sedang menghampiri ke arah bilik air yang dia sedang berada.
Sehun cuba menolak pintu tetapi Saera cepat-cepat menahan. Akhirnya berlakulah Sehun tolak, Saera menahan.
Kerana tidak mahu terkantoi, akhirnya Saera mengeluarkan sedikit kepalanya.
Bulat mata Sehun melihat Saera.
"Woi! Tepi aku nak guna bilik air!" Ucap Daniel. Sehun hanya mengeraskan badannya lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Aku dapat dulu. Jadi aku guna dulu." Kata Sehun lalu masuk kedalam bilik air itu.
Suasana di dalam bilik air menjadi kekok. Sehun dan Saera hanya diam.
"Telefon aku." Bisik Sehun lalu mengambil telefonnya daripada Saera.
Lidah Saera kelu. Tidak tahu mahu berkata apa.
Apabila keadaan sudah kembali lengang, mereka pun keluar.
Baru sahaja Sehun ingin membuka mulut, Saera sudah keluar.
Setelah Saera keluar dari bilik itu, Saera menghentikan langkahnya seketika. Dia memusingkan badannya menghadap pintu masuk bilik itu.
"Jumpa aku kat perpustakaan! Aku ada sesuatu nak beritahu kau!" Jerit Saera lalu beredar dari situ.
Siapa sangka ada yang mendengar jeritan itu lalu tersenyum sinis.
*****
Saera tiba awal di perpustakaan. Tempat biasa yang dia lepak ditujunya.
"Saera, macam biasa kentang goreng." Kata pemilik perpustakaan itu lalu senyum.
(Fuhhhh... Perpustakaan. Tapi macam kafe. Anggap jerlahhh perpustakaan ternama.. gitcheww😂😂)
"Kali ini saya nak dua hidangan." Ucap Saera lalu berterima kasih.
Dia menunggu kedatangan Sehun sambil memainkan telefonnya. Namun yang ditunggu tidak muncul sebaliknya yang muncul adalah... PUAN LEE!
"Saya nak hidangan yang sama." Ucap Puan Lee lalu mengambil tempat di sebelah Saera.
"Mama.."
Saera tergamam. Bagaimana dia hendak berjumpa dengan Sehun kalau mamanya berada disini. Dan mengapa mamanya berada disini.
Segala soalan bermain-main di fikiran nya.
"Mujurlah aku bagitahu mama kau." Ucap Daniel yang tiba-tiba muncul.
Bulat mata Saera kerana terkejut. Mengapa mereka semua boleh berada disini.
Tidak lama selepas itu, Sehun tiba. Dia menghampiri mereka semua.
"Kau nak bagitahu aku apa?" Tanya Sehun yang sudah berdiri dihadapan mereka.
Belum sempat Saera membuka mulut, bahunya dipeluk oleh Daniel menyebabkan dia tersentak.
"Mulai sekarang, aku nak kau jauhkan diri dari Saera. Kami akan bertunang semula dalam tempoh yang terdekat."
Saera hanya menunduk.
Hati Sehun bagai dirobek-robek. Kata-kata yang diungkapkan oleh Daniel tadi amat menyakitkan. Dia memandang ke arah Saera.
"Ini yang kau nak beritahu aku?"
Lidah Saera kelu. Ingin sahaja dia menidakkan kata-kata Daniel tetapi lidahnya berat. Puan Lee dipandang sekilas lalu dia memandang ke arah Sehun.
Saera mengangguk lemah dan kembali menundukkan kepalanya.
Sekali lagi hatinya hancur. Tanpa berlengah, dia terus keluar dari situ.
Tubir mata Saera berkaca, namun sedaya upaya dia cuba untuk tidak menjatuhkan airmatanya.
"Kalau macam tu, mama harap sangat hubungan kamu berdua baik-baik sahaja." Ucap Puan Lee lalu meminta diri.
Pandangan tajam diberikan kepada Daniel. Ikutkan hati mahu sahaja dia membelasah lelaki ini. Namun amarahnya ditahan.
Dia mengambil begnya dengan kasar lalu turut keluar dari situ.
Daniel tersenyum sinis.
"You lost,i'm win."
-TAMAT-
JOKING!!!!!!!
MUEHEHEHEHEHEHEHEHE
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
MASIH PANJANG LAGI..
JGN LUPA VOTE😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro