part 12
Saera berdecit kesal apabila mamanya memberitahu bahawa dia dan mamanya akan makan malam bersama Daniel dan keluarganya.
"Ra malaslah." Ucap Saera sambil matanya masih menonton tv.
"Ra, makan malam jer, lagipun ada benda yang mama nak bincang." Ujar Puan Lee.
"Yelah, yelah. Ra ikut."
Saera mematikan televisyen lalu masuk ke dalam biliknya sambil merengus kasar.
*****
Malam itu, cukup merimaskan Saera. Sepanjang pertemuan dengan keluarga Daniel, dia langsung tidak ambil peduli.
Segala soalan-soalan yang ditujukan kepadanya, acuh tak acuh sahaja dia menjawabnya.
Daniel memandang ke arah Saera dengan senyuman terukir dibibirnya. Saera perasan tetapi dia buat-buat tidak tahu sahaja.
"Saera dengan Daniel macam mana, ok?" Tanya Puan Kang.
"Sikit." Ringkas sahaja jawapan Saera. Dia betul-betul muak dan menyampah.
"Saera tak suka majlis besar-besaran kan?"
"Tak."
"Saera, kalau Daniel buat hal lagi bagitahu jer aunty."
"Hmm.."
"Saera..."
"Ra balik dulu. Rimas, bosan." Kata Saera lalu bangun dari duduknya.
Puan Lee menarik tangannya menyebabkan langkahnya terhenti.
"Sekurang-kurangnya beradablah sikit. Mama tak ajar tau." Bisik Puan Lee.
Saera senyum sinis.
"Ra jadi macam ni pun sebab mama. kalau mama tak setuju, dah lama Ra bahagia dengan Sehun."
Bulat mata Puan Lee apabila nama Sehun disebutnya.
"Kenapa lelaki tak guna tu jugak yang kamu nak!?" Puan Lee mula hilang sabar. Ditambah lagi malu dengan sikap anak gadisnya itu.
"Sekurang-kurangnya dia menyesal apa yang dia buat pada Ra. Tapi dia, langsung TAK!!" Ucap Saera. Dia mula menangis.
"Ra tak kira! Macam mana sekalipun Ra nak Sehun!!"
"SAERA!!" Tangan Puan Lee hampir menampar pipi mulus Saera. Tapi terhalang apabila telefonnya berbunyi.
Saera segera keluar dari situ diikuti oleh Daniel. Namun Daniel dihalang oleh Tuan Kang dan mengisyaratkan ya supaya membiarkan Saera sendiri.
"Kalau itu yang kamu nak, bersedialah untuk miskin. Mama tahu kamu tak boleh hidup miskin." Ucap Puan Lee.
Langkah Saera terhenti seketika. Dia memandang ke arah mamanya sekilas lalu pergi.
Arah yang ditujunya pun tidak tahu. Yang pasti dia ingin tenangkan dirinya.
' God, please help me. Aku buntu dengan semua ini. I don't know how to continue this life. God, please help me too forgive jom. I don't want to lose him. Because it dont like him anymore but i already love him...'
Saera menggenggam hujung bajunya sambil menahan tangisnya. Namun airmatanya mengalir jua. Akhirnya dia menangis teresak-esak.
"Sehun, jika kau betul-betul mencintai aku, tunggulah aku. Jangan bosan untuk menunggu aku. Aku akan datang pada kau bila aku bersedia."
Agak-agak dah nak sampai ending belom??😁😁😁
👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro