Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 10


Hari demi hari berlalu, Saera tidak lagi seceria dulu. Sekarang dia banyak menghabiskan masa rehatnya dia atas bumbung sekolah.

Dia juga sering mengelak daripada bertemu dengan Sehun. Walaupun banyak kali Sehun cuba berjumpa dengannya.

Hampir setiap malam, dia hanya menangis mengenangkan nasibnya.

Si Daniel pula, mentang-mentang  dia dan Saera bertunang kembali ada sahaja yang dilakukannya untuk cemburukan Sehun.

"Jauh termenung." Tegur Daniel lalu menghampiri Saera. Saera tidak menghiraukannya. Malah dia menggulingkan matanya tanda menyampah.

"Sibuk!"

Baru sahaja Saera ingin bangun, dia dihalang oleh Daniel. Segera Saera menepis tangannya.

"Jijik. Jangan berani sentuh aku." Ucap Saera dingin.

Daniel tersenyum sinis.

"Nampaknya aku menang dalam nak dapatkan kau. Lelaki selekeh itu, hahaha kalah."

PANG!!

Satu tamparan hebat dihadiahkan kepada Daniel. Amarah Saera sudah membuak-buak.

"Kau dengar sini! Kau boleh dapatkan aku! Tapi kau takkan pernah dapat hati dan perasaan aku!" Ucap Saera sambil menuding jari ke arahnya.

Saera menolak kasar Daniel sehingga dia terdorong sedikit kebelakang lalu beredar dari situ. Sempat dia melanggar bahu Daniel.

Daniel menggenggam penumbuk menahan marah. Marah kerana sifat kelakiannya diusik. Pipi ditolak kekanan menggunakan lidah.

"SIAL! Kau tunggu, kau tunggu, Saera. Sekejap lagi kau akan jadi hak aku juga. Tak dapat cara mudah, kita guna cara kasar."

Daniel ketawa besar setelah mengungkapkan kata-katanya tadi.

***

Sehun memegang erat sebuah fail ditangannya. Dia mendapat tawaran daripada ayahnya untuk mengambil alih syarikat ayahnya yang berada di luar negara.
Memandangkan dia akan tamat belajar tidak lama lagi.

Namun hatinya berat. Berat untuk meninggalkan seseorang yang telah mencuri hatinya.

Baru dia tahu bagaimana rasa sakit yang dialami oleh Saera ketika dahulu.

Sakit. Sangat sakit.

"Maafkan aku, Saera. Maafkan aku." Ucap Sehun. Akhirnya airmatanya mengalir jua.

Dia menarik nafas dalam-dalam lalu surat perjanjian itu ditandatangani olehnya.

Sehun menangis semahunya. Hatinya betul-betul hancur dan sakit.

"Jika itu yang terbaik untuk kau, aku akan terima seadanya. Mungkin ini balasan untuk aku kerana aku pernah menyakiti kau. Aku akan bahagia jika kau bahagia."































Kenapa aku yang takut niiii😥😥

Fuhhhh sabar2 belum tamat lagi... Panjang.... Tak panjang sgt... Lagi sikit jer nak habis.....

K teruskan support 😁😁😁

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro