Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

•15•

Puan Lee berjalan mundar-mandir dihadapan wad kecemasan. Hatinya gelisah dan takut.

Sudah 3 jam Saera dirawat, namun doktor masih tidak keluar.

Flashback...

Hari ini Saera ke sekolah seperti biasa. Sudah beberapa hari dia tidak hadir ke sekolah. Sungguh dia rindu. Namun yang dirindukan, bukan sekolah, tetapi seorang insan yang telah membuka hatinya semula.

Sehun, insan yang telah membuka hatinya semula. Dia rindukan lelaki itu. Dia rindu untuk memeluk lelaki itu. Dia nekad yang dia akan memaafkan lelaki itu sebelum terlambat.

Ketika langkahnya ingin menuju ke dalam kelas, dia ditarik lalu dibawa ke belakang sekolah.

"C-coya?"

PANG!!

Pipinya ditampar sehingga dia terteleng.

"Kau memang tak guna!" Sekali lagi dia ditampar.

"Apa masalah kau?!"

"Bodoh! Kau ingat aku tak tahu yang kau nak rampas balik Daniel!"

"Eh perempuan! Jaga sikit mulut kau! Siapa yang rampas dia dari siapa?! Aku atau kau?!"

"Eee... Kau ni!"

Saera menepis tangan Coya lalu ditampar pipi gadis.

"Perempuan sundal lagi menyundalkan!" Jerit Saera yang sudah tidak dapat menahan marahnya.

"Sial kau!"

Tanpa sengaja, Coya menghentakkan dengab kuat kepala Saera pada dinding. Saera memegang kepalanya yang sakit. Darah mengalir keluar dari kepalanya dan mengakibatkan pandangan Saera menjadi kabur.

Akibat berasa takut, Coya terus melarikan diri meninggalkan Saera yang sudah terbaring di lantai.

Saera mendengar namanya dipanggil sebelum dia tidak sedarkan diri.

End flashback...

"Doktor, macam mana keadaan anak saya." Tanya Puan Lee sebaik sahaja doktor itu keluar.

"Syukur, anak puan selamat. Ingatannya pun baik-baik sahaja. Walaupun hentakan yang dia terima itu cukup kuat. Cuma buat masa sekarang, biarkan dia berehat seketika." Terang doktor itu.

(Ada jer kan tk hilang ingatan😅)

Puan Lee menarik nafas lega lalu berterima kasih kepada doktor itu. Setelah itu, doktor itu pun meminta diri.

Wajah pucat Saera dipandang sayu. Kepalanya yang kemas berbalut diusap perlahan.

"Maafkan mama, sayang." Ucap Puan Lee. Setelah mendengar penerangan dari kawan Saera tadi, baru dia tahu yang selama ini Saera cukup terseksa dengan apa yang berlaku. Tentang Sehun juga, dia kagum dengan lelaki itu kerana tidak putus-putus untuk mendapatkan Saera kembali.

"Mama janji, lepas ni Saera takkan terseksa lagi."

Dahi Saera dicium lama.






















Rasanya dah nak ending ke belum??

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro