Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ 09 ]

author skip, pagi.

aku berjalan pergi sekolah macam biasa. loker aku bukak. lagi sekali ada nota. kalini warna dia ungu cair.

sungyoon ah,
kenapa awak tak suka timun eh?

ah lantaklah,
saya ada buatkan
awak sandwich.

harap awak suka <3

aku tersenyum sorang sorang. aku tak tau kenapa aku happy bila dia bagi aku bekal dan nota ringkas. "sungyoon!" aku cepat cepat simpan kertas tu dalam poket.

"kenapa donghyun?" aku mengerut dahi. dia tunduk memandang bawah. tangan memegang lutut. penat lari mungkin. "takde pape. saje tengok kalau kau dapat bekal baru. tu je"

dia letak tangan dia dekat loker. aku sekadar menggeleng kepala. "jangan lupa, kita ada latihan petang ni" aku mengangguk.

"donghyun, aku nak tanya. ni kan bekal dia. camne aku nak bagi balik eh dekat dia?" aku garu kepala yang tak gatal. bekal biru semalan aku keluarkan dari beg.

"kau letak jelah dekat dalam loker kau. nanti dia amiklah. dah, babai" belum sempat aku nak lambai, donghyun dah hilang dari mata aku. laju betul dia lari.

aku tinggalkan bekal biru semalam. aku basuh eh. jangan ingat aku tak rajin. lepas tutup loker, aku pergi masuk kelas.

aku masuk dalam kelas. aku kena jalankan misi aku iaitu kena tanya jinsol. semuanya pasal chaewon. aku tarik kerusi. aku pusingkan sikit badan untuk menghadap jinsol.

"jinsol aku nak tanya boleh tak?" jinsol pandang aku pelik. "tak boleh" mata dia kembali fokus pada telefon. "alah bolehlah" aku mencebik. "ish apadia?"

aku tersenyum perlahan. "apa benda yang chaewon tak suka?" aku mulakan dengan soalan pertama. "kau. dia tak suka kau" lancar je jawapan jinsol. "tapi, aku suka dia!"

aku pandang dia tak puas hati. boleh murung aku tau tak? "tak semestinya orang yang kau suka tu akan suka kau balik" jinsol keluarkan airpod. "macam akulah. aku suka sorang laki ni, tapi dia suka kawan aku"

aku loading sekejap. "jangan kata yang kau suka sungyoonㅡ" jinsol pandang aku tajam. salah ke? "haish mana ade. kau ni lembab lah. dah jangan cakap dengan aku lagi"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro