BAB 7
═════ஜBAB 7ஜ═════
"Pelacur!"
"Kau sujud minta maaf sekarang!"
"Berlagak alim!"
"Kau tidur dengan banyak lelaki!"
Sepasang mata itu lantas terbuka dengan nafas yang tak teratur. Kepala dernisha terasa sangat berat. Air matanya jatuh saat dia bermimpi buruk. Walaupun dia dapat tidur tapi tidurnya tidak lena. Mimpi itu terus menerus menghantui dirinya.
Dernisha hanya diam membiarkan air matanya bercucuran di bantal. Dadanya terasa sesak saat mengingat kejadian pahit itu. Dia tidak ingin mengeluarkan sebarang bunyi apalagi dia menangis. Dia tidak ingin menganggu orang lain kerana dirinya.
Matanya yang begitu sayu memandang sekeliling sebelum matanya tertuju pada devian yang tertidur di kerusi. Orang yang membuat dia takut untuk tidur malam kerana devian telah menciptakan satu mimpi buruk yang menghantui dernisha setiap malamnya.
Dernisha menutup mulutnya menggunakan kedua - dua tangannya. Badannya bergetar - getar dan dia merasakan seram sejuk menjalar di seluruh tubuhnya. Dia tidak ingat apa yang terjadi kemarin.
Apa yang dernisha ingat ialah dia terbangun kerana mimpi buruk itu dan langsung muntah - muntah di tandas. Selebihnya dia tidak ingat. Dernisha pun mencuba untuk berdiri tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Tapi alhasil devian tiba - tiba terbangun.
Matanya tertuju pada dernisha yang mencuba untuk berdiri. Dernisha sedang melawan rasa sakit kepala yang menjalar seluruh kepalanya itu. "Nisha?" panggil devian sambil berdiri mendekati dernisha. Badan dernisha membeku saat dia mendengar suara itu.
Matanya sedikit terbeliak dan tanpa dia sedar dia tidak bernafas kerana terlalu takut akan orang yang memanggil dirinya itu. "Nisha?" panggil devian sekali lagi pada wanita yang sudah bergelar sebagai istrinya itu.
Dernisha tak kunjung menyahut membuat devian merasa hairan dan risau pada dernisha yang tidak bergerak dan diam seperti patung. Saat devian ingin menyentuh bahu dernisha. Dernisha terus saja tersentak dari lamunanya dan bergerak menjauh dari devian sedikit demi sedikit.
Dia menutup matanya dengan sangat erat dan menundukkan kepalanya kerana tidak mampu memandang lelaki di hadapannya ini, suaminya sendiri. Air matanya terus saja mengalir membasahi pipi dernisha. Dernisha mul memeluk dirinya sendiri.
Gerak - geri dernisha membuat devian sedikit terkejut kerana dernisha perlahan - lahan menjauh dari dirinya. Terasa sesak di dada saat menyadari kalau dia sudah membuat dernisha terluka dan jijik pada diri devian. Deviab menghela nafasnya. "Nisha..."
Devian maju satu langkah membuat dernisha spontan mundur satu langkah dari devian. Membuat devian menghentikan langkahnya. "Nisha... Saya..." Terasa tekak devian tersumbat oleh sesuatu membuat dia kehilangan kata - kata. Dia tidak tahu harus mula dari mana.
Tapi yang penting sekarang ini dia harus memastikan kalau demam dernisha sudah turun atau belum. Tapi masalahnya devian tidak tahu mahu tanya apa ke dernisha. Saat kepala devian pening memikirkan apa yang dia harus lakukan pada dernisha. Istrinya yang dari tadi diam mula bersuara.
"Pergi..." Satu perkataan itu membuat hati devian tergores. Terasa kena halau dari rumah oleh istrinya sendiri. Devian yang masih mencerna apa yang istrinya beritahu kepadanya itu. Dernisha sudah masuk ke dalam bilik mandi membuat devian ingin memanggil dernisha tapi tidak ada satu pun perkataan yang dapat keluar dari mulutnya.
Hanya mulutnya saja yang terbuka. Devian menghela nafas dan pergi keluar dari bilik. Sekarang jam pukul 5:00 pagi. Sejak semalam devian perhatikan dernisha yang asyik mengigau. Hal itu membuat devian tidak cukup tidur kerana dernisha yang mengigau terpekik minta tolong.
-------------------------------------------------------------------
Flashback
Selepas mandi dia duduk di kerusi memerhatikan dernisha yang sudah digantikan bajunya. Mahu tak mahu devian terpaksa memandikan dernisha yang sakit tadi untuk menurunkan suhu panas dernisha. Saat devian melelapkan matanya.
Dia terdengar nafas dernisha yang berderu - deru. Matanya terbuka kembali dengan secepat kilat. Dia pun melihat dernisha yang menangis dan terpekik minta tolong berhenti. "Tolong, hentikan, nisha dah minta maaf, tolong jangan buat nisha macam ni, nisha ada maruah lagi tolonglah."
Muka dernisha yang pucat dan berpeluh - peluh itu membuat devian terasa sesak di dada. Dia pergi di samping dernisha dan mengusap pipinya yang basah disebabkan air matanya yang terus mengalir. "Nisha sayang, bangun. Awak mengigau ni." Bisik pelan devian.
Dernisha terus saja terpekik seperti orang gila. "Saya bukan pelacur, saya bukan pelacur! Saya tak pernah tidur dengan sesiapa tolonglah percaya pada saya! Siapa pun tolonglah!" dernisha sudah tidak kendali membuat devian bertambah risau.
Ni kalau buat satu rumah terbangun mampus dia. Devian memeluk dernisha dan mengusap rambutnya yang halus itu. "Shhh... Saya salah, saya tahu, maafkan saya sayang." Bisik devian. Dia pun terus memeluk dernisha yang terpekik itu ke dalam dakapannya.
Baju bahagian dada devian mula basah seperti peluh kerana air mata dernisha yang berterusan tanpa henti menangis. Bahkan dernisha tanpa sedar melukai dirinya. Contohnya mencoret lengannya menggunakan kuku - kukunya. Dia terus mengaru - garu dirinya sehingga merah.
Devian yang tidak sampai hati itu ikut menangis kerana itu semua salahnya. Itu salah devian membuat dernisha seperti ini. Tidak lama kemudian dernisha tenang dan tertidur selepas meracau - racau tak tentu arah. "Saya janji akan perbaiki semua ini."
Devian mencium lama dahi dernisha dengan matanya yang tertutup membiarkan air matanya jatuh bersama dernisha. Setelah itu devian terus perhatikan dernisha sepanjang malam itu. Apabila dernisha mula meracau lagi devian dengan bersedia memeluk dernisha dengan erat.
"Ya Allah... Apa yang aku telah buat ni..." Devian meraup wajahnya. Jam sekarang pukul 1.56 subuh membuat devian melelapkan matanya. Akhirnya devian dapat tidur meskipun tidak cukup masa. 'Aku harus buat sesuatu esok... Aku harap dernisha sudah sembuh meskipun tidak sepenuhnya...'
End of flashback
-------------------------------------------------------------------
Suara tangisan dernisha di tutupi oleh bunyi air yang jatuh di lantai bilik mandi dengan dia yang masih memakai baju. Dia merasa jijik dengan semua yang berlaku pada dirinya. Kenapa harus dia? dia mengusap seluruh tubuhnya. Orang yang bergelar menjadi suaminya seperti bukan manusia yang kahwini.
Tapi seperti syaitan yang dia kahwini. Tangannya yang bergetar - getar itu menutup mukanya yang sudah basah oleh air mandi. Kepalanya yang berdenyut - denyut dan tekaknya yang terasa kering dibiarkan begitu saja. Dia tidak peduli jika dia masih sakit.
Apa yang dia rasakan ini jauh lebih sakit daripada demam biasa yang dia alami. Hatinya seperti di sayat - sayat membuat lukanya makin lama makin dalam. Luka yang tidak berdarah itu membuat dernisha terseksa. Apa yang dia harus lakukan selepas ini? dia ingin pulang ke kampung..
Tapi dia tidak boleh keluar dari rumah ini. Dia dan devian masih lagi pengatin baru. Kalau dia pulang dalam keadaan ini mesti abah dan uminya risau. Tapi adakah mereka percaya kalau dernisha memberitahu hal sebenarnya yang terjadi? Dernisha mengelengkan kepalanya.
Tidak ada yang ingin mendengarkan dernisha sama seperti saat itu. Hal yang membuat dernisha trauma sekarang ini. Bagaimana dia ingin hadap muka lelaki itu sekali lagi? setelah mengkhianati cinta kasih yang pertama dia berikan pada devian. Tapi kali ini dia melukakan lagi hatinya.
'Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadap lelaki itu. Serta orang yang ada di rumah ini ya Allah.' Dernisha terduduk di lantai bilik mandi yang basah itu. Seluruh tubuhnya basah kerana di siram oleh air mandi. Dia hanya berdiam diri.
Tidak tahu kalau devian masih di dalam bilik dan mendengarkan tangisan dernisha di luar bilik mandi. 'Argh! Bodoh!' Devian menarik rambutnya sendiri. Tangan kirinya mencekak pinggang dan tangan kananya menarik rambutnya sendiri. Hati devian hancur dan rasa serba salah itu mula memakan dirinya sendiri.
Terasa dia sudah mula tenggelam dalam jurang gelap tidak bercahaya itu. Karma yang mula memakan dirinya sedikit demi sedikit kini sudah terasa sakitnya. Dernisha telah melihat devian raksasa. Pandangan dernisha tidak akan pernah berubah. Devian sudah menjadi raksasa di mata dernisha.
═════ஜEND OF BAB 7ஜ═════
(Kesian dernisha kan? Bagi satu kata untuk devian.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro