BAB 5
═════ஜBAB 5ஜ═════
Devian meraup wajahnya banyak kali setelah masuk ke dalam bilik mereka berdua. 'Apa benda kau buat ni devian!?' Batin devian menjerit. Dia pun melihat dernisha yang masih tidak sadarkan diri kerana demam panas serta apa yang dia lakukan semalam.
Dia pun membuka tudung dernisha secara perlahan - lahan agar dernisha rasa selesa jika berbaring. Dia pun menepuk dahinya yang merah akibat memukul dirinya menggunakan sepana tadi. 'Aduh! Aku lupa pakaikan dia handsock, nasib lengan tangan baju ni panjang.'
Devian mengeluh seketika tapi dia meringis sedikit kerana dahinya yang merah itu akibat ulahnya sendiri. Akibat kelam kabut devian menutup rambut dernisha menggunakan kain tudung yang dia asal ambil saja. Asalkan boleh tutup aurat istrinya itu.
'Istri ya...' Mata devian memandang dernisha lagi. "Aku tak layak jadi suami kau..." Bisiknya pada dernisha lalu dia pun memandang tingkap bilik yang tertutup rapat. Sekarang sudah tengah hari dan dia tidak perasaan dengan masa yang begitu cepat berlalu.
Dia meraup wajahnya entah ke berapa kali sekarang ini. Wajahnya yang begitu serabut memikirkan banyak masalah. Dia pun mengutuk dirinya sendiri kerana tidak tahan emosi saat mawar menghina dirinya, calix dan istrinya, dernisha.
Devian pun pergi ke kerusi di tempat meja solek dernisha berada. Dia duduk di sana untuk melelapkan mata. Jika dia tidur sebelah dernisha mungkin akan membuat dernisha rasa tidak selesa apalagi kejadian semalam dan keadaan dernisha yang sedang demam panas.
-------------------------------------------------------------------
"Devian! Tolonglah saya tak bersalah! Kenapa awak lebih percayakan ibu dan mawar yang fitnah saya!? Tolong percayakan saya devian! Calix dan saya tak ada salah apa - apa pun!" tangis wanita itu tidak di hiraukan oleh lelaki yang sedang berjalan meninggalkan dia seorang diri di jalanan.
Banyak orang lalu lalang melihat wanita bertudung labuh itu. Lelaki yang bernama devian itu pun pergi memasuki keretanya. Belum sempat devian ingin masuk dalam kereta. Wanita itu lantas menghalang devian untuk masuk ke dalam kereta tersebut.
Dia memegang baju lelaki itu dengan kuat. "Awak banyak janji dengan saya, awak cakap awak akan percayakan saya kan? gambar itu edit saja devian, awak pun tahu saya tak pernah tidur dengan lelaki lain mahupun calix. Tolong percayakan saya devian."
Air mata wanita itu terus bercucuran tanpa henti. Sedangkan devian hanya menatap wanita itu dengan tatapan membosankan. "Aku tak sangka dernisha kau yang alim ni rupa - rupanya sama saja dengan perempuan murahan dekat klub malam tu. Lap air mata kau tu sebab aku jijik dengan air mata palsu kau tu."
Mata wanita yang bernama dernisha itu membeliakan matanya. "Kenapa dengan awak ni devian...? Kenapa... Awak berubah ni?" dernisha tidak percaya yang devian akan keluarkan warna sebenarnya setelah hampir 6 tahun dan sekejap lagi mereka akan bertunang.
Pertanyaan itu membuat devian ketawa sinis. "Aku... berubah? hei perempuan sial, aku ni memang tak berubah pun. Aku sengaja buat benda yang alim - alim depan kau dengan ayah kau yang bodoh tu supaya aku dapat pikat hati kau. Aku akan berubah selepas kita berkahwin tapi aku tak sangka kau tidur dengan lelaki lain termasuk calix."
"Orang yang paling aku benci! perampas segala - galanya! hanya ibu aku dan mawar tu yang faham aku, kau diam kalau tak tahu apa - apa, dah pergi sana perempuan sial." Kasar devian menolak dernisha membuat dernisha hampir jatuh ke longkang.
Mata dernisha membulat dan tergamam saat melihat devian yang meninggalkan dia keseorangan. Dia melihat kereta itu berjauh pergi meninggalkannya. Tidak sangka devian begitu rupa. Apa yang harus dia lakukan? saat ini? dia berharap suatu hari nanti devian memaafkannya.
***
Tapi dia salah.
"Kau tunggu apalagi!? cepat melutut minta maaf dekat devian!" tudung dernisha di tarik oleh mama devian dan mawar menolak dernisha hingga jatuh ke lantai. Mereka membuat dernisha bersujud di hadapan devian dan memaksa dernisha meminta maaf.
Devian hanya diam tidak menolong dernisha. Dia tidak peduli akan dernisha yang di perlakukan sebagai hamba. Dernisha menangis dan meminta maaf. Dia memohon jangan paksanya untuk bersujud. Sehinggalah tuan adhaar datang ke ruang tamu.
Tuan adhaar baru balik dari urusan dan melihat itu membuat dia sakit hati. Dia menampar istrinya serta mawar. Dia pun menengking devian. Calix yang baru sampai akibat kerosakkan kereta di tepi jalan kerana di sabotaj oleh ibu devian baru sampai ke rumah.
Sementara pembantu rumah yang lain bercuti menyisakan satu pembantu rumah. Dia di ugut untuk tidak ikut masuk campur jadi dia hanya diam sahaja dengan perasaan takut dan kesian pada dernisha.
Calix membawa pergi dernisha pulang ke rumahnya. Sementara ibu dan mawar pergi masuk dalam bilik masing - masing kerana tuan adhaar mengamuk besar. "Apa nak jadi dengan kamu ni devian!? Kalau kamu buat begini lagi... Papa akan halau kamu keluar dari rumah ini... Dan saat itu devian bukan lagi anak papa faham!?"
Teriak tuan adhaar setelah membuat pipi devian bengkak. Dia marah kerana mereka buat dernisha begitu. Dia kan manusia punya hati dan perasaan. Kenapa sanggup mereka buat begitu!? istrinya juga sama. Dia akan ugut istrinya nanti untuk cerai dengannya.
Kalau mawar pula dia buat hukuman sama seperti devian nanti. Setelah malam yang begitu ribut. Devian rasa geram kerana dirinya selalu di persalahkan. Dia harus buat sesuatu. Dia harus berbaik semula dengan dernisha dan minta di beri peluang.
Selepas kahwin dia akan mengunakan kadnya sebagai seorang suami untuk menyiksa dernisha. Dia akan menggunakan kesempatan ini untuk melampiaskan amarahnya pada wanita berlagak baik dan alim itu. Tanpa fikir panjang devian melakukan rancangannya.
Dan bodohnya dernisha memberinya kesempatan kedua membuat devian merasa dernisha itu bodoh. Sedangkan dernisha anggap itu pendamaian kerana dia percaya semua orang akan berubah.
Jadi dia memberikan devian peluang kedua jika devian melakukan kesalahan sekali lagi maka tidak ada peluang ketiga. Sehinggalah mereka berkahwin. Devian tunjukkan sifat aslinya paling kejam di bandingkan sebelumnya.
-------------------------------------------------------------------
Sontak matanya terbuka luas. Dia merasa badannya panas dan berpeluh. Dia pun pergi ke bilik dengan badannya yang terasa lemah dan kepalanya yang pening seperti dunia ingin berputar. Sesampainya dia di tandas. Dia memuntahkan segala cairan itu ke singki.
Terasa panas dan pahit di tekaknya saat dia muntahkan cairan seperti air itu. Matanya berair dan perutnya seperti ingin paksa cairan itu terus keluar. Bunyi muntah itu pun terdengar oleh devian yang sibuk terlelap. Dia yang masih mamai pun melihat sekeliling.
Nampaknya ia sudah petang dan sekejap lagi matahari akan tenggelam. Saat dia sudah sedar dari mamai barulah dia perasaan dernisha tidak ada di katil. Dia pun pergi periksa di tandas kerana yakin dernisha lah yang muntah di dalam tandas itu.
Kalau tidak siapa lagi kan dalam bilik itu? "Nisha?" panggil devian kepada dernisha yang buka air paip untuk mencuci mulutnya. Kelihatan dernisha yang begitu lemah membuat hati devian hancur kerana dia lah dernisha sengsara seperti sekarang ini.
Dernisha tidak bersuara kerana tekaknya masih sakit telan air liur sahaja sudah sakit. Dia hanya diam berdiri depan singki kerana tidak ingin melihat wajah devian. Mahu tak mahu devian mendekat kepada dernisha secara perlahan - lahan. Agak ragu - ragu devian ingin sentuh dernisha.
"Nisha...?" panggil devian sekali lagi ke arah dernisha. Dernisha yang di panggil hanya mampu mendiamkan diri kerana merasa panas sehingga dia berpeluh. Apalagi dengan kepalanya yang seperti berpusing - pusing membuat dia huyung - hayang berjalan.
Devian dengan sigap memegang bahu dernisha dan mendudukan dia di bucu katil. Jujur dernisha tidak mau di sentuh oleh devian tapi oleh kerana dia sakit dia terpaksa akur. Matanya yang terasa begitu berat membuat dernisha ingin menutup matanya lagi.
Devian yang masih serabut tambah serabut lagi bercampur dengan rasa risau kepada dernisha. Dia ingin minta tolong calix lagi. Tapi mungkin calix sibuk. Apalagi dia malas keluar kerana takut mawar ada di sana lagi.
Dia bukan takut pada mawar. Hanya saja dia takut dia lakukan hal buruk lagi seperti tengah hari tadi. Sekarang jam menunjukkan pukul 6:45. Dernisha tertidur kerana sakit kepala yang teramatlah sakit. Devian pun mula berfikir macam mana dia ingin buat dernisha makan.
Kerana dernisha yang sakit parah bahkan dia muntah air tadi buat devian rasa ingin muntah juga. Dia pun mengelengkan kepalanya. Apa harus dia lakukan? tiba - tiba idea bernas muncul dalam kepala devian. Dia pun ambil telefonnya yang di cas penuh.
Dia pergi masuk aplikasi wassap dan menekan nama kenalan itu. Sedar dia menyekat nombor itu dia pun nyahsekat nombor itu. 'Kenapa aku boleh sekat nombor calix ni?' batin devian kerana dia tidak ingat sejak bila dia sekat nombor itu. Dia telah lupa kerana sekat nombor itu terlalu lama.
-------------------------------------------------------------------
Anak pungut
Devian
Lix?
Anak pungut
Apa?
Devian
Dernisha tadi muntah - muntah,
Apa yang aku patut bagi dia makan?
Orang sakit makan apa eh?
Anak pungut
🧑 (anak pungut padam mesej)
Salah hantar.
🤦
Soalan bonus semacam itu kau
Kau tanya pada aku devian?
Dernisha kan manusia,
mestilah makan nasi kan?
Lainlah kalau dia tu zombi,
kalau dia zombi sekalipun
Dia tidak ingin makan otak kau tu,
Sebab otak kau tu lembab.
Devian
Calix tolonglah cepat,
Kesian dernisha ni!
Anak pungut
Dia kan istri kau, kenapa aku
pula yang tolong kau?
Dah pergi sana masak.
Devian
Lix! Kau lupa aku pernah masak,
Masa kita masih remaja?
Aku pernah buat spaghetti terbakar
walaupun aku rebus je jadi hangus.
Anak pungut
Macam mana aku boleh lupa?
Kau bagi spaghetti tu dekat,
kucing jiran sebelah lepas tu inalilah
kau buat kucing tu.
Devian
.....
Kau non muslim lah lix!😑
Argh aku tak peduli!
tolong aku cepat!
Anak pungut
Kenapalah aku dapat adik
macam kau ni?
bawa malapetaka.
Cepat ke bawah sekarang.
Kakak kesayangan kau tu dah tidur awal. Terperap dalam bilik tadi.
Ayah dan ibu belum balik lagi.
Katanya masih ada urusan. Dah cepat sini.
Anak pungut offline
-------------------------------------------------------------------
Devian memutarkan bola matanya. Belum sempat dia tanya perlu bawa dernisha atau tidak sudah calix tidak dalam talian lagi. Mau tak mau dia pergi bawa dernisha untuk turun ke bawah. Bau wangi masakan mula terhidu di hidung devian. Membuat perut devian bergendang minta makan.
Dernisha masih lagi tidur dalam dakapan devian. Sedangkan calix sibuk memasak bubur untuk dernisha. Oleh kerana dernisha sakit dan satu makanan apa pun dia tidak makan sejak pagi. Membuat dernisha tambah sakit.
Jadi dernisha harus makan meskipun itu sedikit. Supaya dernisha boleh makan ubat. Saat devian duduk setelah meletakkan dernisha di kerusi sebelahnya dia memandang calix. "Pembantu rumah yang lain mana?"
tanya devian pada calix yang sibuk memeriksa bubur itu. "Ada yang balik, ada yang berehat." Singkat calix menjawab. Saat mereka duduk diam. Tiba - tiba terdengar suara bunyi kereta membuat calix dengan devian saling pandang.
"Kau cakap lama lagi mereka balik?" Kerut dahi devian bertanya pada calix. "Ayah cakap tadi, dia ada mesej aku." Calix tunjukkan devian mesej dia dan tuan adhaar. Devian mengangguk dan pergi jenguk siapa itu. Matanya terbeliak saat melihat siapa itu.
"Weh mampuslah kita!" teriak devian ke telinga calix membuat calix memukul devian guna penyendok masak. "Diam devian, nanti dorang ingat orang gila mana teriak." Calix pun cuba lihat ke arah tingkap. Siapa yang datang itu. Matanya terbeliak seketika.
'Aduh ayah dernisha yang datang malam - malam ini kenapa?' Batin calix. "Vian kita dalam masalah." Kata calix saat calix memutarkan badannya untuk melihat devian yang panik dan berlari tak tentu arah seperti orang gila.
═════ஜEND OF BAB 5ஜ═════
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro