BAB 1
═════ஜBAB 1ஜ═════
Mata devian kosong ke arah makanan itu. Tak selera baginya nak makan sekarang setelah apa yang terjadi tadi. Dernisha pula berada di bilik berkurung seorang diri.
Tak ingin dia melihat muka devian itu. Dia tidak mampu untuk berhadapan dengannya bahkan memandangnya pun tidak boleh. Pembantu rumah pula sudah menyediakan makanan untuk sarapan.
Devian terus termenung dan dia tak sedar ada seseorang yang memerhatikan dia dari tadi sambil berpeluk tubuh. "Membazir kalau kau tak nak makan." Lamunan devian pun terhenti seketika selepas mendengar suara yang dia sangat kenal itu.
Sontak kepalanya terangkat untuk memandang susuk tubuh lelaki yang berpeluk tubuh memandangnya. Devian hanya diam memandang lelaki itu. Lelaki yang dia pernah tuduh berskandal dengan dernisha.
"Kenapa? Kau terkejut nampak aku pulang ke rumah ni?" tanya lelaki itu lalu menarik kerusi di hadapan devian. Taktala itu suasana menjadi tegang. Devian menatap lelaki di hadapannya ini dengan tajam dan sengit. Sementara yang di pandang hanya tenang menghadapinya.
Lelaki itu mengambil jug dan gelas lalu menuangkan air suam ke dalamnya. Dia pun meminum tanpa memutuskan kontak mata dengan devian. Dia kembali bersuara saat dia habis meminum air itu. "Oh ya lupa. Aku pulang bukan dengan tangan kosong. Aku ada bawa balik hadiah untuk kau dengan dernisha, sempena jadi pengantin baru."
Katanya dengan nada tenang seperti biasa. Apabila devian tidak menjawab dia teruskan percakapannya. "Dan lagi satu aku tak sempat nak datang ke majlis tu sebab aku ada urusan penting tentang kerja. Aku harap kau tak buat apa - apa dengan dernisha atau buat hal dekat majlis perkahwinan kau semalam."
Terdengar nada sinis terselit di sana membuat devian yang mendengar itu tiba - tiba terasa panas. "Kenapa kau masih ambil peduli dengan dernisha? dernisha tu hak aku sekarang ni. Kau tak perlu sindir bagai. Hei calix, aku tak faham kenapa ayah aku lebih suka kau daripada aku!"
"Aku ni anak dia bukan kau! kau tu anak angkat dalam rumah ni. Kau tak ada hak kat sini. Tak payah berlagak baik dengan aku!" devian sedikit meninggikan suaranya membuat lelaki di hadapannya yang di panggil calix tadi hanya diam. Wajahnya masih tenang seperti biasa.
"Jangan teriak devian, ini masih pagi lagi. Awal lagi kau nak jadi gila. Kau tu masih muda, masih mentah dan tak tahu apa - apa. Kau nak ayah turun ke bawah sekarang juga? aku tak masalah akan hal tu. Tapi kau? aku tak tahulah."
Dengan nada tegas calix memberi amaran. Meskipun sikapnya tenang dan tak meninggikan suara macam devian sekarang ni, tapi cukup membuat devian ciut seketika setelah mendengar kata - kata calix. Dia takut dengan ayahnya.
Dengan itu devian pun langsung tarik nafas dalam - dalam agar dia tenang seketika meskipun dalam dadanya terasa terbakar ingin meledak sebentar lagi. Mungkin garpu yang ada di tangannya saat ini juga akan mencoret wajah calix itu kalau ayahnya tidak ada di sini.
Selepas menghembuskan nafasnya. Mata devian memandang calix sekali lagi. "Tak, sekarang ni aku nak tahu, aku bukan bodoh calix, nada kau memang ada nada sindir kan? Kau cakap apa yang kau nak cakap, tak perlu basa basi calix." Ucap devian dengan setiap perkataannya penuh dengan nada penekanan.
Jawapan calix untuk devian hanyalah diam. Hening mengisi ruangan makan itu. Serasa hanya mereka berdua di sana. Beberapa saat kemudian calix bersuara. "Bahagian mana yang aku ada sindir kau?" soalan itu membuat devian tegang seketika.
Bahagian mana dia tanya? devian memutarkan bola matanya geram. Berlagak tenang betullah si calix ni! kenapa banyak orang suka calix daripada dia? hanya ibu dan mawar yang tak suka pada calix. Selebihnya? mereka suka bahkan dernisha pun turut suka dengan calix.
Bagi devian calix perampas segalanya. Dia harus tahu diri bahawa dia adalah anak angkat saja dalam rumah ni. Kalau bukan ayahnya yang baik hati tak mungkin dia ada di sini sehingga besar. "Kau jangan buat bodoh pula." Jawab devian kembali setelah selang berapa detik.
Calix hanya memandang devian. Dia pun makan makanan depan mata. Lupa pula kalau ada sarapan di sini. Makanan itu pun mula sejuk. "Aku yang buat bodoh atau kau sebenarnya?" tanya calix kembali. Si calix pun tak nak mengalah tentang berdebatan ini. Membuat devian sangatlah geram.
Rahangnya di ketap dengan rapat. Keluar pula urat - urat di lehernya. Saat devian ingin memaki calix, tiba - tiba ayah mereka turun bersama dengan ibu mereka serta mawar. "Calix, devian?" panggil ayah mereka saat lelaki paru baya itu turun melalui anak tangga.
Ayahnya merasa ada ketegangan di antara mereka. Bukan ayahnya tidak tahu. Tapi sejak kejadian itu, devian kuat cemburu. Pantang nampak calix, dia marah dan memaki habis calix. Walaupun calix tak layan. Sebab itulah ayahnya pergi suruh calix ke luar negeri atas urusan kerja.
Dan calix datang kembali kerana ingin melihat perkahwinan devian dan dernisha. Tapi masalah lain yang menimpa calix. Penerbangan pergi ke KL di tunda dan harus menunggu esok. Namun calix keras kepala dan akhirnya dia pulang ke KL pada pukul 2 pagi.
Kembali ke pada situasi sekarang. Devian pun menoleh ke arah ayahnya diikuti dengan calix. "Devian mana dernisha?" pertanyaan itu membuat devian tegang sekali lagi. Mukanya pun pucat di tambahkan lagi dengan otaknya yang tengah serabut.
Calix hanya diam memerhati devian sambil mengunyah kuih yang terhidang di sana. Dia tidak ingin makan makanan berat di pagi hari ini. "Dia..." Devian jeda seketika. Otaknya tengah mencari jawapan. "Dia tengah rehat dekat bilik papa." Ucap devian. Devian biasanya akan panggil 'papa' depan ayahnya.
Tuan adhaar mengernyitkan dahinya hairan. "Dia tak sarapan devian?" tanya tuan adhaar pada devian lagi membuat devian pening memikirkan jawapan untuk pertanyaan ayahnya ini. Maklumlah tuan adhaar sudah nampak dernisha seperti anak perempuannya sendiri selepas mawar.
"Dia penat dengan majlis semalam papa. Jadi dia nak berehat sekejap. Nanti vian bawakan makanan dekat bilik dernisha." Ucap devian mencuba menyakinkan tuan adhaar kalau dia dan dernisha tidak bergaduh atau semacamnya. Saat tuan adhaar ingin menjawab devian tiba - tiba mama devian mencelah.
"Eh, eh, dia ingat dia ni siapa?" mama devian buat muka menyampah. Terang - terang dia tidak suka akan dernisha yang berlagak alim itu. Merimaskan matanya saja saat dia melihat dernisha mengenakan tudung labuh itu. 'Here we go again.' Calix memutarkan bola matanya.
Langsung tak selera saat menatap muka dua wanita ini. Sudahlah akibat mereka calix di tuduh bukan - bukan dengan dernisha menyebabkan hubungan calix dengan devian renggang. Calix tak pernah cari masalah tapi dua wanita ni yang selalu cari masalah. Mungkin sudah bosan hidup jadi kacau hidup orang lain.
'Nasib kau istri ayah angkat aku dan yang satu lagi tu kakak angkat aku, kalau tak memang aku letak mereka dua dekat penjara.' Fikir calix dalam hati. Mawar, kakak devian pun ikut mengutuk dernisha. "Baru kahwin dah berlagak macam dia ni puan besar dekat sini." Cebik mawar.
Mama devian pun menyokong mawar. "Itulah, orang tunjuklah tanggungjawab sebagai seorang istri ini tidak." Tuan adhaar yang mendengar istrinya berkata seperti itu menegur istrinya dengan tegas. Bukan dia tidak tahu, banyak kali mama devian mencuba untuk jatuhkan dernisha.
"Awak kata dernisha ke... Atau diri sendiri sayang?" ucap tuan adhaar dengan nada menyindir. Mama devian yang di kata begitu tiba - tiba tersentap. "Sebelum kata diri sendirikan... sayang. Baik awak cermin dulu diri sendiri tu." Tuan adhaar tidak menghiraukan istrinya yang sudah merona kerana malu.
Mama devian pun pergi ke kolam ikan kerana tersentap dengan suami sendiri. Tuan adhaar kini menegur mawar pula. Anak perempuannya itu. "Ni mawar, kamu pun jangan ikut mama kamu tu. Bukan kamu tak tahu, dia yang buat kamu jadi janda." Mawar pula yang terasa. Dia hanya menganggukkan kepalanya.
Padahal dalam hati dia berteriak kerana panas. Dia pun pergi ikut jejak mama kesayangannya itu. Tuan adhaar pun menghela nafasnya, matanya kini tertuju ke arah calix. "Calix." Panggil tuan adhaar. "Ya ayah?" Jawab calix lalu dia menegakkan badannya. "Macam mana kes yang kamu tangani?" Tanya tuan adhaar pada calix.
Devian yang mendengar perbualan itu tiba - tiba berhenti makan sarapannya. Dia ingin tahu kenapa calix balik sini lagi. "Kes yang calix tangani... Semua berjalan dengan lancar ayah. Calix balik secara tiba - tiba sebab nak tengok perkahwinan devian dengan dernisha."
Calix sambung lagi perkataannya. "Tapi ada masalah. Alhasil terpaksa datang ke sini pukul 2 pagi. Nasib ada pembantu rumah yang belum tidur lagi bukakan pintu untuk calix." Tiba - tiba devian menoleh ke arah calix. 'T-tidak mungkin dia tahu kan?' Fikir devian. Mukanya mulai memucat.
Namun calix hanya menunjukkan riak tenang di wajahnya seperti biasa. Tuan adhaar hanya menganggukkan kepala mendengar penjelasan calix. Devian tiba - tiba berdiri membuat calix dan tuan adhaar melihat devian. "Pa, lix, vian pergi dulu, dah sarapan dan kenyang." Lepas minta diri dia pergi ke tangga untuk ke lantai dua.
Tanpa mendengar balasan dari ayahnya mahupun calix, dia sudah tak keruan. Macam mana kalau calix bagitahu ayah mereka kalau devian buat seperti itu pada dernisha? Tapi belum jelas kalau calix dengarkan? Mungkin dia penat dan terus tidur di biliknya. Tapi cara calix cakap tadi sebelum tuan adhaar, mamanya dan mawar datang.
Seolah - olah calix syak devian buat sesuatu yang tidak baik ke arah dernisha. 'Ok, ok, tenang devian. Tenang.' devian pun mencuba untuk tenangkan dirinya. Langkahnya terhenti depan pintu bilik yang menjadi bilik milik devian dan dernisha. Devian ragu - ragu hendak mengetuk pintu.
Alhasil dia berdiri seperti tunggul di situ. Sampaikan buat kali keduanya dia tidak sedar ada orang yang dari jauh memerhatikannya di dekat tangga. "Aku tahu apa yang kau buat devian." Sontak kepala devian toleh ke arah empunya suara. 'Apa!? Tidak!' Fikir devian
═════ஜEND OF BAB 1ஜ═════
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro