Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 2

LUTH berlari anak ke arah Khaira yang sedang menilik kakinya. Punggung dilabuhkan disebelah Khaira lalu sesuatu dikeluarkan dari plastik beg yang dipegangnya.

Luth bangun semula lalu berlutut dihadapan Khaira. Iodin disapunya perlahan menggunakan jari-jemari miliknya kemudian menutup luka tersebut menggunakan kapas. Plaster ditampal di atas kapas tersebut supaya tidak bergerak.

Khaira hanya memerhati gerak-geri Luth. Apabila selesai , Luth mengangkat kepalanya. Mata mereka bersabung lama. Orang sering berkata , Luth seorang yang kasar dan tegas. Namun , jika dilihatnya sekarang.. dia seakan seorang yang prihatin dan juga tidak suka berkasar.

Luth mengalihkan pandangannya seraya berdehem. Kakinya menegak daripada berlutut. Khaira dipandangnya semula dengan riak risau.

" Sakit lagi ? " soalnya prihatin. Khaira geleng perlahan. Walaupun pedih sedikit , tak mungkinlah dia mahu memberitahu Luth. Nanti dilabel mahukan perhatian dia pula.

GRRR!

Membulat mata Khaira. Bunyi itu datang dari perutnya. Pipinya mulai merona merah. Sungguh mengkhianati tuan ya, wahai perut. Khaira pandang ke arah Luth yang sedang menjungkitkan keningnya.

" Oh , you're hungry. Jom cari makanan " ajak Luth. Khaira bangun dari duduknya lalu mengikuti langkah Luth yang melangkah perlahan. Langkahnya yang terhinjut-hinjut membuatkan langkahnya menjadi perlahan. Berkerut sedikit wajahnya menahan pedih.

" Okey tak ni ? " soal Luth risau. Khaira mengangguk laju. Lukanya kecil sahaja. Takut jika dia menjawab tidak , Luth akan melayaninya bagai lukanya terlalu teruk. Langkah diteruskan.

***

KHALISH yang sedang menghirup air itu mulai berpaling ke arah Luth dan Khaira yang baru sahaja datang kepada Khalish dan Anaqi. Berkerut dahi Anaqi melihat Khaira terhinjut-hinjut bagai terluka. Pantas Khalish bangun dari duduknya lalu mendekati Khaira.

" Kau kenapa ni , dik ? " soalnya pelik.

Khaira membuka kasutnya lalu jari ditunjuk ke arah tumit kakinya yang mempunyai kapas dan plaster. Tapak tangannya juga turut ditunjuk kepada Khalish.

" Itulah kau ! Degil lagi , orang kata tak payah. Dah menyusahkan si Luth pula. Lain kali orang kata jangan tu dengar , bukan melawan ! " marah Khalish. Intonasinya agak tinggi namun masih dikawal. Tak mahu menarik perhatian pelanggan yang lain di dalam kafe tersebut.

Khaira mencebikkan bibirnya. Kepala menunduk ke arah lantai. Dia dah susahkan Luth ke ? Air mulai bertakung pada tubir matanya.

" Dengar tak abang Khalish cakap apa ni , Khaira ? " soal Khalish tegas. Khaira hanya mendiamkan diri. Perlahan air mata mengalir dari tubir matanya. Semakin lama , semakin kuat tangisannya. Teresak-esak Khaira menangis.

Jarang sekali , Khalish memarahinya sebegitu tegas. Selalunya hanya menasihati dirinya dengan lembut. Khalish hela nafas perlahan. Bahu Khaira diusapnya.

" Abang Khalish marah bersebab. Bukan sengaja. Dah-dah jangan la nangis " pujuknya. Namun , Khaira tetap jua menangis tanpa henti. Anaqi hanya mendiamkan diri. Dia tidak terlibat. Khalish yang buatkan Khaira menangis. Pujuklah sendiri.

" Khaira.. janganlah nangis dah. Kejap lagi kita pergi tempat lain pula , nak ? Tempat yang Khaira boleh main. Arcade ke ? Okey ? " celah Luth. Cuba memujuk Khaira dengan intonasi yang lebih lembut. Khaira mengelap air matanya. Luth dipandang.

" Betul ke ? " soal Khaira bersama hidung dan pipi yang memerah kerana menangis. Luth mengukir senyuman seraya mengangguk.

" Okey " balas Khaira lalu menolak pelukan Khalish pada bahunya. Berkerut dahi Khalish. Mengada ya ! Mahu Luth pujuk baru nak berhenti menangis. Khalish menggeleng perlahan.

" Teknik tu penting , Khalish. Kau boleh belajar dari Luth macam mana nak pujuk perempuan " Anaqi menyiku Khalish bersama senyuman mengejek. Khalish menjelingnya. Luth menggeleng perlahan.

" Khaira , jom ikut abang Luth pesan minuman. Khaira boleh order sekali " ajak Luth. Khaira mengangguk lalu mengikuti langkah Luth menuju ke arah kaunter kafe tersebut untuk memesan makanan dan minuman.

****

Gembira ! Itu yang dia rasakan sekarang. Senyumannya tak lekang dari bibir. Setelah bermain di arcade , dia menemani Luth bermain bola keranjang. Anaqi dan Khalish turut bermain bersama.

Ralit mata memandang gerak-geri Luth yang tangkas , terasa bahunya disentuh. Reflek kakinya berdiri dengan tegak. Seorang lelaki yang wajahnya seperti berkacukan cina itu mengukir senyuman.

" Hi ! Awak sorang ke ? " soalnya. Sungguh fasih cara dia bertutur dalam bahasa melayu. Mungkin dia sememangnya lahir di Malaysia dan berdarah campuran. Khaira mengangguk perlahan. Jelas terpapar riak kekok pada wajahnya.

" Nama awak siapa ? " soalnya lagi.

" Khaira " balas Khaira sepatah seraya melabuhkan punggung kembali di atas bangku. Lelaki itu turut melabuhkan punggung disebelah Khaira tanpa segan silu.

" Oh , what a beautiful name. Macam tuannya juga " ujar lelaki itu seraya mengenyitkan mata ke arah Khaira. Khaira ukir senyuman kekok. Keadaan terasa sangat janggal. Lelaki itu asyik mengukir senyuman sambil melirik ke arah Khaira.

" By the way , I am Zach Liam. Kalau nak panggil baby pun saya okey je " sambungnya. Panggil apa ? Baby ? Pergh ! Boleh tahan la mamat ni punya keyakinan. Tinggi melangit ! Mereka baru saja mengenali antara satu sama lain. Dia sudah mempunyai keyakinan yang begitu tinggi.

Baru saja Zach mahu menyambung kata-katanya , namanya diseru oleh rakan-rakannya yang sedang berehat daripada permainan bola keranjang tadi. Kepalanya menoleh ke arah suara-suara tersebut.

" Hey , Zach ! Sudah-sudahlah mengoratnya tu. Kau pula masuk selepas berehat ni. Aku ada hal " ujar salah seorang dari rakannya. Zach menuju ke arah mereka setelah berpamit kepada Khaira.

" I gotta go. Sorakkan untuk saya tau " sempat Zach bersuara seraya mengenyitkan matanya buat kali yang kedua. Khaira menggulingkan bebola matanya. Tak sudah dirinya pula yang menjadi perhatian para pemain bola keranjang yang lain. Anaqi , Khalish dan Luth menuju ke arah Khaira.

Khalish melabuhkan punggung disebelah Khaira. Matanya memandang Khaira dan Zach silih berganti. Kemudian matanya terhenti pada wajah Khaira dengan riak serius.

" Kau kenal dia , Khaira ? " soal Khalish. Khaira menjungkitkan keningnya. Serius benar muka Khalish. Khaira menggeleng perlahan. Baru saja berkenalan.

" Dia tegur Khaira tiba-tiba. Dah lah sentuh bahu Khaira ! Lepastu main kenyit-kenyit mata pula. Siap pesan suruh Khaira bersorak untuk dia lagi. Miang ! " kutuk Khaira selamba. Anaqi meletuskan tawanya dengan kuat. Botol air mineral ditangannya diletakkan pada tepi beg.

" Dia suka Khaira lah " celah Anaqi. Khaira tayang riak jijik. Walaupun wajah Zach tu kacak macam pelakon cina , tetap juga dia tak suka ! Entah kenapa. Creepy !

" Kacak tu , taknak ke ? " soal Anaqi lagi. Sengaja mahu mengusik Khaira yang sudah mencemberutkan wajahnya. Khalish menyiku Anaqi. Sibuk saja mahu menjodohkan orang. Bagi dia dengan Zach baru tahu !

" Setakat muka macam itu , abang Luth lagi kacak " selamba Khaira bersuara. Khalish dan Anaqi tayang riak tak percaya. Hampir tersembur air dari mulut Luth. Dia tak salah dengar kan ?

Terkebil-kebil mata Khaira. Sedar dirinya sudah terlepas cakap. Mulut ditekup. Laju kepala menggeleng. Anaqi kemudiannya ketawa. Dia bagai dapat menghidu sesuatu ! Menghidu orang yang dilamun cinta !

" T-tak.. m-maksud Khaira , abang Khalish , abang Qi dengan abang Luth more better than Zach " sambung Khaira. Luth yang memerhati riak wajah Khaira hanya mengukir senyuman lucu. Wajahnya pucat lesi ! Takut benar. Atau dia ada sembunyikan sesuatu ?

Jika dilihat semula wajah Khaira , terasa seperti sangat familiar. Macam pernah dilihatnya di kampus. Berkerut-kerut wajahnya cuba mengingati situasi tersebut. Semasa gadis yang mengintainya itu berlari , dia terlihat sebuah gelang berwarna perak ada di pergelangan tangan gadis tersebut.

Pantas saja matanya turun melihat ke arah pergelangan tangan Khaira. Sama. Tak mungkin ! Khaira yang mengintainya ? Atau hanya kebetulan saja ?

" Sampai mana dah ? " soal Anaqi. Luth tersedar dari lamunannya. Terpinga-pinga wajahnya melihat ke arah Khalish , Anaqi dan Khaira yang sedang memandang ke arahnya. Luth berdehem perlahan lalu menggeleng.

" N-nothing "

" Okay , then let's go. Kita dah habis rehat " ajak Anaqi seraya melangkah masuk ke dalam gelanggang bola keranjang diikuti Khalish dan Luth. Khaira pula hanya memerhati mereka yang sudah memulakan permainan.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro