Please comeback🦋
14 Februari 2015
"Makcik siapa? Tiba-tiba halang laluan saya?" Soal Hyunjae apabila tiba-tiba seorang perempuan mengenakan dress putih paras bawah lutut melintas di hadapannya lalu menahannya tanpa usul periksa. Gadis berambut lurus itu hanya diam dan tidak berkedip memandang Hyunjae. Hyunjae langsung tidak mengenali gadis tersebut cuma dia anggarkan yang gadis itu mempunyai jarak umur yang jauh lebih tua berbanding umurnya.
'Makcik kau panggil! Tua sangat ke aku? Tapi muka aku kan babyface. Sampai hati kau Hyunjae.' Luah gadis tersebut dalam hati sambil meraba-raba mukanya untuk memastikan tiada kedutan. Riak mukanya kini terus bertukar sugul.
"Helloo~ Berapa tahun lagi mak cik nak berdiri depan saya ni? Bagi je saya jalan boleh tak? Maaf, saya dah lambat nak pergi kerja ni." Ujar Hyunjae dengan sopan tetapi nadanya kedengaran seperti memerli. Tanpa berlengah dia terus berjalan melepasi perempuan tersebut sambil menjeling jam di tangan. "Aku tak ada masa nak layan orang gila." Kedengaran Hyunjae memerli gadis tersebut ketika berlalu meninggalkannya.
'What? Hyunjae panggil aku orang gila? Aku tak gila. Aku rindukan kau sangat-sangat wahai Lee Hyunjae.' Perempuan itu berdiri kaku di tempat yang sama masih tidak berganjak. Saat Hyunjae jalan melepasi bahunya tadi, dia teringat akan peristiwa hitam yang berlaku pada malam itu. Sesungguhnya karma sedang berlaku pada dirinya kini. Air mata mulai bertakung di tubir kedua-dua kelopak matanya.
"Mian oppa, I think our love no longer spark. Let finish our relationship here. Sorry."
Teringatkan akan kata-kata yang diucapkannya itu daripada mulutnya sendiri, lagi membuatkan hati gadis tersebut sakit. Dia amat menyesali perbuatannya itu tetapi apakan daya semuanya sudah berlaku dan tidak boleh diputarkan semula seperti pertemuan pertama. Takdir mereka kini sudah pun berubah. Setitis demi setitis air matanya mengalir jatuh. Rindu di hati tidak dapat ditanggung lagi. Dengan pantas gadis itu memusingkan tubuhnya ke belakang, berlari mengejar Hyunjae yang sudah jauh beberapa langkah daripadanya dan akhirnya memeluk tubuh Hyunjae erat sambil menangis sekuat hati. "Hyunjae, I miss you so much. Please don't leave me again." Tersedu-sedan gadis tersebut merayu kepada Hyunjae dan masih lagi tidak melepaskan pelukannya pada pinggang Hyunjae.
'Ma... macam mana dia boleh tahu nama aku?' Hyunjae terkedu dirinya diperlakukan seperti itu secara drastik. Dia hanya berteka-teki di dalam hati dan masih blur dengan apa yang terjadi.
'Apa yang aku dah buat sampai dia tak berhenti menangis?'
Tiba-tiba Hyunjae dihurung rasa bersalah tatkala mendengar teriakan gadis tersebut semakin kuat. Perlahan-lahan Hyunjae memusingkan badan menghadap gadis tersebut. Tangan kanannya diangkat mengusap rambut gadis tersebut manakala tangan kiri di belakang dada cuba menenangkan gadis itu.
Siapakah gerangan gadis tersebut?
Apakah kaitan antara Hyunjae dengan gadis tersebut pada masa lalu?
Takdir apa yang akan merubah masa hadapan mereka?
Segalanya akan terjawab dan diperbetulkan semula dalam
"Love in Rewind"
Sebuah time travel fanfiction The Boyz especially Hyunjae stan dan khas untuk one of my loyal reader
Main cast✨
Lee Hyunjae (The Boyz)
Roh Jeung Eui as Choi Hayoun
Ju Haknyeon (The Boyz)
Lee Gahyeon (Dreamcatcher) as Ju Ayumi
Ju Haneul
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro