Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2

14 Februari 2020 (Past)
Soul Cafe

"Choi Hayoun, sudikah awak menjadi suri hati hidup saya dan ibu kepada bakal anak-anak kita buat selamanya?" Tak berkedip mata Hayoun melihat Lee Hyunjae yang sedang melutut di hadapannya kini dengan riak wajah penuh pengharapan berdoa agar tidak direject niat suci nya itu untuk menghalalkan Hayoun.

Hyunjae yang berpakaian tuxedo serba hitam dengan gaya rambut paling rapi membuka bekas berwarna merah hati yang berisi cincin permata di tangan cuba melamarnya di atas rooftop sebuah restoran yang dihiasi cantik selepas mereka berdua selesai makan malam bersama sempena menyambut ulang tahun hubungan mereka yang ke-7. Daripada umur 15 tahun lagi Hayoun sudah berkenalan dengan Hyunjae. Ketika itu umur Hyunjae tua 5 tahun daripadanya dan sudah pun bekerja sebagai seorang jurugambar dan editor sebuah syarikat produksi terkenal. Tetapi disebabkan ketidakadilan pihak pengurusan terhadap pekerjanya, Hyunjae membuat pilihan untuk berhenti dan hanya menjadi freelance. Tatkala dirinya dilanda kegelapan, Hayoun hadir membawa sinar baharu di dalam kehidupannya. Kini segala impian Hyunjae tercapai untuk membuka galeri nya sendiri. Hanya satu yang belum tercapai iaitu untuk hidup bahagia bersama Choi Hayoun, kekasihnya yang terpaling istimewa.

Hayoun tergamam tetapi... Hayoun tidak sedar apa yang merasuk fikirannya sehinggakan dia bertindak kejam dan sanggup melukakan hati seorang lelaki yang banyak berkorban demi kehidupannya selama ini.

"Stop Oppa. I really hate it! such a disgusting topic!" Jerkah Hayoun sambil menepis bekas berisi cincin permata itu sekuat hati sehingga terlempar jauh. Tanpa rasa bersalah Hayoun berpaling daripada Hyunjae dan berpeluk tubuh tanpa mengambil balik cincin tersebut. Dibiarkan sahaja cincin itu berguling-guling menjauhi mereka.

"Hayoun!" Terkedu Hyunjae kerana terkejut dengan tindakan drastik kekasihnya itu. Dia sangka Hayoun akan terharu dan bahagia mendengar berita gembira ini. Siapa je duh yang tak happy bila tiba-tiba ada lelaki propose kau secara mengejut. Ternyata sangkaan Hyunjae amat bertentangan dengan realiti sebenar. Hyunjae berdiri sambil meraup muka mencari semangat untuk berbicara semula sebelum memegang kedua-dua bahu kekasihnya itu untuk menghadapnya semula. "Perlu ke awak buat macam tu?" Ujar Hyunjae lembut tetapi masih lagi kedengaran tegas. Memang sejak daripada dahulu dia kenal Hayoun perangainya seperti keanak-anakkan, tetapi ini dah melampau. Biadap namanya. Suaranya agak serak kerana dia sedang menahan air mata lelakinya daripada merembes keluar. Yelah siapa je tak tersentak bila orang yang kau betul-betul sayang cinta mati bertahun-tahun buat kau macam tu. Nak reject pun baik-baiklah.

"Listen Oppa, Hayoun still young ok! and I tak ready lagi nak kahwin plus kena jaga budak lagi. I will look really ahjumma oh no! my future still long journey. I need maintain my body to get a lot opportunity in job soon. You know my dream right? I want to be an international model. So please... lupakan saja niat oppa tu." Hayoun membangkang habis-habisan demi mempertahankan impiannya. Pelbagai alasan diberikan untuk menolak lamaran Hyunjae.

"But sampai bila Hayoun? We both no longer young ok. Sedar sikit diri tu. Please be matured, Hayoun. Sampai bila relationship kita nak macam ni? My age even getting more old. Of courselah I dah ada niat nak impikan keluarga sendiri and you already know that I really loves kids. More important thing hanya you seorang saja yang I bertakhta dalam hati I dulu hingga sekarang, Choi... Hayoun... I really love you. Apa salahnya kalau kita get married? Oppa akan janji akan jaga Hayoun sebaik mungkin. Please Hayoun..." Ujar Hyunjae dengan nada cuba memujuk sang kekasih sambil kedua-dua tangannya memegang erat tangan Hayoun dan lama-kelamaan bibir Hyunjae mendekati bibir Hayoun. Rambut masing-masing menderu dek angin bertiup kencang pada malam itu. Nampaknya hari nak hujan.

"Mian oppa, I think our love no longer spark. Let end our relationship here. Thanks." Belum sempat Hyunjae mendaratkan bibirnya ke bibir Hayoun, Hayoun sudah pun berpaling daripadanya dan melangkah turun daripada rooftop tersebut.

Hyunjae terkedu dan masih lagi berdiri tegak di situ tidak berganjak kerana masih tidak boleh menerima kata-kata Hayoun untuk putus. Dia betul-betul sayangkan Hayoun. Akhirnya air mata lelakinya jatuh setitis demi setitis sambil menatap cincin yang telah dibaling oleh Hayoun sebentar tadi. Mujur cincin itu tidak bergolek jauh, hanya beberapa langkah daripada kedudukannya sekarang. Terjeda buat seketika sebelum Hyunjae pergi memungut cincin itu semula.

Hyunjae menundukkan sedikit tubuhnya 90 darjah lalu mengambil cincin tersebut. Ditatapnya  cincin tersebut sambil dibelek-belek cincin tersebut dengan mata berair. 'Hayoun... adakah cincin ni terlalu murah untuk Hayoun? Oppa minta maaf jikalau Oppa ada sakitkan hati Hayoun. Mungkin Hayoun muda lagi untuk hadapi semua ni. Oppa minta maaf andai Oppa terlalu terburu-buru. Maafkan Oppa. Oppa selfish! ' Cincin itu digenggam Hyunjae erat sebelum menyimpannya semula ke dalam poket seluar. Hyunjae baru sedar yang dia tidak sepatutnya memaksa Hayoun untuk menikah dengannya. Hayoun muda lagi dan perjalanannya masih panjang. Dia tidak sepatutnya menghalang impian Hayoun. 

Perlahan-lahan tangannya menggapai penghadang rooftop tersebut sambil memandang ke langit malam. Sungguh tiada satu bintang pun yang bercahaya untuk mendengar segala rintihannya. Keadaan langit amat gelap melambangkan hatinya yang kosong sekarang. Rintikan hujan bakal menyusul sebentar lagi umpama deraian air matanya yang sudah membasahi separuh lengan bajunya. Kata-kata sang  kekasih sebentar tadi  masih terngiang-ngiang di dalam kepala.

"Mian oppa, I think our love no longer spark. Let end our relationship here"

Semakin lama semakin kuat genggaman Hyunjae pada penghadang tersebut menahan rasa sakit di hati yang seperti dirobek-robek sembilu.

Sedang Hyunjae mencari semula kekuatan ditambahkan lagi dengan mata yang merah-kemerahan dengan memerhati sekeliling langit malam dan melihat bawah dari atas rooftop tersebut, tiba-tiba dia terperasan sosok tubuh yang sangat dikenalinya bersama dengan seorang lelaki lain  yang tidak dikenalinya. Mereka berdua sangat mesra dan intim siap berpelukan bagai berjalan keluar daripada restoran tempat dia dan Hayoun berjumpa sekarang.

"Ha... youn?" Terbeliak mata Hyunjae menyaksikan adegan panas kekasih kesayangannya itu bersama lelaki lain daripada atas. Tangan kanannya perlahan-lahan membentuk buku lima. Urat tangan turut timbul menandakan yang dia sedang menahan kemarahan yang teramat sangat. "Tak boleh jadi. Tak bermakna hubungan kita sampai setakat ni. Oppa tak benarkan. Oppa akan pertahankan cinta kita sampai Hayoun dah bersedia." Ujar Hyunjae sebelum menumbuk kedua-dua buku limanya pada dinding tembok balkoni tersebut sebelum berlari ke bawah mendapatkan dua manusia yang tak berguna tersebut.

______

Hayoun yang baru sahaja menutup pintu restoran tersebut terus berlari mendapatkan lengan seorang jejaka yang setia menunggunya sejak daripada awal mereka sampai tadi. Cuma lelaki tu ada je duduk makan dekat meja area diorang sambil usha. Hyunjae tak kenal lelaki tu walhal sudah lama mereka berdua sudah menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan Hyunjae.  Mereke berdua terus jalan beriringan pulang tanpa rasa bersalah. Sebentar lagi sebuah kereta limaousin bakal menjemput mereka pulang.

"Kenapa muka sayang masam je ni? Tegur jejaka tersebut pada Hayoun yang sedang memeluk lengannya sambil menunduk muka ke bawah. Hayoun hanya diam membisu. Dia masih rasa bersalah dengan Hyunjae. Sejujurnya dia masih sayangkan Hyunjae tetapi disebabkan duit dan peluang kerja yang sangat diimpikannya itu, dia terpaksa bertindak sedemikian dan pergi kepada Sam. Sam merupakan anak kepada hartawan ternama dan anak kepada pemilik syarikat yang bakal dia bekerja nanti. Nak dibandingkan dengan Hyunjae memang Sam ada segala-galanya. Tak perlu bersusah payah nak buat kerja part time tu belum lagi makan gaji. Bila-bila masa je si Hyunjae tu boleh jadi papa kedana. Dengan Sam job boleh dapat dengan petik jari je. Tulah benefit ada affair dengan anak pemilik syarikat hiburan. Bukan setakat bidang permodelan, even bifang nyanyian dan lakonan dia boleh masuk. Habislah impian dia selama ni kalau dia masih lagi meneruskan hubungan dengan Hyunjae apa lagi bila dia ajak kahwin. Sampai bila-bila pun tak maju.

Buat apa dia ajak you naik atas tadi?" Tanya jejaka tersebut sambil menyentuh pipi mulus Hayoun yang masih masam mencuka.

"Propose I." Jawab Hayoun dengan perasaan yang amat bersalah tetapi dia masih kelihatan selamba demi menjaga hubungannya dengan Sam untuk masa depan yang lebih baik.

"What? So you terima ke?" Jerit jejaka tersebut. Riak wajahnya sedikit terkejut mendapat tahu yang teman wanitanya itu telah disunting oleh jejaka lain.

"Terima." Angguk Hayoun saja ingin menyakat Sam.

"You? sampai hati you. Now jugak kita break up." Rajuk Sam acah meleraikan tangan Hayoun daripada pergelangan tangannya.

"Sayang.... Wait! I gurau jelah. Tu pun nak merajuk. Comel lah you ni." Hayoun mencubit kedua-dua pipi Sam yang menggembung kerana merajuk dengannya. "Mulai hari ni I cintakan you sorang je, ok. Dalam hati I ni ada you je." Sambung Hayoun seraya menyambut tangan Sam dan diletakkan ke dadanya. "Senyum lah jangan merajuk-rajuk lagi. Tak handsome dah kekasih I ni." Pujuk Hayoun lagi.

"Ok, untuk you bukan takat senyum I bagi tapi semua I akan serahkan." Jawab Sam sambil tersenyum nakal.

B
U
K

"Auchhhh" Tiba-tiba seseorang datang dari arah belakang menumbuk pipi teman lelaki baru Hayoun dengan sangat kuat sehingga lelaki itu jatuh tersembam di atas jalan tar.

"Hyunjae Oppa! Stop it" Jerit Hayoun sambil menghalang Hyunjae daripada menghampiri teman lelakinya yang baru itu. Terkejut dia tiba-tiba Hyunjae datang menyerang mereka. Habis kantoi!

"Hayoun, ke tepi!" Hyunjae menolak Hayoun kasar sehingga menyebabkan Hayoun turut terjatuh. "Kau siapa hah? Berani kau cakap macam tu pada Hayoun. Jangan berani-berani buat Hayoun macam tu. Langkah mayat aku dulu." Hyunjae menarik semula Sam daripada tar supaya dia kembali bangun. Hidung Sam berdarah dan mukanya amat pucat. Namanya anak Ceo tapi lembik nak mampus.Tangan Sam ligat meraba-raba poket seluarnya mencari telefon bimbit untuk meminta pertolongan ayahnya atau orang-orang kanannya. Lambat pulak pemandu peribadinya datang. Hyunjae mencengkam kemas kolar baju Sam sambil dah ready nak bagi penumbuk. Hyunjae cukup tak boleh terima dengan apa yang didengarinya sebentarnya tadi. Kata-kata yang dilontarkan Sam kepada Hayoun tadi betul-betul boleh menjatuhkan maruah perempuan Hayoun. Sungguh biadap! Lebih baik dia bertindak dahulu sebelum apa-apa perkara buruk terjadi dengan Hayoun.

"Oppa! Apa ni? Kita dah break up kan. So that's it. Jangan nak sibuk hal Hayoun lagi." Hayoun sedaya upaya melepaskan cengkaman Hyunjae dan menahan tumbukan Hyunjae terhadap Sam.

Hyunjae bangun meninggalkan Sam yang sedang terkulat-kulat di atas jalan Tar lalu mencengkam bahu Hayoun dan menolaknya ke tepi secara kasar sebelum menamparnya kuat. "Auch! OPPA!" Terduduk Hayoun apabila terkena tamparan lelaki Hyunjae. Tangan kanan Hayoun cuba menggosok pipinya sambil menahan sakit. Dia memang dah nak menangis time tu. Tak pernah-pernah even sekalipun Hyunjae meninggikan suara dengannya apatah lagi menamparnya... tapi hari ini....  "Hey, perempuan! Kau pekak ke buta? Sah-sah lelaki tu just nak mainkan kau. DASAR PEREMPUAN MURAHAN!" Tengking Hyunjae sambil menggoncang-goncangkan tubuh Hayoun supaya dia sedar dan membenarkan kata-katanya yang lelaki bernama Sam itu hanya mengambil kesempatan terhadapnya. Bukannya betul-betul ikhlas untuk bersamanya. Tetapi Hyunjae tak sedar yang kini dia telah menyakiti hati perempuan yang betul- betul dia sayang.

"OPPA! Sampai hati Oppa. Tergamak cakap macam tu." Jerit Hayoun sambil meraung menyebabkan Hyunjae tersedar dengan apa yang dia telah lakukan. Akibat terlalu geram dengan tindakan kekasihnya itu yang telah banyak berubah sehingga dia tidak dapat menahan amarahnya. Dan kini Hyunjae amat menyesali akan tindakannya itu.

"Kalau macam ni lebih baik Hayoun mati je lah. Hayoun tak nak tengok muka Oppa lagi. Hayoun benci Oppa." Jerit Hayoun sambil merenung tajam Hyunjae sebelum menolak tubuh Hyunjae ke tepi. Hyunjae tersentak. Dia kehilangan kata-kata memandang hadapan kosong hanya menurut tindakan Hayoun yang menolaknya ke tepi sehingga dia terjatuh melutut di atas jalan Tar.

Kilat sudah sambar menyambar bak hatinya kini yang sudah berkecai dek perlakuannya sendiri terhadap sang kekasih.

Hujan turun dengan sangat lebat membasahi bumi. Hyunjae masih lagi mematung di situ.

Lencun disebabkan air hujan beserta tangisan air mata.

5 minit sudah berlalu...

Sam sudah lama tidak kelihatan sejak Hyunjae melepaskannya. Dia pergi begitu sahaja dengan kereta peribadinya. Sebelum Hyunjae mengasarinya buat kali kedua. Lebih baik dia beredar awal. Hanya dibiarkan sahaja Hayoun bersendirian menghadapi Hyunjae. Dasar lelaki tak guna!

Hayoun kini berjalan pulang sendirian sambil menangis di bawah hujan yang sangat lebat sehingga mengaburkan pemandangan. Tetapi tetap gagah melintasi lorong-lorong di jalan tersebut. Langkahnya dipercepatkan agar Hyunjae tidak dapat menjejakinya.

"Kalau macam ni lebih baik Hayoun mati jelah"

"Hayounnnnnnn! Jangan tinggalkan Oppa." Hyunjae tersedar dengan kata-kata drastik yang dilontarkan Hayoun beberapa minit yang lepas. Dia segera bangun dan berlari mencari kelibat Hayoun. Di kala hujan turun begitu lebat, guruh berdentum, kilat sambar-menyambar sana dan sini agak sukar untuk Hyunjae menemukan Hayoun yang sudah meninggalkannya beberapa minit yang lepas. Sungguh dia sangat risaukan keselamatan Hayoun ketika ini. Hyunjae berlari sekuat hati dan berdoa di dalam hati agar sesuatu yang buruk tidak terjadi kepada Hayoun. Emosi Hayoun dalam keadaan tak stabil. Anything can happen. Dia harus cepat mendapatkan Hayoun.

Lari punya lari setiap lorong pekan....

Sehinggalah Hyunjae ternampak seorang perempuan di hadapannya kini seperti sedang menangis hanya menonong melintas jalan tanpa mengendahkan sebuah lori yang sedang bergerak laju menuju ke arahnya.

PIN!

PIN!

PIN!

Lori itu semakin mendekat. Pemandu baru perasan akan kelibat manusia melintas jalan. Cepat-cepat dia menarik brek tetapi akibat keadaan jalan yang tersangatlah licin lori tersebut tidak dapat mengawal pemanduannya dan terus laju meluncur ke hadapan. Apa yang mampu hanyalah menekan hon untuk  memberi amaran.

"HAYOUNNNNNNNNNNNNN!" Jerit Hyunjae berlari ke tengah jalan untuk menyelamatkan Hayoun.

B
U
S
H
H
H
H
H
H
H
H
H
H
H
H
H
H
!

Hayoun sempat melintas dan mangsa kemalangan nahas pada malam itu ialah....

Lee Hyunjae.

Semuanya berlaku dengan sangat pantas.

Langkah Hayoun automatik berhenti selepas terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat datang daripada belakangnya itu.

"Hyunjae Oppa?" Hayoun cemas. Detak jantungnya berdegup laju. Keringat mula membasahi setiap lapisan tubuhnya. Di mindanya kini hanya muncul wajah Hyunjae. Suara Hyunjae yang memecah kesunyian malam sebentar tadi kini tiba-tiba lenyap hilang begitu sahaja. "Ta.... k mungkin?" Digagahkan juga seluruh anggota badannya untuk berpusing 180 darjah ke belakang. Alangkah terkejutnya Hayoun apabila mendapati ada sebuah lori yang sudah berhenti dalam keadaan yang sangat remuk dan berkepul-kepul asap keluar. "Betul ke tadi... Hyunjae Oppa?" Air matanya mulai kembali turun setitik demi setitik dengan cemas otak Hayoun mula merangka apa yang harus aku buat saat ini... Dengan lutut yang longlai dan tubuh yang menggigil Hayoun melangkah mencari sang kekasih.

"Oppaaaaa!" Teriak Hayoun sambil berlari ke tengah jalan mendapatkan Hyunjae yang sudah terbaring berlumuran darah. Tubuhnya lemah longlai. Matanya tertutup rapat. Darah berlumuran di bahagian kepala ditambah lagi darah yang keluar daripada rongga-rongga yang yang terbuka seperti mulut, hidung, dan telinganya. Ternyata Hyunjae banyak kehilangan darah pada malam itu.

"Oppaaaa! bangun... jangan tinggalkan Hayoun." Hayoun sedaya upaya merangkul Hyunjae dan diletakkan di pangkuannya berhati-hati lantas Hayoun menggenggam tangan Hyunjae dan  memberi kehangatan. Berharap agar sang kekasih membuka mata dan bertahan.

"Ha... youn... senyum please." Syukur Hyunjae masih sedar walaupun matanya hanya terbuka sedikit. Hyunjae melemparkan senyuman manis dalam keadaannya yang sangat nazak.

Ditenung wajah Hayoun itu redup. Tangan kanannya sedaya upaya cuba mencapai pipi mulus Hayoun bagi menghapus air matanya.

"Ha... youn...  maafkan Op....uhuk...uhukkk..." Hyunjae semakin tenat.

Hayoun   sudah tidak mampu berkata-kata. Suaraku hilang. Tenggelam dek tangisan yang bagaikan tiada nokhtah.

"Ha... youn..." Ujar Hyunjae sambil sedaya upaya dia mengeluarkan dua bentuk cincin dari dalam poket seluarnya dengan tangannya yang sudah dipenuhi darah lalu diberikan kepada Hayoun.  "I... love... U" Itulah kata-kata terakhir Hyunjae sebelum dia kembali menutup mata semula dan longlai di pangkuan Hayoun.

"OPPA?"

"HYUNJAE OPPA?"

"Tak Oppa.... Oppa bangun! Oppa tak bersalah... Hayoun yang banyak salah dengan Oppa... Oppa bangun... Hayoun minta maaf... Oppaaaaa banguunnn... jangan tinggalkan Hayoun." Raungnya sambil memeluk Hyunjae dalam pangkuannya. Berharap agar Hyunjae hidup semula. Tubuh Hyunjae yang sudah mula pucat memutih itu dikucup berkali-kali dahinya. "Oppa... I love you too..." Dalam sedu-sedan Hayoun membalas kata-kata terakhir Hyunjae. Hati merintih pilu. Hayoun  kembali menangis dengan tubuh yang terhinjut teruk di tengah jalan tersebut di samping sang kekasih. Seakan jiwa nya turut pergi bersama Hyunjae.

Malangnya kata-kata Hayoun itu hanya sia-sia. Semuanya sudah terlambat. Waktu tidak boleh diundur semula. Bila roh sudah berpisah dengan jasad, yang tinggal hanya lah memori semalam.

<imagine all their sweet moment's replay>

"Hayoun, can you be my model or maybe my mine?"

"Hayoun, Oppa janji akan jaga Hayoun sampai akhir nafas Oppa."

"Hayoun jangan sedih ya, Oppa always ada untuk Hayoun. Promise!"

"Hayoun, Oppa tengah buat lawak ni, gelak lah."

"Hayoun, I love you."

Malam itu sepatutnya menjadi hari yang bahagia buat Hyunjae dan Hayoun tetapi sebaliknya menjadi tragedi hitam buat Hayoun.

Tiada lagi kedengaran 'Hayoun' daripada seorang Hyunjae.

Tiada lagi usikan manja seorang Hyunjae

Tiada lagi photographer peribadi yang tak pernah jemu ambil gambarnya.

Paling penting... tiada lagi insan yang sanggup berkorban deminya dan mencintainya setulus hati sebagaimana Hyunjae sudi menerima kekurangannya selama 7 tahun.

Hyunjae pergi buat selama-lamanya terus dalam hidupnya.

Dan tidak akan pernah kembali.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro