Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1

14 Februari 2020 (Present)

Ding~ Dong~
Ding~ Dong~
Ding~ Ding~

Sudah berkali-kali Hyunjae menekan loceng rumah adik angkatnya iaitu Haknyeon tetapi masih lagi tidak dibuka pintu rumah tersebut.

"Mana pergi Haknyeon ni? Tadi beria call suruh aku datang rumah dia as soon as possible. Sekarang aku dah terpacak depan rumah dia, possibility batang hidung pun tak muncul-muncul. Hidup lagi ke tak? Kereta dia elok je parking depan ni." Hyunjae menjeling pacuan empat roda berwarna indigo di hadapannya sambil mengeluh kesah. Tubuhnya bersandar pada bumper hadapan kereta tersebut. Tali leher dilonggarkan sedikit kerana keringat mula membasahi tubuhnya. Cuaca pada hari itu agak panas. Yelah dah tengah hari buta si Haknyeon suruh datang. Memang terik lah der. Dia dahlah baru sampai bumi Korea semalam. Pastu pagi-pagi tadi dah attend seminar. Nasib baik seminar petang cancel, terus dia bergegas terus ke rumah Haknyeon. Macam tak ada hari esok. Rindu sangat katanya bertahun tak jumpa abang angkat sendiri.

Sambil bersandar pada bumper kereta tersebut, Hyunjae menatap pintu utama rumah Haknyeon kosong menunggu tuan rumah membuka pintu. "Tak boleh jadi ni." Kata Hyunjae lalu meraba poket seluarnya mencari telefon bimbit untuk menelefon Haknyeon. "Damn! Aku baru perasan bateri dah kong! Ketuk jelah." Hampa Hyunjae setelah mendapati skrin telefonnya hitam tidak menyala walaupun sudah ditekan banyak kali button on. Dia menyimpan semula telefon bimbit di dalam poket seluar lalu mengetuk pintu rumah Haknyeon sekuat hati.

Tok!
Tok!
Tok!

"Kejap! kejap! 5 minit." Kedengaran suara Haknyeon sedang menjerit daripada dalam rumah diselangi dengan suara tangisan bayi.

Hyunjae menekupkan telinga kanannya pada pintu rumah tersebut ingin mendengar dengan lebih jelas apa yang sedang terjadi di dalam. "Aik! Apa yang serabut sangat mamat ni? Dengar suara budak menangis lah. Haneul?"Tak jadi Hyunjae nak marah tatkala terdengar tangisan di dalam rumah tersebut. Barangkali Haknyeon sedang sibuk menguruskan anaknya kot sehingga tidak sempat membuka pintu. Hyunjae berundur dan menunggu dengan sabar.

Selang beberapa minit kemudian akhirnya pintu rumah tersebut terbuka.

Kleuk!

"Hyunggg! Rindunyaaa... lama tak jumpa. Hug sikit." Terpampang wajah Haknyeon dengan rambut serabai tak sempat nak sikat sedang menggendong seorang bayi kecil yang sedang menangis di pangkuannya. Walaupun kelihatan tidak terurus, Haknyeon masih tersenyum manis menyambut kedatangan Hyunjae yang baru pulang ke bumi Korea tersebut. Dipeluk erat tubuh abang angkatnya itu setelah beberapa tahun tidak berjumpa since Haknyeon kahwin dulu sehinggalah kini dia sudah dapat anak kedua dengan isterinya. Hyunjae turut membalas pelukan adik angkatnya itu. "Hyung pun rindukan kau dengan orang-orang dekat sini." Hyunjae menepuk-nepuk belakang dada Haknyeon. Setelah kedengaran tangisan bayi semakin kuat baru mereka meleraikan pelukan. "Haneul?" Tanya Hyunjae pada Haknyeon sambil memegang lembut tangan bayi tersebut.

"Haha, hyung merepek apa? Takkan lah Haneul dari dulu sampai sekarang kecik ni. Kami dah dapat anak kedua, hyung. Haneul dah 5 tahun tengah belajar dekat tadika sekarang." Jelas Haknyeon.

"Ok, nampak sangat hyung dah lama tak balik sini." Hyunjae tersenyum sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. "By the way, anak kedua korang ni baby boy or girl? Kenapa comel sangat? Geram hyung tengok. Tembamnya pipi dia... macam nak gigit-gigit je." Tanya Hyunjae sambil mencubit-cubit pipi mulus bayi pada pangkuan Haknyeon.

"Well, tengok ayah dia lah handsome kan." Bangga Haknyeon. "Anak kedua kami baby girl. Nama diberi Ayra, Ju Ayra. Kan... Ayra sayang papa ni." Ujar Haknyeon lalu mencium pipi anaknya itu banyak kali.

Hyunjae tersenyum senang melihat anak beranak itu. Jauh dari sudut hatinya dia pun teringin nak pegang anak sendiri. Alangkah indahnya jika dapat bermain dengan anak sendiri tambah lagi dia sangat menyukai kanak-kanak. Tetapi apakan daya, jodohnya masih belum sampai.

"Ehem...Tang mana handsomenya? serabai je hyung tengok. Macam tak mandi lagi je ni?" Hyunjae kemudian memegang rambut Haknyeon yang teramat kering itu lalu menciumnya. "Pergh! Berapa tahun kau tak syampu?"

"Sorry sikit, baru semalam Haknyeon syampu. Cuma hari ni belum sempat mandi lagi. Ayra tak berapa sihat hari ni. Dia meragam since malam tadi lagi. My wife tak boleh ambil cuti hari ni. So Haknyeon lah kena take over. Alah, biasalah hyung. Macam ni lah hidup bila dah berumah tangga." Jelas Haknyeon sambil menepis tangan Hyunjae daripada terus mencium rambutnya yang memang seminggu tak syampu sebenarnya.

"Ohhh... Alolo, Ayra... dia demam ke... alolo kesiaannya. Patutlah tak berhenti nangis?" Hyunjae turut membuat muka sedih sambil mencubit lembut pipi mulus Ayra. Malangnya teriakan Ayra semakin memecah suasana. "Muka kau buruk sangat sampai takut budak ni. Shuhh~shuhhh ~ Ayra anak papa yang baik... jangan nangis... jangan nangis" Haknyeon menepuk-nepuk belakang anaknya cuba memujuk.

"Mana ada buruk. Comel k... Kan Ayra... uncle Hyunjae handsome kan? Cak! Ba! Cak! Ba!" Hyunjae masih bermain dengan Ayra walaupun bayi kecil itu masih menangis. Haknyeon hanya tersenyum melihat mereka berdua. "Chop! Asal ada bau terbakar ni?" Hyunjae berhenti bermain dengan Ayra dan mengangkat mukanya mencari punca bau terbakar itu. Kembang kempis hidungnya mencari bau tersebut manakala Haknyeon di sebelah masih terpinga-pinga. Kedua anak mata dinaikkan ke atas mengingat sesuatu. " Wey choi, aku lupa nak matikan api goreng ikan tadi. Nah, tolong pegangkan Ayra kejap." Haknyeon menyerahkan anaknya ke tangan Hyunjae. "Baik kau cepat sebelum dapur kau meletup." Hyunjae segera mencapai Ayra lalu Haknyeon segera bergegas ke dapur melihat keadaan di sana.

"Ayra duduk dengan uncle ya. Papa nak masak kejap." Pujuk Hyunjae sambil menimang-nimang Ayra yang menangis mahukan ayahnya. Mereka berdua berlalu ke arah sofa yang terletak di ruang hadapan itu juga.

Kring~
Kring~
Kring~

Tiba-tiba telefon bimbit Haknyeon berdering di sudut meja bersebelahan meja TV. "Yeon, fon kau berbunyi." Hyunjae menjerit memanggil Haknyeon beberapa kali tetapi lelaki tersebut masih tidak munculkan diri. Hyunjae bangun daripada duduknya sambil membetulkan dukungan Ayra. Segera dia menapak ke arah bunyi tersebut lalu melihat nama yang tertera pada skrin telefon tersebut "Ayumi? Aku tolong lah angkat kang wife kau ni bebel sampai tahun depan pun tak habis." Tanpa berfikir panjang tangan Hyunjae terus swipe ke arah gambar icon hijau untuk menjawab telefon tersebut. Dia kenal sangat dengan perangai sepupu rapatnya itu. Suka melenting tak tentu pasal. Kagum Hyunjae dengan Haknyeon kerana setia dengan sepupunya sehingga lah mereka dikurniakan dua orang anak. Teringat dia akan betapa susah dulu Haknyeon mahu memikat hati seorang Ayumi.

"Hello, sayangggggggg! Awak lupa nak ambil anak kita ke?" Jerit Ayumi melalui corong telefon tersebut. Gelombang suaranya yang begitu kuat sehingga menyebabkan langkah Hyunjae berganjak sedikit ke belakang sambil menutup telinga Ayra dengan tangannya. "Woww! Nasib baik tak pekak. Woi, kau pehal nak jerit-jerit hah? Hormat lah sikit! Kang anak kau ni dah besar pekak jangan salahkan aku." Hyunjae turut membalas dengan jeritan. "What? Siapa yang bercakap ni? Mana lelaki aku?Ayra dengan siapa tu?" Berderau darah Ayumi memikirkan keadaan anak kecil dan suaminya di rumah sekarang.

"Lelaki kau tengah settle api kat da..." - Hyunjae

"What? Rumah kami terbakar ke?" - Ayumi

"Woi Yumi, Relax boleh tak? Tak payah nak jerit-jerit. Oppa tak pekak lagi." -Hyunjae

"What? Wait? Oppa?" - Ayumi

Tiba-tiba talian senyap...

"Hello? Ayumi? Aik mampus dah ke?" - Hyunjae

"Hah... hah... HYUNJAE OPPAAA!!!" Makin kuat jeritan Ayumi sampai lelaki dia kat dapur pun dengar.

"Woi! Dah pehal? Siapa yang histeria tu?" Haknyeon berlari daripada dapur mendapatkan Hyunjae.

"Nah. Aku tak sanggup nak cakap dengan wife kau. Boleh pekak telinga." Dengan muka selamba Hyunjae menyerahkan telefon bimbit tersebut ke tangan Haknyeon sebelum kembali duduk di atas sofa bersama Ayra menonton televisyen.

"Hello, sayang~" - Haknyeon

"Sayang! Tadi yang cakap Hyunjae oppa kan? Arghh rindunya dengan dia... bila dia balik sini? Tak tahu pun" - Ayumi

"Haha... semalam. Tu yang hari ni sayang ajak dia datang rumah kita." - Haknyeon

"Ohhh I see... sampai hati sayang tak bagi tahu. Patut lah beria nak cuti hari ni. Siap ya awak nanti! Tipu saya." - Ayumi

"Alah sayang janganlah merajuk. Sorry lah. Malam ni kita dinner sekali dengan dia. Sayang dah masak sedap-sedap hari ni. - Haknyeon cuba memujuk.

"What? nak dinner ikan hangus kau tu? Tak nak aku." Hyunjae yang mendengar perbualan mereka daripada sofa yang di duduknya menjerit sekuat hati.

"Hyung senyaplah! Yeon tau lah apa nak buat kang." Haknyeon menjarakkan sedikit telefon itu daripada mulutnya sambil tangannya menutup speaker telefon tersebut dan membalas soalan Hyunjae secara perlahan. Takut Ayumi dengar. Mampus kantoi kalau Ayumi tau dia goreng ikan hangus. Hyunjae hanya tergelak besar daripada sofa. Syok dia menyakat Haknyeon.

"Ok, nice hari ni sayang masak. Tak jadi nak marah. Eh, lari topik pulak. Yumi call ni nak tanya, sayang dah ambil Haneul balik sekolah belum?" - Ayumi daripada nada slow bertukar tinggi semula.

"Haneul? Sekarang pukul be..." Haknyeon menjeling jam di dinding. Terpinga-pinga dia ingin menjawab soalan Ayumi seperti ada benda tersangkut di kerongkong. "Oh mak kau! dah pukul 3 petang. Sorry... sorry... sayang betul-betul lupa. Ok... ok sayang pergi ambil dia sekarang. Ok bye. - Dengan sekali nafas sahaja Haknyeon menjawab lalu cepat-cepat dia memutuskan talian sebelum kena peluru berpandu Ayumi berdas-das.

"Jae, tolong wey jemput Haneul dekat tadika kejap." Sekelip mata Haknyeon dah duduk di sebelah Hyunjae.

"Apahal aku pulak? Aku baru je sampai rumah kau, baru nak letak punggung. Kau nak suruh aku keluar balik panas-panas ni?". Lagipun mana lah aku cam muka dia. Haneul dah besar kot." Hyunjae memberi jelingan maut pada Haknyeon.

"Alah, hyung please lah... dekat je tadika Haneul. Keluar taman ni straight je takyah belok-belok. Lepas dua traffic light sampai dah. Banyak lagi kerja rumah tak settle. Pukul lima kang Ayumi dah nak balik. Kita janji nak dinner sama kan? Makanan tak siap lagi. Please~ Hyung kan suka budak-budak. Dekat sana banyak budak comel-comel. Serius." Haknyeon menggesel-gesel lengan tangan Hyunjae sambil buat muka comel.

"Eh, kau ni! Dah anak dua pun mengada. Dah kenapa dok menggatal dengan aku? Sepuk kang. Malu ler sikit dengan anak kau!" Hyunjae mengalihkan tangannya menjauhi Haknyeon. "Memanglah semua budak comel. Kau je yang buruk." Sambungnya lagi sebelum memerhati keadaan sekeliling di dalam rumah tersebut. Dia cuba mempertimbangkan permintaan Haknyeon. 'Kesian lah pulak. Kang kena sembur dengan wife dia balik nanti. Tak pasal-pasal aku pun kena.' Hyunjae pun tahu perangai Ayumi tu macam mana. "Yelah-yelah... Bagi hyung tengok gambar Haneul sekarang. Kang aku terbawa balik anak orang lain susah pulak." Ujar Hyunjae dengan muka tiada perasaan sambil menyerahkan Ayra ke tangan Haknyeon.

"Hehe... Thank you Hyung, Yeon tau hyung lelaki paling baik dalam dunia ni" Puji Haknyeon melambung.

"Tak payah nak membongak sangat. Hyung malas nak terjebak korang gaduh kang. Cepat, mana? Kesian budak tu dah tunggu lama. Apa punya bapak lah kau ni? Anak sendiri pun lupa." Perli Hyunjae lalu berdecit.

Haknyeon mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket dan mencari gambar Haneul. Hyunjae hanya diam setia menunggu di sebelah. "Hah hyung, ni Haneul. Makin handsome kan dia dah besar?" Bangga Haknyeon menunjukkan gambar Haneul pada Hyunjae sambil memuji anaknya itu sendiri.

"Asal macam muka kau time kecik duh, Haknyeon? Kau screenshot gambar childhood kau kat ig official The Boyz ya?" Hyunjae buat riak muka terkejut.

"Kau buat lawak apa hyung?" Haknyeon menjeling Hyunjae. "Dah anak aku. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi."

"Hahaha sekali dia belanja peribahasa terus daa... Hyung gurau jelah" Hyunjae kembali menatap skrin telefon ditangannya yang terpampang gambar Haneul. "Oh my Haneul, Lainnya awak. Papa Jae rindu nak main dengan awak depan-depan. Before ni mampu video call je." Ujar Hyunjae sambil mengusap-ngusap gambar Haneul tersebut. Rindu sungguh dia dengan anak sepupunya rapatnya itu.

"Hyung jangan risau, dia takkan pernah lupa muka Papa Jae dia. Hyung kan favourite uncle dia. Dia asyik tanya bila hyung nak balik sini. Katanya nak ajak jalan-jalan. Dapatlah hyung merasa jadi ayah sekejap even bujang lagikan." Gurau Haknyeon sambil menepuk-nepuk bahu Hyunjae. "Hyung mesti dah ada calon kan balik sini. Bila nak kenalkan dekat kami?" Bisik Haknyeon sambil tersenyum nakal.

"Argh ngarut lah kau. Tak ada siapa yang nak aku ni. Dahlah, Hyung nak ambil Haneul sebelum wife kesayangan kau tu call balik. Ok, bye." Hyunjae bangun berlalu terus keluar.

"Tengok tu. Nak lari topik lah tu. Haish dia tunggu siapa? Ramai je nak kan dia tu. Dia je yang jual mahal." Haknyeon hanya mampu menggelengkan kepala.

+++

3.30 petang (Byul Kindergarten)

Hyunjae menarik brek kereta kerana dia sudah pun sampai betul-betul di hadapan tadika tersebut. Dari dalam kereta dia ternampak seorang perempuan yang sedang membelakanginya sedang meyiram pokok bunga di halaman tadika tersebut. Daripada belakang perempuan itu kelihatan nampak muda daripadanya. Barangkali cikgu di tadika tersebut. Hyunjae membuka tali pinggang lalu keluar daripada perut kereta. Perlahan-lahan dia mendekati perempuan itu untuk memintanya memanggilkan Haneul.

"Ehem... Selamat petang." Hyunjae menegur perempuan tersebut secara berhemah tetapi malanganya perempuan itu terkejut dengan suara garau Hyunjae dan paip air di tangannya pun secara drastik terpancut ke muka Hyunjae.

"Oh my" Alangkah terkejutnya perempuan tersebut. Dicampaknya paip tersebut ke tepi tanpa menutup semula air. Dengan segera dia mencari tuala kecil berwarna pink dalam poket bajunya dah berlari ke arah Hyunjae. "Maaf encik, saya tak sengaja. Tiba-tiba encik muncul daripada belakang terkejut saya. Lagi sekali saya minta maaf. Saya lapkan ya." Rayu perempuan tersebut sambil tangannya ligat mengelap muka dan baju Hyunjae yang sudah terkena tempias air dengan tuala pink nya itu.

"Tak apa, sokay... salah saya juga kacau awak tiba-tiba tadi." Hyunjae memegang tangan perempuan tersebut supaya berhenti mengelap mukanya. Tiba-tiba perlakuannya tergendala apabila terperasan muka perempuan tersebut. Mata Hyunjae seakan terkunci pada raut wajah perempuan tersebut.

"Ha... Hayoun?" Ujar Hyunjae perlahan tetapi masih lagi boleh didengari oleh perempuan di hadapannya itu.

"Hayoun? Maaf encik, dekat sini tak ada nama Hayoun. Erm... Boleh tak tolong lepaskan tangan saya?" Kelihatan perempuan itu tidak selesa dengan apa yang telah dilakukan oleh Hyunjae. Hyunjae masih lagi terpaku dan menghiraukan kata-kata perempuan tersebut.

"Janji dengan saya even apa yang terjadi jangan pernah kenal atau ada hubungan dengan saya. Saya dah rosakkan masa depan awak."

Tiba-tiba kata-kata itu terlintas dalam fikiran Hyunjae. Kata-kata daripada seorang perempuan yang pernah meluangkan masa bersamanya buat sementara waktu suatu ketika dahulu sebelum dia hilang dan pergi buat selama-lamanya. Ya perempuan itu serupa dengan perempuan di hadapannya sekarang cuma personaliti mereka sahaja yang berbeza. Mata Hyunjae mula berkaca. Sesungguhnya dia sangat merindui perempuan itu.

"Encik, lepaskan saya please... kuat sangat encik genggam, sakit tangan saya." Perempuan itu menggoyang-goyangkan tangannya sekuat hati sehingga Hyunjae tersedar daripada lamunannya.

"Maaf." Hyunjae melepaskan genggaman pada tangan perempuan tersebut lalu segera mengelap air matanya daripada jatuh sebelum perempuan di hadapannya itu perasan. Perempuan di hadapannya itu memandang dia pelik dan penuh dengan tanda tanya. Suasana agak janggal buat seketika.

"Papa Jae!" Tiba-tiba Haneul laung dari arah tepi sambil melambaikan tangan memecahkan kesunyian antara mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro