@liaa_nadh
liaa_nadh| Pengalaman
Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Jawab jangan tak jawab. Hahaha...
Pada hari yang indah ini, saya, adik anda yang comel molek lagikan cantik ini—eh, melebih pula😂😂. Baik, saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman saya semasa berada di Wattpad ini.
Nama saya Aliaa Nadhirah. Nama yang sering dipanggil oleh warga oren dekat saya ialah Liaa atau Nadh. Ya, panggilan yang sama seperti username saya iaitu (liaa_nadh). Terdapat sebuah kisah mengapa saya menggunakan nama panggilan ini untuk username saya. Pada awalnya, username saya dikenali sebagai starz_liaa. Namun, disebabkan kawan-kawan, sepupu dan adik-beradik saya memanggil saya dengan panggilan Nadh, di situ saya menukar username saya kepada liaa_nadh dan ianya digunakan sehingga kini. Saya tinggal di negeri bandaraya bersejarah.
Macam mana saya boleh terjebak dalam dunia oren ni?
Sejujurnya, saya ini seorang ulat buku. Selalu baca novel jika ada masa terluang. Dua minggu sekali saya akan minta ibu saya membeli buku baharu sampai kena marah😅😅. Eheks.
Saya mula bergiat aktif di Wattpad ini pada 8 Oktober 2019 pukul 12.35 petang dan secara faktanya, saya dapat tahu tentang dunia oren ini sewaktu saya berehat dengan kawan-kawan. Masa tu ada kelas tambahan jadi pada waktu itu kami hanya berbual kosong lalu seorang daripada mereka membuka cerita tentang Wattpad. Saya mula tertarik apabila dia berkata demikian.
Mula-mula saya seorang silent reader yang hanya membaca karya genre fanfic di situ. Kebanyakannya adalah fanfic boboiboy. Hahaha... Budak lagi😂😂. Pada hujung bulan yang sama pula, kawan saya recommend sebuah karya daripada seorang wattfamous. Punyalah saya baca sampai minat terus dekat genre teenfic. Jadi, semua karya dia saya usya. Genre yang paling saya suka ialah teenfic dan action.
Wattpad menjadi platform utama saya untuk membaca buku sehingga kini. Seperti yang saya katakan, saya seorang silent reader. Jadi, saya tidak mengenal seorang pun pengguna wattpad yang lain kecuali kawan saya.
Pada masa yang sama saya menerbitkan story pertama saya iaitu Friends: Kisah Bersama. Namun, karya itu terpaksa dinyahterbitkan kerana saya tidak mempunyai keyakinan. Boleh kira dekat sepuluh kali saya berbuat demikian.
Setelah puas menerbit dan menyahterbitkan karya saya, hanya satu sahaja karya yang kekal iaitu Secret Mafia. Sebuah cerita cliche yang saya reka sewaktu saya di darjah empat. Saya terinspirasi daripada sebuah novel oleh Ain Maisarah yang bertajuk Aku Mahu Jadi Seoulvivor. Malangnya, karya itu tidak mendapat sambutan. Namun, saya tetap berfikiran positif untuk teruskan menulis.
Di pertengahan bulan Disember, saya mula beramah mesra dengan dua orang wattpaders yang membuka vote book. Setelah 2020 menjelma, saya semakin rapat dengan mereka dan juga saya dapat berkenalan dengan beberapa lagi orang wattpader yang lain. Mereka jugalah yang memberi saya semangat.
Kini, karya pertama saya iaitu Secret Mafia mendapat sambutan yang menggalakkan disusuli dengan dua buah karya saya yang lain.
Doa saya, semoga karya saya dapat menambat hati para pembaca dan harap kita di Groupe Décriture🐼 dapat mengeratkan tali silaturahim bersama. Itulah sejarah saya sebagai penulis baru...
Terima kasih layan benda mengarut ni. Stay safe guys!
Akhir kata,
Assalamualaikum.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro