🌸Bab 16🌸
Hubungan persahabatan dia antara Yaya dan Boboiboy semakin hari semakin renggang. Perkara tersebut menyebabkan mereka tidak berbual mesra seperti dulu lagi.
Yelah, setiap kali boboiboy mahu berjumpa dengan yaya pasti ada banyak alasannya. Mahu tolong ibulah, kerja rumah belum siap, mahu ambil adik pulang dari tadika, mahu jaga adik, nak masak untuk adik...
Tapi, bila dilihat semula... Kenapa keluarga yaya elok sahaja? Peristiwa masih segar bugar lagi di ingatan lelaki bertopi oren itu. Di mana ketika tok aba meminta tolongnya untuk pergi ke kedai membeli barang keperluan.
Dengan menggunakan kuasa Halilintar, dia tiba ke kedai runcit dengan pantas. Namun, yang peliknya dia tersepak dengan Makcik Wawa yang sibuk membeli ramuan untuk membuat biskutnya.
Aneh, baru sebentar tadi yaya memberitahunya bahawa ibunya sakit. Habis apa yang ada depan mata dia ni? Roh ke?
Sungguh licik gadis itu dalam mencipta alasannya, boboiboy berfikir seperti yaya ada sorokkan sesuatu daripadanya.
Namun, jika mahu ditanya duduk perkara sebenar... Mahu ke si gadis comel molek itu mahu menceritakan rahsianya? Rasanya seperti semua itu mustahil.
Mahu ditanya Ying bimbang dia tidak tahu...
Tapi.. Apa salahnya kan jika mahu bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Belum cuba belum tahu. Manalah tahu gadis berketurunan cina itu tahu perkara sebenar.
Boboiboy memutuskan untuk berjumpa dengan ying rehat ini, itupun jika ying tidak sibuklah.
Gopal:Boboiboy!
Boboiboy:Ahh, ya.. Warghhhh!!
Habis aku terbongkang atas lantai, ya ampun apalah nasib pepagi dah jadi nangka busuk tidak berbayar. Jika gang nampak ni mesti dia ketawakan kepadanya.
Tapi, kalau bukan fang yang gelak si gopal ni pun apalah kurangnya.. Dua kali lima. Gelak dekat aku, bukan nak tolong ke apa. Apa jenis kawan entah, tak boleh pakai punya kawan.
Gopal:Dey, boboiboy! Kau Okey tak?!
Panik jugak si gopal ni dekat aku, ingatkan tahu nak gelak dan jadi penonton tak diundang je. Kang buku lima percuma ni hinggap dekat muka dia tu. Tak payah dia makan donat lobak merah makcik kantin nanti.
Boboiboy:Aduh... Sakitnya. Ish, kau ni gopal! Apahal kau sergah aku tetiba macam tu hah?! Terkejut aku tau tak? Kalau aku ada heart attack innalillah aku masuk lubang kubur dah agaknya.
Gopal:Patutnya aku yang tanya kau. Yang kau ni apahal termenung jauh sampai boleh tembus dinding ni, aku panggil kau banyak kali kot tapi kau yang tak dengar.
Selamba pula aku membalas jawapan gopal tanpa memikir logiknya walau sikit pun.
Boboiboy:Kalau ya pun bagilah salam dulu...
Gopal:Dey, kau dah buang tabiat ke?
Boboiboy:Apa? Betullah?
Gopal:Aku orang Indialah dey, kau ingat aku ni Melayu? Kau ni dah demam apa? Bangsa kawan sendiri pun dah tak kenal ke hah?
Aduh, bertepek satu tepukan di muka aku. Aish, apa dah jadi dengan aku ni, ada ke patut cakap macam tu. Ya Allah, malunya.
Boboiboy:Dah, dah. Tak payah nak kecoh, kalau nak tegur sila tegur aku selamat pagi ke apa ke.
Gopal:Hmm, yelah.
Yang gopal pula asyik memerhatikan aku dari tadi. Apahal dia ni, aku nampak pelik sangat ke? Nak kata tak mandi lagi aku dah mandi.
Gopal menepuk bahu aku dengan perlahan.
Boboiboy:Apa?
Gopal:Kau ni dah kenapa hah boboiboy? Dari tadi asyik termenung, kau fikir apa?
Boboiboy:Aku fikir pasal...
Fang:Wei, boboiboy! Kerja rumah matematik cikgu papa kau dah siap ke?
Mendengar perkataan yang keluar dari mulut fang itu, terus aku menjadi panik. Apa yang aku mahu sampaikan pada gopal semua hilang bagai ditiup oleh angin.
Boboiboy:Hah, kerja rumah cikgu papa?! Ada ke?!!
Fang:Ish, sah kau dah lupa. Kau tak ingat ke cikgu bagi, dua suruh buat dari muka surat 40 sampai 45?
Aku terus membuka buku soalan matematik dengan cemas, sungguh suci lagikan murni setiap helaian muka surat soalan itu. Putih bersih suci kertas itu macam baju dicuci dengan seratus botol clorox tanpa sebarang tulisan.
Hal itu semakin mengundang panik aku.
Boboiboy:Wei, macam mana ni?! Aku belum siapkan lagi!!
Fang:Heh, itu aku tak tahu... Tapi, aku dah siap...
Aegh, nahas lah aku dengan cikgu papa. Mampuslah aku kena sebatan rotan kesaktian legendanya itu. Arghh habislah aku...
Aku terus memalingkan wajah ke arah gopal, mengharap sebarang bantuan daripadanya.
Gopal:Apa?
Boboiboy:Kau dah siap kerja rumah ke? Kalau ya... Aku nak pinjam boleh tak?
Terus aku membuat muka belas kasihan seperti boboiboy duri. Adeh, ni kalau budak perempuan nampak habislah aku.
Gopal:Kau lupa ke boboiboy? Kan cikgu papa dah bagi amaran jangan meniru. Aku tak tahu, aku dah serik kena denda tapi aku cuba buat.
Mengeluh aku sebentar, melihat tempat duduk di hadapan ku kosong, membuatkan aku semakin rindu. Sudah lima hari mataku ini tidak melihat kelibat yaya hadir ke sekolah. Jika dia ada, pasti dia akan membantu aku selesaikan soalan ni.
Akibat tidak menyiapkan kerja rumah pemberian cikgu papa, aku terpaksa mengemas bilik stor sukan. Sekali masuk nampak macam tempat tikus membiak beranak-pinak.
Patutlah cikgu papa senyum tadi, seronok denda suruh aku kemas bilik ni agaknya. Huh, ditambah pula aku perlu cuci tandas lelaki di blok A tingkat 2. Dahlah tandas tu tandas paling kotor, huhu terseksa hidung comel aku mahu mencucinya nanti. Maafkan aku ya, cik hidung. T^T
Inilah padah jika seharian asyik memikirkan tentang yaya, semalam habis aku kena berleter dengan tok aba. Al kisahnya aku tertukar pesanan pelanggan. Bukan sekali dua, berkali-kali. Sampaikan pelanggan tidak membayar makanan yang dipesan itu. Bankrap tok aba...
Tiba-tiba, aku ternampak kelibat ying yang lalu di hadapan bilik stor ini. Pantas aku mengambil peluang itu dengan memanggilnya.
Boboiboy:Ying! Ying!
Ying:Hah, eh boboiboy! Kenapa ni?
Boboiboy:Boleh aku tanya sesuatu kat kau?
Ying:Err, kau nak tanya apa. Pasal minta tolong ni maaflwh aku tolak awal-awal.
Boboiboy:Ish, bukanlah. Ni pasal yaya.
Ying:Oh, kenapa dengan yaya?
Boboiboy:Aku nak tanya sikit boleh tak? Harap kau boleh jelaskan.
Ying:Apa dia?
Boboiboy:Kenapa yaya mengelak daripada jumpa aku?
Terkulat-kulat wajah ying mahu menjawab soalan aku. Raut wajahnya kelihatan serba salah mahu menceritakan perkara yang berlaku.
Boboiboy:Takpe, kau cerita je. Asalkan aku tahu apa yang terjadi.
Ying:Ermm... Sebernanya..
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro