Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Tujuh


Baru sahaja Seokjin hendak melelapkan matanya, dengan tiba-tiba sahaja matanya terbuka luas seolah baru sahaja tersedar daripada sesuatu.

"Ada apa-apa yang aku tertinggal?" Soalnya pada dirinya sendiri. Kepala yang tidak gatal juga digarunya.

"Apa eh?" Fikirnya lagi. Seluruh ruang bilik itu dipandangnya cuba mengingati sesuatu.

Baju sekolah Jae Eun yang tergantung dipandang lama sebelum matanya terbuntang luas.

"Jae Eun!! Shit! Apa aku dah buat!?" Jerit Seokjin sambil bangun dari katilnya. Rambutnya juga diserabaikan.

Timbul rasa bersalah dalam hatinya tatkala teringat yang dia baru sahaja memarahi anaknya.

Baju sejuk dicapai sebelum dia melangkah menuruni anak tangga.

Pintu rumah dibuka. Baru sahaja dia hendak melangkah keluar, dia terkejut apabila melihat Taehyung yang baru sahaja hendak mengetuk pintu rumah. Jae Eun juga bersama dengan lelaki itu.

"Hyung..."

Seokjin sudah menelan air liurnya. Jae Eun pula hanya menyorokkan mukanya pada dada Taehyung. Mungkin masih terkejut dan takut dengan Seokjin.

Taehyung menghela nafasnya. Wajah si abang dipandang sedikit tajam sebelum dia merempuh masuk ke dalam rumah itu.

"Uncle Tae, nak ikut uncle.." rengek Jae Eun. Taehyung tidak mengendahkan kanak-kanak lalu kanak-kanak itu diletakkan di atas sofa.

"Kau teringatkan bini kau? Sebabtu kau lupa anak kau, kan?" Soal Taehyung.

Seokjin menundukkan wajahnya sebelum mukanya diraup kasar.

"Aku tahu kau kau rindukan bini kau, tapi sekurang-kurangnya kau fikir juga pasal anak kau. Kalau kau dah rindu, Jae mesti lagi rindu." Tambah Taehyung lagi.

Wajah Taehyung dipandang.

"Kau cakap macam lah kau ada anak." Balas Seokjin.

"Aku memang tak ada anak, aku minta maaf. Aku cuma nak bagitahu kat kau yang kalau bukan aku yang jumpa Jae Eun, sempat lagi kau nak rindu bini kau?"

Jae Eun yang sedang menunduk itu dipandang Seokjin. Lantas tubuh kanak-kanak itu ditarik masuk kedalam pelukannya.

"Papa minta maaf, ok? Papa tak sengaja. Tae, terima kasih sebab bawa balik dia." Ucap Seokjin.

Taehyung hanya tersenyum.

"Kalau macam tu, aku balik dulu. Esok ada kelas, petang dan malam pula kerja."

"Tak nak tidur sini?" Soal Seokjin.

Taehyung geleng.

"Tak apalah, lain kali lah kot. Nanti aku cuba minta cuti untuk raikan hari jadi Jae dengan kau esok." Balas Taehyung lalu keluar.

Seokjin hanya mengangguk. Jae Eun dipandang. Mata kanak-kanak itu hanya tepat memandang ke arah anak matanya sebelum air mata mengalir keluar.

"Kenapa nangis? Hmm?" Soal Seokjin lalu menghadiahkan sebuah kucupan pada dahi dan juga pipi kanak-kanak itu.

"Papa sayang Jae tak?" Soal kanak-kanak itu diselangi dengan tangisnya. Mulut turut dicebikkan tanda merajuk.

Seokjin tersenyum.

"Mestilah papa sayang. Dah jangan nangis ok?" Balas Seokjin lalu mempereratkan lagi pelukan itu.

"Tapi papa marah Jae. Papa dah tak sayang Jae kan?"

Seokjin menggunakan ibu jarinya untuk mengelap airmata kanak-kanak itu. Kepala juga diusap perlahan cuba menenangkan kanak-kanak itu.

"Papa minta maaf, ok? Papa tahu papa salah. Lagipun marah tu kan tanda sayang." Ucap Seokjin namun kanak-kanak itu hanya diam sahaja.

"Esok kan hari jadi anak papa, jadi Jae cakap je nak apa papa cuba penuhi."

Senyuman Jae Eun terus melebar. Inilah saatnya yang dinantikan, jika disiakan pasti akan menyesal.

"Tak banyak, dua je. Nak lawat kubur mama dengan Jimin oppa je."

🌤️🌤️🌤️

"KAU HIDUP MENYUSAHKAN ORANG JE KAN!?"

"ASAL KAU TAK MATI JE WAKTU AKU BERANAK KAN KAU!?"

"MATILAH KAU, SETAN!"

"MENYEMAKKAN HIDUP AKU JE KAU TAHU TAK!?"

"MATI KAU!!"

Libasan demi libasan tali pinggang didaratkan pada tubuh mungil seorang kanak-kanak lelaki tanpa ada rasa sedikit kasihan pun.

Kanak-kanak lelaki itu pula hanya mampu meringis kesakitan dan menangis.

"Sakit mama... Jimin janji Jimin tak buat lagi.." ucap Jimin tatkala si ibu masih belum puas melampiaskan kemarahannya pada badannya.

"Diam kau, setan!! Habis rosak baju aku tau tak!? Apa guna kau hidup kalau tak reti buat kerja!?" Marah Jiya lagi.

Kerana kemalangan kecil, habis teruk Jimin dikerjakan. Lagipula bukan kali pertama dia mendera kanak-kanak itu, sudah banyak kali. Adakalanya setiap hari, yang penting sehingga hatinya cukup puas baru dia berhenti dari mendera kanak-kanak itu.

(Report polis guys... Hahaha...)

"Mama... Hiks... Sakit..." Rayu Jimin yang kini sudah lemah. Tubuhnya, tidak usah cakap memang pasti dipenuhi oleh karya agung hasil ibunya sendiri.

Setelah cukup puas, barulah dia berhenti. Jimin yang sudah terkulai di atas lantai ditolak menggunakan kakinya.

"Liat juga nyawa kau kan? Tak padan dengan badan kecil!" Ucap ibunya.

Tali pinggang ditangannya dilepaskan ke atas badan Jimin. Dengan langkah yang terhuyung-hayang, Jiya keluar dari bilik itu. Pintu juga tidak lupa dikuncinya supaya kanak-kanak itu tidak dapat melarikan diri.

































Thanks for support! 😘💖

Don't forget to vote n comment!💕💕 Thanks!!😚❣️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro