Lima
Pukul 3 pagi, Seokjin tersedar daripada tidur apabila terdengar suara rengekan dari Jae Eun. Terus sahaja dia bangun lalu matanya digosok beberapa kali. Dapat dilihat olehnya, tubuh Jae Eun sedang menggigil kesejukan. Bibir si kecil juga turut terketar-ketar.
"Jae Eun!? Anak papa kenapa ni!?" Ucap Seokjin lalu menarik tubuh si kecil itu ke dalam dakapannya.
"Papa sejuk..." Rengek Jae Eun.
Mata Seokjin membulat tatkala dahi Jae Eun dipegang. Sangat panas. Jam di dinding dipandang.
"3 pagi, mana ada klinik yang buka." Kata Seokjin.
"Papa sejuk.."
"Kejap sayang. Papa ambilkan baju sejuk untuk kamu." Seokjin bangun lantas almari pakaian ditujunya. Baju sejuk milik anaknya dan juga miliknya diambil lalu kembali semula ke arah anaknya.
Kedua-dua baju sejuk itu dipakaikan pada tubuh si kecil itu namun tetap sahaja si kecil itu merengek kesejukan.
"Come, papa buatkan teh panas untuk Jae. Bagi sejuk sikit badan." Ucap Seokjin lalu tubuh Jae Eun diangkat lalu di bawa turun kebawah.
Untung siapa dapat duda macam Jin, sanggup bangun tengah malam semata-mata risaukan anak.
"Ermmm nak ikut papa." Ucap Jae apabila tubuhnya dibaringkan oleh Seokjin diatas sofa.
Seokjin hanya tersenyum lantas tubuh Jae Eun kembali diangkat lalu kakinya terus melangkah menuju ke dapur.
Usai membancuh teh panas itu, dia kembali ke ruang tamu.
"Minum elok-elok. Panas." Ucap Seokjin sambil membantu anaknya menghirup teh itu.
"Dah. Sekarang Jae sambung tido, ok? Esok pagi papa bawa gi klinik, ok?"
Jae Eun mengangguk lalu pelukan itu dibalas dengan erat. Tangannya kecilnya turut digenggam erat oleh Seokjin cuba menyalurkan kehangatan pada tubuhnya.
Seketika kemudian, dia terlelap apabila terasa sedikit hangat.
💮💮💮
"Jae tunggu sini sekejap. Papa nak gi tandas. Jangan pergi mana-mana tau?" Ucap Seokjin.
"Baik papa."
"Air dan roti ni pegang elok-elok. Kejap lagi kita makan kat kafe bawah, ok?"
Jae Eun mengangguk manakala Seokjin mengusap lembut kepala anaknya sebelum dia melangkah menuju masuk ke dalam bilik air.
5 minit berlalu namun kelibat sang ayah masih tidak kelihatan. Jae Eun memandang sekeliling sebelum satu keluhan dilepaskan.
"Lambatnya papa. Jae dah tak larat ni.." omel Jae Eun.
Kerana sudah tidak tahan untuk menunggu, Jae Eun bangun lalu segera mencari keberadaan sang ayah.
BUK!!
Bulat mata Jae Eun apabila dia tidak sengaja melanggar seorang wanita yang separuh baya itu. Alhasil, air ditangannya tertumpah ke atas pakaian wanita itu.
"M-maaf aunty. Jae tak sengaja." Ucap Jae Eun lalu airmatanya mula bertakung.
"Habis baju aku!! Kau jalan pakai mata tak!? Mak bapak tak ajar!?" Marah wanita itu sambil mengeluarkan tisu dari dalam begnya lalu bajunya yang basah dilap.
"Jae minta maaf..." Ucap Jae Eun lagi.
"Maaf! Maaf! Maaf!"
Bahu Jae Eun terhinjut lantas airmatanya terus mengalir.
"Mama? Jae Eun?"
Wanita separuh baya itu segera memandang ke arah si empunya suara lalu matanya digulingkan.
"Papa!! Hiks!!" Jerit Jae Eun lantas menyorok di belakang lelaki itu.
"Papa? Oh, jadi budak tu anak kamu? Baguslah, anak dengan bapak sama saja!"
"Mama, dia masih kecil dan dia cucu mama. Jangan samakan dia dengan Jin."
Puan Kim tergelak sinis.
"Mama takkan mengaku dia cucu mama selagi Jin tak ikut cakap mama. Ingat ya, sampai mati mama takkan mengaku dia cucu mama!
Usai mengungkapkan kata-kata itu, puan Kim terus sahaja beredar dari situ. Malas mahu berlama-lama.
"Papa..."
Panggilan dari si kecil membuatkan bibir Jin mengukir senyuman. Lantas dia duduk melutut untuk menyamai ketinggian dengan si kecil itu.
"Kenapa makcik tu marah-marah kat papa? Kan Jae yang buat salah." Ucap si kecil mengundang tawa lelaki itu.
"Kalau Jae nak tahu, makcik tadi tu ialah nenek Jae. Mama papa. Jae ok?"
"Nenek? Tapi papa cakap nenek Jae baik. Tadi tu garang macam singa."
Seokjin ketawa.
"Nenek penat, kot. Dah jom kita turun makan lepastu kita balik, ok?" Balas Seokjin lalu tubuh si kecil didukung.
"Ok, papa."
Chak!! Terhibur? Jangan lupa vomment tau 😉😘
Vomment anda amatlah dihargai 😍😘
Sayang korang💖💖💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro