Dua
Kediaman Tuan Kim...
Puan Kim memandang ke arah Seokjin dengan penuh berharap. Wanita itu mahu menyatukan lagi anaknya dengan perempuan pilihannya namun dibantah sekeras-kerasnya oleh Seokjin.
Seokjin menghela nafas kasar.
"Mama, tolong jangan paksa Jin lagi. Cukuplah mendiang isteri Jin yang bertakhta di hati Jin." Kata Seokjin.
Sejujurnya dia penat untuk mengikuti segala arahan orang tuanya. Jika dulu dia juga dipaksa kahwin dengan mendiang isterinya, kini dia tidak mahu lagi membina mahligai itu.
Cintanya terhadap mendiang isterinya masih kuat dihatinya. Dia tidak mahu menggantikan tempat isterinya kepada sesiapa pun. Hatinya telah tertutup rapat sejak isterinya meninggal dunia.
"Macam mana dengan anak kamu? Dia perlukan kasih sayang seorang ibu untuk membesar. Tak kasihankah anak kamu nanti membesar tanpa kasih sayang seorang ibu?" Terang puan Kim namun Seokjin hanya menunjukkan riak wajah yang tenang sahaja.
"Jin boleh jadi ibu dan juga ayah untuk Jae Eun. Mama tak perlu risau. Segala apa tentang menjadi seorang ibu, Jin dah banyak belajar dengan mendiang Elina dulu. Dia banyak mengajarkan Jin tentang seorang ibu." Kata Jin. Namun puan Kim tetap sahaja tak puas hati.
"Apa yang bagus sangat tentang si Elina tu? Setiap kali mama ajak kamu bersembang mesti nama dikaitkan. Apa kurangnya Jiya? Oh, sebab dia janda, kamu taknak terima dia?"
Wajah puan Kim dipandang.
"Mama, ini bukan soal janda ataupun tidak, tapi soal hati. Sebelum Jin kahwin dengan Elina, ada mama tanya apa yang Jin nak? Tak ada... Semuanya dibawah arahan mama dan papa. Segala apa yang mama dan papa suruh, semua Jin dah ikut. Mama nak Jin kahwin dengan Elina, Jin kahwin. Mama nak Jin ambil alih syarikat papa sedangkan Jin ada cita-cita Jin sendiri, Jin buat. Lepas mama kongkong hidup Jin, mama nak kongkong hidup Taehyung pula? Luah Jin.
"Jin..."
"Mama, kami dah besar dan ada kehendak sendiri. Taehyung, dia bukan lagi budak-budak yang nak kena suruh itu dan ini. Mujur dia lari rumah dan pergi rumah Jin. Kalau dia lari rumah kawan-kawan dia yang entah apa-apa perangai, Jin tak pasti kalau Taehyung tu masih sesuai dilabelkan seorang manusia kalau dia ikut perangai kawan-kawan dia tu? Dan Jin, Jin dah ada anak, dah jadi seorang ayah, takkan Jin masih perlu ikut semua kehendak mama?" Luah Jin lagi. Dia betul-betul tidak faham akan mama dan papanya yang sangat mementingkan harta dan pangkat.
Ya Taehyung, lelaki itu lari dari rumah akibat tekanan perasaan. Apa yang dia buat, semuanya tidak kena dimata orang tuanya. Seokjin lah yang selalu memahami perasaannya.
"Kim Seokjin, jaga percakapan kamu, kalau kamu masih nak rasa hidup mewah macam ni. Jangan sampai papa tarik semua yang ada pada kamu. Biar kamu tahu macam mana rasanya hidup miskin." Ancam tuan Kim namun sedikit pun tidak menggetarkan jiwa lelaki itu. Malah Jin tersenyum sinis mendengar kata-kata ayahnya.
"Harta tak penting, papa. Lagipun Jin dah lama bersedia untuk hidup miskin. Buat apa hidup kaya macam ni kalau sedikit pun tiada rasa kasihan pada orang yang lebih miskin dari kita." Kata Seokjin membuatkan kedua-dua orang tuanya diam. Namun tuan Kim tidak mahu mengalah. Ada sahaja yang keluar dari mulutnya.
"Kalau macam tu serahkan semua yang ada pada kamu." Kata Tuan Kim manakala Jin hanya tersenyum.
Jam tangan, telefon bimbit, beg dompet, kunci kereta, semuanya diserahkan kepada Tuan Kim.
Melihatkan anak lelakinya betul-betul menyahut cabarannya, telefon bimbit dan kunci kereta diserahkan semula pada Jin membuatkan lelaki itu terkejut.
"Papa tahu Jin perlukan itu. Tapi ingat, bukan papa kasihankan kamu. Tapi sebab kamu dah ada anak, bila-bila masa sahaja anak kamu boleh jatuh sakit dan kamu mungkin perlukan dua bqrang itu. Selebihnya kamu tanggung sendiri." Kata tuan Kim.
Jin berasa lega. Sekurang-kurangnya dia bersyukur kerana dua barang itu memang sangat diperlukannya.
Kunci kereta dan telefon pintar itu diambilnya lalu dia menunduk hormat sebelum dia melangkah keluar meninggalkan rumah itu.
Rumahnya? Ah, itu adalah hasil titik peluhnya sendiri kerana itulah Jin tidak mahu menyerahkan kunci rumahnya pada orang tuanya. Lagipun dia sangat bersyukur kerana orang tuanya tidak membahaskan tentang rumah itu.
Eheks!
Muehehehehehe!!!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro