8 - love triangle
"Faiq Zemir ni dah 3 kali tak datang. Next time kena bagi warning letter." Bebel pensyarah di hadapan saat mengambil kehadiran pelajar sebelum mulanya kelas pada hari itu. "Dia ada problem apa-apa ke? Siapa best friend dia?" Kali ini pensyarah cuba korek cerita pulak.
Gulp. Lily menelan air liur. Harapnya nama dia tak disebut.
"Haris, madam." Salah seorang classmate bernama Afiq menjawab, pada masa yang sama sengaja mahu mengusik Haris. Segelintir pelajar lain ketawa.
Lily lega. Dia memandang Haris dan ternampak ekspresi kosong Haris.
"Ha, Haris? Apa masalah kawan kamu ni?"
Tak ambik masa yang lama untuk Haris menjawab, "Dia ada migrain kot."
"Kalau camtu kenapa tak ada MC?"
"Um, mungkin sebab dia migrain jadi dia tak boleh nak ke klinik?" Haris menjawab pensyarah dengan intonasi memerli.
Pensyarah tersentak. "Hm, betul jugak. Takpelah. We'll start the class now with ummul kitab al-Fatihah."
Sewaktu semua sedang diam membaca doa dalam hati, Lily turut sama sambil mesej Faiq.
kau ok ke? kau kat mana?
Bukan apa. Dia tak pernah tahu Faiq ada migrain, jadi Lily berasa sedikit risau.
•••
"Lily, aku tak boleh nak hantar kau balik sebab ada meeting..." Haris kedengaran kesal saat dia perlu berpisah dengan Lily selepas tamatnya kelas pada hari itu.
Lily tertawa, "Eh? Takpelah. Aku suka je balik sorang-sorang."
Haris mengangguk, "Mm, OK. Bye, hati-hati."
"You too." Mereka berdua saling melambai tangan.
Lily pun memulakan langkah pulang. Sepanjang kelas tadi dia tak sempat nak tengok phone. Bila dia bukak phone, dia tak terkejut yang phone dia kosong tanpa ada apa-apa notification.
Ahaha, loner en.
Mesej yang dia hantar ke Faiq pun sepi tiada balasan. Lily semakin risau, tapi dia tak boleh nak buat apa. Dia cuma harapkan Haris jelah untuk tengokkan Faiq.
rooftop
Ting! Baru saja dia terfikir tentang Faiq, balasan yang dia tunggukan pun tiba.
Nasib baik Lily masih ada di fakulti, tanpa disedari langkah dia dipercepatkan saat membaca mesej itu. Destinasi dia terus bertukar ke rooftop.
"Lily? Nak pergi mana?" Shira yang terserempak dengan Lily itu bertanya, hairan melihat Lily seperti tergesa-gesa.
"Nak jumpa orang! Hehehe." Lily tertawa riang. Eh, sekejap, "Shira bukan ada meeting ke sekarang? Sama-sama dengan Haris?" Lily teringatkan Haris apabila ternampak wajah committee persatuan yang sama.
Shira mengangguk, "Tapi nak habis dah tu. Aku gi toilet jap. OKlah, nak balik semula ke meeting. Bye, Lily!"
"Bye!" Dan mereka pun berjalan menuju ke destinasi masing-masing.
•••
"Oi, Haris! Balik nanti kau akan tengokkan Faiq, kan?" Shira menegur Haris selepas meeting 10 minit tu habis. Ceh, setakat 10 minit lebih baik meeting dalam group Whatsapp je.
"Kenapa kau sibuk?" Haris membalas dengan kasar.
"Mestilah aku sibuk! Aku kan ship kau dengan Faiq, so aku kena tahu moment antara korang ni canon ke tak and bolehlah aku bahagia." Shira tanpa rasa malu menceritakan tentang fantasi dia.
Haris mencebik, "Aku tipu je pasal dia ada migrain. Budak tu sihat walafiat. Dia ponteng sebab malas je." Haris mahu pulang dengan skuter elektrik dia.
Shira memuncungkan bibir, "Alaa, bosannya. Kau takkan jumpa dia la ni?"
"Tak kot."
"Hmm. Oh, baru aku teringat, tadi aku terserempak dengan Lily. Dia cakap dia nak jumpa orang. Nampak excited je tu. Agak-agaknya dia ada pakwe ke makwe eh?" Shira memberitahu tentang info random tu.
Tapi info random sebegitu, kalau ada nama Lily, maknanya itu relevan bagi Haris. Haris yang tadi mahu mulakan enjin skuter terus terbantut, dia memandang Shira, "Kau jumpa dia kat mana?"
"Dekat-dekat dengan toilet sebelah tangga rooftop."
Haris menelan air liur, "O-Oh... OK. Em, bye." Tanpa ada sebarang kesabaran lagi, Haris terus meluncur laju sepanjang koridor dengan skuternya. Tangga ke rooftop. Lily nak ke rooftop ke? Jumpa siapa? Mestilah jumpa Faiq, kan?
Saat dia tiba di hadapan tangga rooftop, Haris terhenti. Dia terfikir, boleh ke dia join dorang berdua? Walaupun dia pun sebahagian daripada Loser Club, tapi... Haris rasa dari mula lagi dia bagaikan orang ketiga dalam kelab ni.
Haris kemurungan sambil dia termenung. Dia mengeluh kemudian membuat keputusan untuk balik bilik je.
"Haris?"
Suara lunak yang dia kenali itu melajukan debaran jantung Haris. Matanya terjegil saat melihat wanita pujaan hati keluar dari toilet perempuan sebelah tangga. Lily nak tengok penampilan dia je dalam cermin toilet, buat persediaan untuk jumpa Faiq.
"Meeting dah habis? Cepatnya." Lily menyapa Haris.
Haris mengangguk, "Mm, entahlah. Tak penting pun meeting tu. Takyah buat lagi bagus."
Lily tergelak mendengar rungutan Haris. Haris tersenyum lemah, "Lily nak pergi mana?"
"Faiq ada kat rooftop. Nak jumpa dia." Straight to the point je jawapan Lily.
"O-Oh..." Haris kedengaran sedih.
"Nak ikut?"
Haris mengangkat kening, "Ha?"
"Jomlah jumpa Faiq sekali." Lily mengajak.
Haris bagaikan tak percaya, "Boleh ke?"
Ha? Mamat ni kenapa? Lily mengerutkan kening, "Mestilah boleh? Hahaha." Dia tergelak hairan. Pelik betul kena mintak izin macam tu? Bukankah Faiq itu kawan dorang berdua?
Wajah Haris naik seri, "Yay, jom!" Dia park skuter dia di depan tangga kemudian dengan excited-nya dia berjalan di samping Lily.
Lily terhibur sebenarnya dengan kepelikan Haris. Bagi Lily, Haris ni macam anjing.
.
.
.
Tak, itu bukan makian. Lily rasa perangai dia seperti perangai kebanyakan anjing. Memastikan keselamatan Lily, makan makanan yang Lily tak habis, ceria bila dengan Lily. Mungkin orang lain tak nampak sebab imej dia yang agak ganas, tapi Lily rasa Haris ni agak innocent sebenarnya.
Kalau dia anjing, lelaki yang berada di sebalik pintu rooftop ini pula ialah kucing. Suka buat hal sendiri tanpa fikir pasal perasaan orang lain, bijak dan nampak unfriendly. Sinis. Macam kucing liar.
Faiq memandang mereka berdua saat pintu rooftop dikuak. Terlihat dia terduduk di tempat sama mereka duduk waktu lihat sunset demikian minggu.
"Yo." Lolipop berada dalam mulutnya.
"Faiq, kau ada migrain ke?!" Lily terus meluru bertanya.
Faiq tergelak, "Haah. Bukan tu je, aku ada kanser stage 6."
"Eh?!" Makin risau Lily dibuatnya. Faiq tergelak jahat. Haris jelah yang mengeluh melihat Lily diperbodohkan Faiq.
"Lily, aku tipu sebenarnya pasal migrain tu. Nak tak nak kena bagi jawapan munasabah kat lecturer, kalau tak nanti buruk imej dia." Haris menerangkan kepada Lily.
"Oh, laa. Yakah? Buat aku risau je..." Lily menggumam perlahan.
"Wah, Haris tipu demi aku? Sayangnya kau kat aku, Ris." Faiq mengusik Haris dengan senyuman sinis dia.
Haris menjeling dia, "Kau pehal tak datang, ha?! Aku tak kisah kau tak datang, kalau lecturer tak tanya pasal kau kat aku. Menyusahkan je."
"Panjang ceritanya, aku dah sampai fakulti tapi tiba-tiba aku teringat yang hari ni madam nak ajar pasal capitalism and all that shit. Benda tu bosan dan aku dah khatam. So, aku duduklah sini main game." Selamba Faiq menjawab.
Haris mengetap gigi. Giliran Lily pula bertanya, "Kenapa kau suka sangat ponteng?"
"Lily, setiap kelas kau akan ada permit untuk ponteng 3 kali tanpa diberi apa-apa tindakan. Setakat 10% markah kena potong sebab attendance, apalah sangat. Aku tetap akan score dalam exam punya. Lebih baik aku gunakan attendance aku dengan bijok daripada buang masa dengor lecture bosan." Faiq pun bercerita dengan bongkak.
Haih, ini ke dinamakan orang pandai sombong?
"Menyampah la aku dengan kau ni. Kau jugak yang rugi sebab kau bayar lecturer dalam yuran kau." Haris menyuarakan ketidakpuashatian.
"Heheh, scholarship kan ada?" Faiq ketawa riang.
Urgh, Haris memang takkan menang dengan budak ni kecuali kalau dia melibatkan pertumbukan.
Lily pun meluat sikit dengar tentang keangkuhan Faiq, tapi keangkuhan dia tu jugak buatkan Lily rasa dia ni menarik, "Um, madam ada bagi assignment hari ni. Nanti—" Lalu Lily bercerita lebih lanjut tentang assignment itu kepada Faiq.
"Ooh, wow. OK, thanks, Lilyku~" Faiq tersenyum manis.
Lily terpegun. Uh, dia terasa bagaikan ada rama-rama berterbangan dalam perut, "O-OK la... Aku nak balik dulu sebab ada music show hari ni..." Lily meminta diri.
"Kat mana?" Haris bertanya.
"Hari ni hari Jumaat so Music Bank, KBS."
"O-Oh..." Haris mengangguk perlahan. Dia tak faham pun natang mende tu, hanya mengiyakan. "Lily nak aku teman balik ke?"
"Eh, takyahlah. Aku nak naik shuttle bus sebab nak laju! Heheh, bye! Jumpa minggu depan!" Lalu Lily pun meninggalkan dua sahabat itu.
Saat Lily sudah hilang di sebalik pintu, Haris dan Faiq hanya memandang kosong pintu tersebut.
"Kau pehal sedih?" Faiq sedar akan ekspresi Haris.
"Mm." Haris mengambil tempat duduk di sebelah Faiq lalu menatap langit biru, "Member suka kat kau."
Faiq menguap, "Huwargh, so, are you gonna cry?"
Haris mengetap gigi, geram dengan lelaki kat sebelah dia ni, "Kalau boleh aku nak humban kau ke bawah."
"Buatlah~"
Haris tersenyum. Kang dia buat betul-betul, terus ke rahmatullah. "Aku tak kisah pun. Biarlah Lily nak suka kat sesiapapun."
"Aku pun tak kisah. Bukannya aku suka dia balik pun."
"Yakah? Kalau tak lama lagi kau akan suka dia, macam mana?"
"Kalau jadi macam tu kau nak putus kawan dengan aku ke?" Faiq membalas dengan soalan lain.
"Pft, tolonglah. Putus kawan sebab perempuan? Aku masih jantan. Kenalah tabah walau hati patah seribu. Move on jelah." Haris berkata jiwang.
Faiq pun tergelak kecil, "Kau tak payah risaulah. Aku tak pernah rasa nak bercinta dengan orang."
"Asal?"
"Entah." Faiq menguap lagi, "Macam mana kau boleh suka kat Lily?"
Mendengar soalan itu, Haris termenung lama sebelum dia menjawab, "Lily... Dia... Dalam ramai-ramai classmate perempuan kita, dia je yang nampak macam tak kisah pasal orang. Tak masuk campur hal orang. Hanya bergerak dalam dunia dia sendiri tanpa kacau orang lain."
"Hmm~" Faiq tekun mendengar.
"Kau pun tahu, aku paling pantang orang masuk campur hal orang lain ni. Lagi-lagi bila orang tu sibuk pasal hal aku walaupun aku tak pernah kacau dia. Orang-orang macam kaulah."
"Heh, tapi kau tak boleh nak benci kat aku."
"Yalah, sebab aku terhutang budi. Kalaulah aku tak terhutang budi, dah lama aku belasah kau dengan personaliti buruk kau tu sampai lunyai."
"Oh, wow. Takutnya." Faiq mengejek, "OK, lepas tu, kenapa kau suka kat Lily? Takkanlah sebab tu je?"
"Pastu mestilah aku suka dia sebab dia cute. Dia... Cutelah... Macam kau rasa nak jaga dia. Macam Pokemon."
"Kau ni pelik."
"Mm, sebab tulah aku boleh bergaul dengan kau. Sebab dua-dua pelik." Haris memerli, "Lagi satu, Lily... mysterious, kan?"
"Aku tak rasa camtu. Aku dah buat research profile dia and aku dapat tahu kenapa dia jauhkan diri dari semua orang."
Haris mengerutkan kening, "Woi! Kau ni tak respect langsung privacy dia! Tak guna betul."
"Relax la. Aku tengok benda basic je, macam mak ayah dia punya pekerjaan, adik-beradik dia, etc." Faiq terus bersembang.
Haris terdiam.
"Heheheh," Faiq ketawa nakal, "Kau nak tahu, kan, sebenarnya?"
Haris mengetap gigi. Profile crush dia, mestilah dia nak tahu. Tapi hasil daripada skill stalker Faiq?
"Mm, apa dia?" Haris mengalah dengan perasaan ingin tahunya.
Curiosity kills the cat, as well as the dog.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro