5 - sunset
Lalu tangga rahsia ke rooftop pun dinaiki Lily dan Faiq. Ini first time Lily naik rooftop. Yalah, setahu dia, di mana-mana saja bangunan, rooftop ni sentiasa menjadi tempat larangan. Kalau macam tu, kenapa pembina bangunan buat rooftop?
Lily terhenti di depan pintu ke rooftop apabila dia ternampak satu amaran bahaya pada dinding sebelah pintu tersebut.
Gulp. Jantung Lily mula berdebar. Apa yang pernah terjadi kat sini sampai amaran begini dipasang?
Lily teringat dia kat sini dengan Faiq. Walaupun classmate, Faiq tu tetap seorang lelaki dan tak mustahil dia ada niat terpesong terhadap Lily. Lily masih tak sepenuhnya percayakan lelaki yang dia dah berkepit dengan selama beberapa minggu ni.
"Jangan risaulah, Ly. Ada orang lain atas ni." Faiq sedar akan ketakutan Lily, lalu menenangkan dia.
Oh? Siapa yang Faiq maksudkan? Lily tak sangka pulak Faiq ajak orang lain. Langkah Faiq dituruti Lily keluar rooftop. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi. Mata Lily terjegil melihat keindahan lukisan langit Sang Pencipta.
Jingga, merah jambu dan ada sedikit ungu? Cantiknya, ya Allah! Lily rasa nak terduduk je. First time dia jejakkan kaki ke sini, tak sangka pemandangannya begitu indah nian.
"Oi." Suara Faiq menghentikan pemujaan Lily. Faiq sedang menegur orang lain, dan saat Lily menemukan mata dengan orang itu, orang itu terbatuk. Dia nampak terkejut dengan kewujudan Lily. Boleh jadi dia terbatuk sebab itu, atau dia tersedak dengan asap vape yang sedang dihisap dia, atau kedua-dua sekali.
Batuk dia tak boleh rilek. Lily jadi risau, terus sahaja dihulurkan botol air Lily terhadap orang itu tapi dia enggan menerima. Tangan dia diangkat menandakan dia OK. Tapi macam tak berhenti batuk dia.
"Mati jelah." Faiq komen tanpa rasa kesian.
"Faiq!" Lily terkejut dengan komen kejam tu.
"Dah, kau bagi air, dia tak mboh. Padan la muka dia kalau mati." Faiq tetap savage.
Selepas itu, batukan orang itu mula reda. Dia melegakan tekak, "Faiq, kalau aku humban kau ke bawah, sedap gak, ork?"
"Try ah. Teringin gak rasa kena bunuh."
Lily berasa kurang selesa dengan gurauan kasar mereka berdua ni.
Selepas Faiq kata begitu, orang itu berdiri lalu merentap kolar baju Faiq, terus dia bawa Faiq jauh dari Lily. Mereka berdiri beberapa meter jauh kemudian orang itu membisik, "Kau tak bagitahu ada Lily sekali?!" Lily boleh dengar dengan jelas 'bisikan' dia.
"So?" Faiq membalas.
"Kalau aku tahu ada Lily, tak adalah aku nak vape sambil tunggu kau, setan."
"Relax. Lily mana kisah. Kan, Lily?" Seakan-akan tahu yang Lily dengar akan perbualan mereka, Faiq menyahut Lily.
"Um?! Ha, a ah. Tak kisah..." Lily pun melatah.
Faiq menepis tangan si lelaki perentap kolar tu. Kemudian mereka berdua mendekati Lily lalu duduk, semuanya menghadap ke langit.
"Sorry, Lily..." Digumamnya lelaki itu.
"E-Eh... Takpelah, Haris. Cuma, aku tak tahu pulak kau vape..." Lily berkata perlahan.
Haris dan Faiq terdiam, tak percaya dengan kenaifan seorang Lily. "Lily, common knowledge. 90% lelaki kat universiti semua hisap vape." Faiq memberitahu dengan mendatar.
Mata Lily terjegil. Serious ke? "Kau pun sama, Faiq?"
"Tak. Aku bijak. Tak adanya nak rosakkan badan sebab asap berperisa tu." Jawab Faiq dengan bongkak.
Haris di sebelah membalikkan mata, "Yalah. Aku tengah berusaha nak berhenti." Dia diam sebentar kemudian menyambung, "Aku akan berhenti, Lily."
"Pft. Kau berhenti demi Lily ke?" Faiq mula mengejek.
"Diamlah. Aku ajak ko tengok sunset bukan ajak ko gaduh. Ish, kau ni." Haris membantutkan niat nakal Faiq.
"Hm, yalah. Lily, cantik, kan?" Faiq beralih kepada Lily pula, bertanya tentang langit.
Lily mengangguk. Kini, dia dah tak mampu nak menikmati pemandangan langit jingga tu lagi. Sebab fikiran dia sekarang penuh dengan kata-kata Haris tadi yang mengusik perasaan dia.
Berhenti nak vape, demi Lily? Betul ke? Sanggup ke? Tak ke itu maksudnya Haris sukakan Lily?
Bukan tu je, Haris ajak Faiq tengok sunset sama-sama. Kenapa? Lily hairan. Mereka berdua tampak seperti musuh yang tak pernah bercakap dalam kelas, tapi ajak tengok sunset sama-sama? Itu dah macam perempuan berkawan. Apa hubungan dorang ni sebenarnya? Lily curious.
Tapi Lily tak mampu nak bertanya, sebab mereka berdua nampak seronok berborak di bawah langit jingga.
Kadang Lily akan turut serta menatap langit. Tapi apabila Faiq bersuara Lily menolehkan pandangan ke arah Faiq.
.
.
.
Handsome. Kulit wajah Faiq bawah langit jingga tampak glowing seperti emas madu disinari matahari. Lily tiba-tiba tertanya adakah lelaki ini dah berpunya? Sebab kalau dia masih single itu agak pelik. Lily teringat dia dengan sir Akmal ada talian darah, mungkinkah kecantikan mereka ada dalam keturunan?
Wajah Haris pula diteliti dalam diam. Dia ni jenis yang ganas sikit muka, tapi masih ada rupa. Nampak sombong dan susah didekati, tapi bila dia senyum agak charming juga. Bila sesiapa je senyum, memang boleh tukar impression terhadap orang tersebut.
Selepas itu Lily mengalihkan pandangan ke ruang kosong dan termenung. Macam mana dia boleh terlibat dengan dua lelaki ini? Waktu mula-mula semester dulu langsung dia tak pernah ada niat nak rapat dengan sesiapapun.
Malas nak fikir panjang, Lily mendongak menatap langit sehinggalah matahari terbenam.
•••
Malam tengok sunset tu diakhiri dengan Lily dihantar pulang ke kolej kediaman dengan selamat oleh Faiq dan Haris. Mungkin terlalu awal, tapi Lily dah boleh rasa selamat sikit dalam pangkuan mereka berdua.
Beberapa hari berlalu sejak itu. Lily sedang jalan berseorangan diri di koridor fakulti menuju ke kelas. Walaupun dia dah buat dua kawan yang boleh dipanggil kawan sejak semester bermula, Lily masih rasa paling selesa apabila dia berseorangan macam ni. Lagi tenang dan—
"Lily?"
Lily menghentikan langkah, "Ya, sir?" Terus dia familiar dengan suara yang menghentikan dia itu.
"Wow, tak sangka I tak tersilap orang, hahaha." Akmal tergelak kecil. Dengar cerita dia ni pernah duduk luar negara beberapa tahun, mungkin sebab itu dia ada aura mat saleh sikit kot.
"Oh, takdelah. Saja tegur. You nak ke kelas?" Akmal meneruskan perbualan.
Lily mengangguk, "Ha ah."
Akmal juga mengangguk. Dia nampak seperti sedang termenung sebentar sebelum bersuara lagi, "Um, you rapat dengan Faiq, kan?"
"Takdelah rapat sangat. Classmate biasa je." Lily menafikan.
"Oh, I'll assure you. You're his only friend. Dengan siapa budak gangster tu? Haris eh, nama dia?"
Lily sedikit hairan dengan statement pensyarah tu tapi dia hanya mengangguk. Budak gangster dia panggil Haris? Haris tu sweet la sebenarnya, part gangster tang muka dia je.
Akmal tersenyum, "Apa-apapun, I harap you can keep on being friends with Faiq. He went through some things undesirable before."
Lily mengerdipkan mata dua kali, "Apa jadi... dekat dia?" Tanya dia perlahan.
Akmal tersenyum pahit, "Tanya je dia, nanti dia bagitahu."
Lily mati kata, dia hanya mampu mengangguk.
"Sorry ambik masa you. Kalau boleh, tengok-tengokkanlah Faiq tu. Thank you, Lily. Goodbye."
"Alright, sir. Goodbye." Dengan itu Lily mengangkat langkah ke kelas.
.
.
.
Dah beberapa minggu Lily spend time dengan Faiq, tapi satu benda pasal Faiq pun dia tak tahu.
Lily ada terfikir tak nak dah berkepit dengan Faiq lagi-lagi apabila melibatkan diri dengan adventure homewrecking Faiq. Tapi lepas sir Akmal cakap camtu, Lily boleh nampak betapa sir Akmal sangat risaukan perihal Faiq.
Dan, Lily rasa macam dia... bertanggungjawab untuk tengokkan Faiq...
Tapi Lily tak merungut.
•••
fun fact; gambar danger warning tu saya tangkap sendiri dekat rooftop fakulti saya hahaha
btw where will this story go? saya dah terfikir dah pun nak buat ending dia camne and tak sama langsung dengan initial idea of this story hahaha
if you still read this nonsense, you are the best. but if you stop reading i don't blame you cause it's boring as hell 🤣 kk bye
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro