Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4 - the handsome lecturer

"Tengoklah si Ain tu."

Lily memandang ke arah apa yang Faiq maksudkan. Mereka dari tingkat atas pandang ke koridor tingkat bawah yang bertentangan, memerhatikan tingkah laku seorang rakan sekelas mereka bernama Ain. Nampak macam dia tengah ulang alik koridor yang sama, sambil-sambil tu menjenguk ke tingkap satu bilik kuliah di koridor yang dia sedang lalui.

"Usha crush ke?" Lily bertanya perlahan.

"Mm." Faiq mengangguk.

Obvious betul usha crush sampai macam tu sekali. "Kau kenal ke siapa crush dia?" Lily mengajukan soalan.

Faiq mengangguk lagi, "Lecturer yang tengah mengajar dalam kelas yang dia duk usha tu."

"Ha?!"

Faiq terkejut sikit dengar Lily naikkan suara macam tu. Mana taknya, dalam ramai-ramai manusia, lecturer yang dia suka? Aik??? Tak silap Lily mana ada lecturer muda kat fakulti ni! Semua dah jadi mak bapak orang, ada yang dah bercucu. Yang muda pun perempuan jelah. Lelaki? Semua tua!

"Uh... Macam mana kau dapat tahu pasal semua info ni?" Penuh dengan rasa ingin tahu, Lily memberanikan diri bertanya tentang 'hobi' si Faiq. Dia pelik macam mana Faiq boleh tahu semua maklumat yang dianggap sangat private dan personal ni.

"Of course la aku ada orang dalam."

Kening Lily terangkat, "Siapa?"

"Mmm, nanti—" Percakapan Faiq terputus tatkala phone dia berbunyi menandakan mesej masuk.

"Speak of the devil! Lepas habis kelas, jom ikut aku!" Faiq menarik Lily ke kelas tanpa sebarang sentuhan. Lily mula curious Faiq nak bawak dia ke mana lepas kelas.

.

.

.

"Haih, Faiq. You buat apa sampai dapat warning letter ni?"

"Menurut undang-undang universiti, warning letter diedarkan kepada pelajar setelah pelajar tersebut tak datang kelas tanpa sebab 3 kali." Selamba Faiq menjawab walaupun dia tahu itu bukan jawapan yang si penyoal maksudkan.

Si penyoal kelihatan mengurut-urut dahi, nampak sangat dah lali dan penat dengan perangai si student di hadapannya. Lily yang turut berada dalam bilik lecturer itu hanya terdiam. Dia berasa amat janggal, bagaikan dia tak patut ada di situ. Lepas habis kelas tadi Faiq dan Lily solat asar kemudian terus mereka berdua ke sini. Kenapa Faiq nak heret Lily sekali? Dan kenapa lecturer ni nampak familiar dengan Faiq? Oh, inikah orang dalam yang Faiq maksudkan?

"Bagi tahu alasan setiapkali you ponteng." Lecturer tersebut demand.

"Ha? Tak ingatlah." Faiq terus dengan lagak nakal dia.

"Ingat balik."

"Urgh. Mungkin first time tu rasa malas. Kedua rasa malas. Ketiga pun rasa malas." Faiq memberi 'alasannya' yang tak tahu sama ada dia serius atau main-main.

Lecturer di depan mengeluarkan keluhan berat, "For himlens skyld..." Dia mengeluh dalam bahasa asing, "Kenapa entah ofis bagi surat ni kat I. Patutnya bagi kat mak pak you la, ork?"

"Biasalah, pokcik. Staf ofis tu semua malas belaka. Dorang tahu saya ada family kat sini, dorang bagi jelah terus. Tak payah nak hantar surat bagai." Faiq selamba berbual dengan lecturer tu.

Lecturer tu mengeluh lagi, "Call me sir, Faiq."

"Oh, terlupa pulak sekarang office hour. Sorry, sir Akmal." Faiq nampak tidak ada rasa sebersalah, malah dia berkata dengan tona sarkastik.

Saat itu barulah Lily sedar sesuatu. Dorang berdua ni blood related???

"You classmate Faiq? Nama apa?" Akmal mula menyapa Lily yang terasa asing di situ.

"Oh, ah, haah. Iya, saya classmate dia. Faiq minta saya teman." Tergagap Lily dibuatnya dek soalan yang tak dijangka itu.

Kening Akmal terangkat. Lily terpegun. Baru je tadi dia cakap semua lecturer kat fakulti ni tua kerepot, tapi dia lupa pasal lecturer sorang ni. Ya, dengar cerita dia pun tua jugak, tapi Lily hairan bagaimana seorang lelaki yang hampir mencapai umur 50-an, masih boleh tampak berkarisma dan muda? Lily selalu saja terdengar gosip bahawa lecturer di depan dia ni masih single, merupakan sugar daddy bagi ramai student, tak kahwin sebab ramai sangat nak dekat dia, dia handsome sebab pakai susuk. Dan lain-lain. Lily tahu semuanya merapu belaka tapi Lily tak pelik kenapa gosip sebegitu wujud, sebab sir Akmal yang di depan dia ni, tampak anggun. Bagaikan dia tidak menua, ketampanannya abadi gituh.

"Lily?"

"Iya saya?!" Melatah Lily dibuatnya apabila lamunan dia diganggu begitu.

"Faiq ada kacau you ke? You minat Faiq ke?" Akmal bertanya.

Lily menggeleng laju, "T-Tak. Tak... Saya tak minat dia. Dia tak kacau saya... Kitorang—" Lily terhenti. Dia nak cakap yang dia dengan Faiq hanya berkawan, tapi adakah mereka betul berkawan? Atau mereka tersangkut sebab nak jaga tepi kain masing-masing?

Faiq membalikkan mata, "Tolong la, sir. Dia kawan sayalah. Sir ni muka je handsome, tapi pemikiran memang macam orang tua. Asal lelaki kawan dengan perempuan je, terus anggap tu girlfriend." Faiq memperlekehkan Akmal.

"Mulut you ni sebijik macam mak you. Nah, ambik surat ni. Balik nanti bagi daddy you. Jangan ponteng kelas lagi. Rosak pointer kang." Akmal membebel.

"Kalau saya ambik surat ni, sir pasti ke saya akan bagi kat daddy?"

"Tak kisah pun sebab I dah mesej daddy you."

"Tch." Faiq membuat bunyi dengan lidah. Selepas beberapa seketika mereka berbual lagi sambil itu Lily terus terpesona dengan visual lecturer tu, kemudian berangkatlah Lily dan Faiq dari bilik sir Akmal.

"Um... Dia pakcik kau?" Lily bertanya sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke hostel.

Faiq mengangguk, "Ayah aku punya adik."

"O-Oh..." Lily nak tanya pasal semua gosip yang dia pernah dengar tentang lecturer tu, adakah separuh benar? Dari mana boleh dapat semua gosip hina tu? "Umur dia berapa?" Perlahan Lily cuba mengorek maklumat.

"72. Dia pakai susuk untuk nampak handsome."

"Eh?! Biar betul?!"

"Tipu jelah. Kau ni Lily, jangan cepat percaya cakap orang." Faiq tergelak kecil.

Lily memuncungkan bibir sedikit, "Sorry la..."

"Hahaha. Umur dia? Sama macam mak aku. 45 ke 46 entah."

"Oh... Masih single?"

"Ya, kau nak try ke?"

"Tak nak... Memang handsome tapi tua sangat la..."

"Hahaha, kau tak tahu, betapa ramai dah student try dia."

"Um... Kenapa dia masih single?"

"Entah dia. Katanya dia tak pernah ada perasaan cinta kat sesiapapun."

Oh, wow. Lily terpesona dalam hati. Mungkin sebab itu kot dia nampak muda gitu? Sebab dia tak pernah bercinta. Eh, ada kena mengena ke?

"Dia bagi tips, Ly, kalau nak nampak awet muda kena pakai sunscreen dan moisturizer dari kecik." Faiq berceloteh.

Lily ketawa. Oh, itu ke rahsia dia? Bagusnya start skincare dari muda.

"Faiq!" Tiba-tiba terdengar satu suara dari belakang.

Kedua-dua Faiq dan Lily menoleh belakang hanya untuk melihat rakan sekelas mereka Ain sedang tercegat beberapa meter jauh.

"Kau baru keluar dari bilik sir Akmal? Kau borak apa dengan dia?" Ain mula mendekati Faiq.

Saat itu Lily syak sesuatu. Lecturer yang Ain minat tu mungkin sir Akmal. Kalau macam tu Lily tak pelik dan tak terkejut.

"Sibuk je nak tahu. Tak ada apa-apa yang berkaitan dengan kau pun." Faiq mengelak soalan Ain.

"Alaa, kau ni tahu tak betapa untungnya kau dilahirkan sebagai anak buah dia? Kau ada talian darah dengan manusia ajaib tu? OMG." Ain melebih-lebih.

Uish, dah macam obses dah ni.

"Kau pergi sembah Tuhan la, jangan nak agungkan sangat manusia tu." Faiq memerli Ain.

Bla bla bla. Mereka berbual lagi tentang sir Akmal. Sepanjang perjalanan Lily hanya mendengar tekun perbualan dorang. Sampailah mereka bertiga berhenti di tengah-tengah koridor, apabila sinaran mentari petang itu menampar wajah mereka. Mereka semua terpegun dengan langit jingga itu.

"Wah." Ain ternganga. "Um, OK aku nak tangkap gambar. Bye, Faiq and Lily!" Dengan itu dia pun beredar.

Bye. Lily berkata perlahan sambil melihat Ain makin lama hilang dari medan penglihatan.

"Lily." Faiq menyahut.

"Hm?" Lily menolehkan pandangan ke arah Faiq yang kelihatan seperti sedang membaca mesej dalam phone.

"Jom tengok sunset kat rooftop." Faiq mengangkat wajah.

Lily mengelipkan mata dua kali. Huh. What a fun date idea.

.

.

.

Date?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro