
10 - father
Lily tercari-cari kelibat Faiq yang terus hilang selepas kelas habis.
Dia pergi rooftop ke? Tak kot. Ke dia mengintip orang lagi?
Baru sahaja Lily mahu menuruni tangga untuk keluar dari fakultinya sebelum dia ternampak Faiq sedang termenung sambil menongkat dagu di penghadang koridor, memandang ke arah courtyard di tingkat bawah.
Seri wajah Lily naik apabila ternampak jejaka idaman walaupun baru sahaja bertembung dalam kelas tadi. Tapi jejaka idaman tengah termenung? Pikir apa la tu agaknya?
"Faiq..." Perlahan Lily mendekati.
Faiq terus memandang Lily sejurus terdengar panggilan kecil itu.
"Yo." Sapa Faiq.
"Kau fikir apa? Jauh termenung?"
"Takdelah. Aku terfikir, mungkin bapak aku yang sekarang bukan bapak aku."
.
.
.
Huh? Apa benda dia merepek ni?
"Hah?!" Lily terus mengerutkan muka. Apo peliknya tiba-tiba nak fikir macam tu?
"Dengar ni, Ly. Aku dengan bapak aku tak ada persamaan langsung. Aku pelik, betul ke dia bapak aku?"
"U-Um, ayah kau camne orangnya?" Lily cuba menenangkan fikiran tak masuk akal Faiq.
"Apa yang ada kat aku, semua takde kat ayah aku. Apa yang ada kat ayah aku, semua takde kat aku."
"W-Wha—"
"Kalau diikutkan, aku lagi banyak persamaan dengan sir Akmal. Mungkin sir Akmal bapak ak—"
"KEPALA HOTAK KAU!" Belum sempat Faiq habiskan ayat, Lily sudah potong dengan meninggikan suara. Hasilnya berjaya, Faiq terdiam.
"Faiq! That's disrespectful! Kat mak kau, ayah kau and pakcik kau. Sesetengah benda mana boleh buat gurau." Lily menegur Faiq.
Faiq tergelak, "Heh, rilek ah, Ly. Saja nak bagi kau mindblown."
"Ish, jahat ah."
"Tapi serious aku cakap. Bapak aku dengan aku takde persamaan langsung. Muka aku pun ikut mak aku 100%." Sejurus saja Faiq menghabiskan ayat, phone dia berbunyi menandakan panggilan masuk. "Oh, Lily. Aku kena pergi jumpa kakak aku. Bye!" Dengan itu dia terus berlari anak menuju ke tempat temu janji.
Tinggallah Lily di situ berseorangan lagi. Sedih jugak kena tinggal dengan crush. Lily tiba-tiba terfikir Faiq terasa ke dengan teguran dia tadi? Lily overreacting ke? Lily rasa apa yang Faiq buat sangat biadap walaupun dia hanya main-main.
Langkah pulang dijejakkan Lily. Sambil dia berjalan menuju keluar fakulti, Lily melalui satu koridor yang dia kenal. Koridor di mana bilik seorang lecturer dia kenal terletak.
Lily berhenti di hadapan bilik lecturer tersebut. Ada orang ke? Tapi kalau Lily ketuk, Lily nak cakap apa dengan lecturer tu?
Lily mengeluh, tanpa berbuat apa-apa dia sambung meneruskan langkah pulang. Baru dua langkah, pintu yang dia mahu ketuk tadi dikuak beserta bunyi.
Lily menoleh belakang, dan mata dia bertentang dengan mata lecturer penghuni bilik itu. Kelihatan sir Akmal hanya mahu membuang sampah ke dalam tong yang terletak di luar biliknya.
"Oh! Hi, um— Lily?" Sir Akmal cuba meneka. Mukanya ingat, nama masih samar-samar. Ceh, bukannya tua sangat pun.
"S-Sir!" Lily terpanggil dengan desperate.
"Yes?"
"Um!" Patut ke Lily bagitahu pasal Faiq tadi? Tak rasa macam benda tu kecik ke?
"You ada masalah ke?" Sir Akmal cuba membongkar kenapa Lily tak boleh nak sambung ayat.
"B-Bukan saya... Faiq."
"Faiq? Kenapa dengan dia?" Boleh dengar nada sir berubah sedikit apabila nama anak buah disebut. Sayang dan prihatin ye dia terhadap Faiq.
Lily menggigit bibir. Dah alang-alang dia cakap camni, lebih baik dia bagitahu je. Tak elok sidai lecturer.
"Faiq ada fikiran nakal lagi."
Sir Akmal mengeluh, "Kali ni apa?"
"Dia... Rasa sir ayah dia..." Lily menggumam.
"Hah?!"
"Dia— Dia cakap sir ni ayah dia!" Lily bercakap dengan lebih jelas.
"Why?!"
"S-Sebab... Dia cakap dia tak ada persamaan langsung dengan ayah dia, dan sir lagi banyak persamaan dengan dia. Sebab tulah..."
"Astaghfirullah! Mana budak tu?"
"Dia kata dia jumpa kakak dia..."
"Oh, Zenni." Serta merta sir Akmal keluarkan phone dari poket, "Alright, thank you Lily bagitahu pasal ni. Do you want to come along?"
"Huh? Pergi mana?"
"I nak bagi extra lecture kat budak tu."
Gulp. Matilah Lily kalau Faiq tahu Lily mengadu kat sir.
"T-Takpelah, sir. Saya kena balik..."
"Okay. Get home safe."
Lily mengangguk, langsung dia toleh belakang dan percepatkan langkah. Dia dapat rasakan riwayat hidup dia terancam!
•••
Zennirah berganti pandangan antara pakciknya dan adiknya yang sedang duduk bertentangan di meja kafe. Nampak tegang je deme berdua ni?
"Faiq, any last words?" Pakciknya bernama Akmal memulakan perbualan.
"Sir sanggup bunuh anak sendiri?" Faiq membalas.
Zennirah mengerutkan kening. Perbualan apa yang dorang tengah adakan ni? Lagi bertambah kerutan di wajah Zennirah apabila pokcik bertindak memulas telinga Faiq.
"Ow!" Faiq mengaduh.
"P-Pokcik! Bakpe ni?" Zennirah tak tahu nak berpihak kepada siapa dalam pergaduhan yang tidak diketahui punca ini.
"Awok tanya sendiri adik awok ni." Ujar sir Akmal.
Zennirah beralih ke Faiq, "Mu buat mende kali ni?"
"Ceh, Faiq rasa daddy tu bukan ayah Faiq." Terus terang saja Faiq bagitahu.
Tanpa bertanya lagi apa-apa, kali ni Zennirah pula memulas telinga Faiq yang lagi sebelah.
"Ow! Zenni!" Faiq meninggikan suara sedikit kat kakak dia.
"Cakap elok sikit dengan kakak." Sir Akmal back up Zennirah.
"Bakpe pikir gitu?" Selepas pulas telinga, barulah Zennirah memulakan soal siasat.
"Zenni boleh la rilek sebab muka Zenni memang ikut daddy. Muka Faiq ni? Tak sama langsung dengan daddy! Pastu perangai apa pun tak sama langsung. Betul ke tu memang ayah Faiq?" Faiq memulakan hujah panjang dia. Tapi kenapa dia tersenyum sinis?
"Sudahlah, Faiq. Takyah nak game orang dengan buat-buat bodoh. Awok tu bijok, tak logik nak pikir benda macam ni. Cuba buat benda lain yang lagi bagus." Zennirah berceramah.
Faiq memuncungkan bibir. Nampaknya lakonan dia tak menjadi. Tak seronok ah gini.
"Still, kalau berlakon pun, tak elok buat gitu. Apa yang daddy you akan rasa kalau dia dengar ni?" Sir Akmal sambung ceramah Zenni.
"Dia takkan dengar. Dia mana pernah dengar." Faiq berceloteh, nampak macam ada dendam tersembunyi kat ayah sendiri.
"Yedok?" Sir Akmal mengangkat kening, sambil itu phone dia letak pada telinga, "Ha, hello, Aidan. Kau buat apa sekarang?" Kali ini dia bercakap dengan orang di penghujung talian.
Ah, shit. Faiq rasa nak larikan diri, tapi Zennirah sudah memeluk tangan dia rapat.
"Aku ada dengan anak-anak kau sekarang. Saja lepak. Oh, ha. Faiq nak cakap dengan kau sikit." Sir Akmal berbual lagi dalam phone sebelum menghulurkan phone kepada Faiq.
Faiq menjeling sir Akmal tajam. Kali ini giliran sir Akmal pula tersenyum sinis.
"Hello, daddy." Zennirah tidak mahu ayahnya tertunggu lama, jadi dia menyapa dulu phone yang sudah di-set loudspeaker tu.
"Zenni-chan, dah makan ke? Dah habis kelas? Mana Faiq?" Bertubi-tubi soalan ditanya sang penjawab di hujung talian itu.
"Tengah makan dengan pokcik. Faiq ada sebelah ni je." Zennirah memandang Faiq yang enggan berbunyi itu.
"Hmm—"
"Faiq?! Zenni?! Buat apa tu!" Belum sempat Faiq nak bercakap, suara di hujung talian sudah bertukar ke suara perempuan.
Seri wajah Faiq naik, "Tengah makan ni ha. Mommy buat mende?" Boh, anak mak rupanya.
"Awak, tukar video call la." Kedengaran pasangan di hujung talian sedang berbual sesama sendiri.
"Ada pokcik dorang kat situ, awak kena pakai tudung la." Gumam si suami perlahan.
"Tutup kamera la gitu."
"Dah tu apa motif awak nak video call?"
"Saya nak tengok muka anak-anak saya la."
"Bagilah dorang tengok muka awak jugak, dapat pahala, ork?"
"Haih, iyalah, yang." Sempat pulak bergaduh manja.
Sir Akmal hanya tersenyum sambil menongkat dagu melihat kedua-dua anak buahnya video call mak pak mereka. Dia nak tangkap gambar tapi phone dia yang tengah digunakan sekarang.
Langsung motif utama panggilan itu hilang. Bila budak-budak kat kampus bercakap dengan mak ayah, semua benda pasal hidup mahu diceritakan.
Mm, enjoy the moment jelah.
•••
"Faiq, jangan lupa minta maaf kat daddy you secepat mungkin." Sir Akmal masih berceramah walaupun dalam perjalanan menghantar fruit children ke kolej kediaman masing-masing.
"Yelah. Nanti waktu raya Faiq minta maaf."
"Raya lambat lagi!"
"Ceh, suka hatilah. Sebelum sir nak masukkan pasal topik mati, saya nak tanya sir, sir rasa ada ke persamaan saya dengan daddy?" Faiq bertanya curious.
Akmal termati kata. Dia cuba fikir, tapi tak dapat jawapan. Bagi Akmal, Faiq ni memang sungguh anak mak, dari rupa sampailah perangai.
"Faiq dengan daddy dua-dua ego nak bercakap." Zennirah memberi jawapannya.
"Ego?"
"Ha ah, antara korang berdua jelah. Entah apa susah sangat nak bercakap." Zenni berceloteh.
Akmal tersenyum sinis, "Korang minat anime." Akmal menyambung jawapan. Lepas Zenni cakap, barulah dia nampak banyak persamaan Faiq dan ayahnya.
"Itu bukan genetik, ork?" Faiq cuba menafikan.
"Korang bijok gila!" Zennirah menambah.
"Suka sangat benda manis."
"Oh, dorang paling suka susu strawberry."
"Kucing pun dorang berdua je paling suka dalam family."
"Dorang terer main game tapi dorang berdua akan rasa tercabar kalau kalah dalam game."
"Dorang berdua kalau ada matlamat nak dicapai, dorang akan pastikan dorang dapat capai."
Bersilih-ganti pulak pokcik dengan Zennirah ni bagi jawapan. Rupanya banyak jugak persamaan. Hmm~
"Lily ke yang bagitahu pokcik pasal ni?" Faiq tiba-tiba teringat tentang punca pergaduhan ini berlaku.
"Ya, risau jadinya you buat kawan you. Kesian dia." Akmal menjawab.
"Heh." Faiq tergelak kecil kemudian dia tersenyum sambil memandang luar tingkap passenger seat.
Akmal dan Zennirah kedua-duanya mengangkat kening melihat kelakuan Faiq apabila nama Lily disebut. Oh, something's fishy?
Selepas sahaja Akmal menghantar Zennirah ke kolej kediaman, tinggallah dia dan Faiq berdua dalam kereta. Akmal berbunyi, "Oh, pokcik lupa nak tanya something very important."
"Apa dia?" Faiq menunggu dengan setia.
"You nak belajar kat Denmark tak?"
•••
to be continued...
sem ni lain macam, saya langsung tak dapat nak update apa-apa sebab busy. ini pun dapat update sebab tengah cuti midsem.
anyway, thank you for reading. cerita ni makin lama makin random. saya pun dah lupa storyline and ending apa yang saya nak buat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro