Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 8 : FANS FANATIK !

Di Dalam Bilik Amir

Jam di dinding sudah menunjukkan hampir masuk angka 12. 00 pagi.

Amir saat itu tampaknya sedari tadi sedang fokus bermain pubg di PC yang khusus untuknya bermain game.

Sudah hampir 3 jam dia menghabiskan masa untuk bermain game Pubg itu di meja gamingnya.

Sementara di satu sisi lain pula, adanya si Ikram iaitu mesra disapa sebagai "Boy" itu tampaknya sedari tadi sedang melakukan siaran langsung di laman sosial Instagram.

Saat itu, si Boy berada agak tidak jauh dari kawannya, Amir.

Kalau nak tahu Boy merupakan kawan terdekat yang juga merangkap kawan sekolah yang paling rapat dengan Amir.

Mungkin dek kerana jarak rumah mereka berdua yang berada sangat dekat iaitu hanya bersebelahan antara satu sama lain.

Mungkin kerana atas dasar faktor itu, mereka berdua menjadi kawan rapat.

Masuk sahaja angka jam 12.00 pagi, si Boy terus laju menerpa ke arah Amir yang ketika itu memakai headphone di kepalanya.

Iya lah fokus bermain game dan ertinya dia tidak mahu DIGANGGU.

Lantas headphone di kepala kawannya, terus laju dia tanggalkan.

"Weh kau ni dah kenapa ? Yang kau selamba badak tanggalkan headphone aku ni dah kenapa bodoh ?" laung Amir kerana bengang dengan tindakan si Boy yang telah menganggu dirinya ketika itu.

Permainannya terus terganggu dan terhenti gara - gara perbuatan drastik si Boy itu.

Boy terus sengih nampak gigi.

"Sorry bro ! Tapi aku ada masalah lagi urgent ni dari game kau tu ! Kau tengok ni apa yang fans fanatik kau dah buat pada aku !" respon si Boy sambil tunjuk ke arah skrin telefonnya tu.

Amir yang tiada mood itu terus merenung ke arah skrin telefon kawannya itu.

"Lepas tu apa kaitannya dengan aku do ?" soal Amir selamba sambil memakai semula headphonenya.

"Eh bro ! Agak - agaklah ! Kau dah buta ke apa ? Kau tak nampak ke ni apa yang fans fanatik kau dah buat ? Tak sampai 5 minit aku live dekat ig, beratus - ratus notification masuk dekat live aku. Gara - gara siapa ? Gara - gara kau do !" marah Boy yang mula menanggalkan lagi headphone di kepala kawannya itu.

Lantas pipi si Boy terus menjadi mangsa tepukan dari Amir.

"Eh kau ni dah lebih do ! Apa susah, kau off kan je lah data. Tak masuk lah notification tu ! Takpun kau ada jari kan ?

Boy terus angguk laju.

"Dahtu block je la diorang semua tu ! Kan dah settle masalah ! Tu pun takleh nak fikir !" keluh si Amir yang masih fokus bermain game Pubg lagi.

"Woi Amir ! Agak - agaklah kalau nak bergurau pun ! Aku tak mahu Samsung aku ni hang bro ! Tolonglah bro ! Buat live kat ig ! Kalau kau tak buat live kat ig sekarang, Samsung aku ni jawabnya takde function dahlah ! Tolong bro ! Aku bukan kaya macam kau ! Sekali telefon rosak je pun dah boleh tukar dengan yang baru ! Aku sayang SAMSUNG aku ni ! Please bro !" rayu si Boy yang mula memegang tangan si Amir.

Tangan si Boy terus Amir tepis kasar.

"Eh rimas lah aku ! Yang kau pun satu ! Yang kau pergi buat live time birthday si minah senget tu dah kenapa ? Mestilah persatuan NETIZEN akan serang Instagram kau ! Sekarang ni dengan - dengan aku sekali yang kena ! Kau tahu kan aku takde mood nak buat live kat mana - mana laman sosial sekarang ! Baik live kat INSTAGRAM ke, TIKTOK ke, FACEBOOK ke ! Tokseeeeeeeee !" tutur Amir yang sudah mula terkeluar loghat Kelantannya.

"Ala bro ! Mana lah aku tahu sekarang ni birthday si Sarah tu ! Aku saja ja nak live sebab aku rindukan fans aku." luah si Boy pendek.

Amir terus gelak besar sejurus mendengar perkataan "fans" ditutur oleh kawannya itu.

"Hotak kau ! Kau mana ada fans ! Haters je ramai ! Haha bongok !" sakatnya yang masih lagi gelak.

Boy terus jeling Amir tajam.

"Ada okay ! Dah sambung hal tadi. Tu yang aku buat live tu, tapi tak tahu lah pula macam gini jadinya. Tengok ni eh stress aku ! Daritadi lagi asyik duk masuk ja notification ni ! Tak hanya kat live ig aku, diorang tag nama kau dengan EX kau tapi dekat post feed aku pun diorang SERANG ! Please bro !" rayu si Boy lagi sambil tutup telinganya.

Mana tak stress ! Sedari tadi lagi bunyi masuk notification tidak henti - henti kedengaran.

Amir tampak kesal saat itu.

Headphone di kepalanya terus dia letak di tepi pcnya.

"Iyalah iyalah, kau balik je lah ! Nanti aku buat lah ! Dah lewat dahni ! Nanti apa pula mak kau cakap ! Baliklah !" arah Amir yang sudah mula akur.

Amir terus menyiku lengan Boy sejurus dia melihat Boy ingin memeluknya.

"Yeay ! Thank you bro ! Kau lah sahabat sejati aku ! Sayang kau ! Eleh dah kena siku ! Nak peluk sikit je pun !" sakat si Boy yang mula membuka pintu bilik Amir.

"Eh geli lah ! Aku bukan songsang okay ! Weh, kau jangan lupa jam 4 pagi datang sini !" ujar Amir sambil matanya mula fokus bermain iphonenya.

"Woi aku gurau je do ! Aku pun lelaki yang normal okay ! Bukan songsang ! Lah pahal pula nak datang sini jam 4 ? Kau dah hilang akal eh ? Esok kita ada kelas !" ujar si Boy pula.

"Buat apa lagi ! MATCH PUBG la ! Dah lupa tu lah tu ! Tu lah siapa suruh kau makan semut banyak - banyak ! Ke kau nak suruh aku pi rumah kau ? Ada pc ke rumah kau ? Ada ke bro ?" hambur Amir yang masih fokus lagi menatap skrin iphonenya.

Boy terus sengih nampak gigi.

"Hehe. Iya lah aku lupa pula yang kita ada match PUBG ! Eh jam 4 pagi la pula ! SPOIL MOOD ja ! Ye lah, ye lah aku datang !" jerit Boy.

Amir terus buat simbol terbaik ketika itu.

"Eh, boleh je kalau kau nak main game dekat rumah aku tapi kau kena beli pc sekali dengan meja dan kerusi gaming untuk aku la ! Baru boleh main game dekat rumah aku !" respon Boy yang mula mematikan telefonnya.

Mungkin kerana sudah tidak tahan asyik dimention di Instagram oleh PERSATUAN NETIZEN atau lebih dikenali sebagai FANS FANATIK Amir dan ex Amir iaitu Sarah.

"Nampak ni ngek ?" soal Amir sejurus tunjuk penumbuknya.

"Hotak kau ! Dah baliklah !" arah Amir sambil jeling kawannya itu.

"Iya lah nak balik lah ni ! Kedekut betul kau ni Amir ! Haih ! Aku balik dulu !" ujar si Boy yang mula minta diri.

"Wait !" panggil Amir pula.

"Kenapa ? Kau nak bagi aku duit ke ?" balas Boy yang mula berpaling semula ke belakang itu.

"Ngek kau ! Hotak kau ! Tolong tutup pintu tu sebelum kau balik !" arah Amir sambil senyum sinis.

Boy terus jeling si Amir tajam.

Lantas pintu bilik Amir terus dia tutup penuh kasar.

"Eleh ! Nak tutup pintu bilik sendiri pun malas ! Dasar Amir ! Memang patut digelar Raja MALAS ! Dah lah baik aku balik sekarang ! Dah lah homework Math aku belum buat do !" Si Boy terus berlari menuruni satu persatu anak tangga itu dek dia mula teringatkan tentang buku latihan Mathnya yang belum terusik itu.

Eh Boy, Boy ! Lepak rumah member boleh pula sampai berjam - jam tapi homework pun boleh lupa nak buat ! Aihh ! Boy ! Boy !

Hilang sahaja kelibat si Boy dari biliknya itu, Amir terus membuka buku latihan matematiknya.

Lantas, dia terus mengeluarkan kalkulator dari kotak pensilnya. Pen yang berwarna hitam juga laju dia keluarkan.

Dia mula fokus menyiapkan latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Alia itu.

Matanya saat itu teliti sekali memandang skrin kalkulator yang digunakannya itu.

Jarinya yang pula saat itu boleh dikatakan sejenis jari yang terlebih HARDWORKING.

Mana taknya, sedari tadi jarinya tidak henti - henti menulis di atas ruang kosong yang yang tersedia khas untuk diisi jawapan di buku latihan itu.

Matanya juga, akan sekilas memandang skrin di kalkulator tersebut

HAHAHA ada - ada sahaja si Amir ni.. Sampaikan jarinya pun boleh dilabel sebegitu.

Puan Aina terus meluru masuk ke dalam bilik anaknya sejurus melihat pintu bilik anaknya masih tidak dikunci ketika itu.

Dia hanya berdiri di muka pintu bilik anak tunggalnya saat itu.

Dia terus senyum bahagia sejurus melihat Amir yang tampak fokus menyiapkan latihan itu sehingga kehadirannya pun, tidak Amir notice.

Dalam hati dia tidak henti - hentj mengucapkan rasa syukur sejurus dia melihat sikap anaknya saat itu.

Tampaknya, sikap anak tunggalnya saat itu hampir 💯 telah berubah daripada sikap yang PEMALAS menyiapkan kesemua tugas yang diberikan oleh tenaga pengajar iaitu merangkap guru kepada sikap "RAJIN" !.

Alhamdulillah mungkin anak bujangnya itu sudah mula sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun itu.

Dan dengan peperiksaan SPM itulah yang akan menjadi penentu MASA DEPANNYA nanti.

"Sejuk mata mama tengok sikap Amir yang sekarang ni. Keep being like this son !" tegur mama Amir lembut.

Amir yang mula sedar akan kehadiran mamanya terus senyum.

"Eh mama rupanya. Ingatkan bidadari mana tadi yang tegur. La patutlah wangi semacam je bau kat bilik Amir, rupanya bidadari syurga Amir yang datang sini." puji si Amir manis.

Amir memang SWEET kan ? Hahaha ! Kalau cikgu Alia pun dia sempat lagi nak mengayat dan mencairkan hati guru itu apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan memuji mamanya sendiri.

"Eh ada - ada je Amir ni. Dahlah mama keluar dulu. Bila dah settle homework tu terus tidur ! Esok awak tu sekolah !" ujar mamanya mula mengingatkan anak lelakinya itu.

"Aip, Aip siap bidadari syurga ku. Okay mama. Mama pergilah tidur. Goodnight ma." respon Amir sambil buat mini love kepada mamanya itu.

"Eh anak mama ni. Sweet sweet nak tayang siapa sayang ? Aihh ! Okaylah mama keluar dulu. Buat homework tu jangan main phone !" pesan wanita itu lagi sejurus dia mula mendengar bunyi notifikasi yang sedari tadi kedengaran bertalu - talu di skrin telefon anak bujangnya itu.

"Orite ma ! You can count on me." respon Amir yang mula buat simbol okay.

Amir terus menyambung kembali menyiapkan tugasan yang diberikan oleh kesemua guru yang mengajarnya itu sejurus kelibat mamanya hilang dari pandangan matanya.

2 jam kemudian

Remaja lelaki itu terus bersandar di birai katil sejurus kesemua tugasan yang diberikan boleh pihak guru itu telah siap dia kerjakan.

Dia terus senyum sinis sejurus matanya melihat di skrin iphonenya itu.

Terdapat hampir 2k notification yang tertera di skrin iphonenya itu saat itu.

FUH ! Banyak betul kan. Penangan penggemar - penggemar si Amirul Amir ni memang boleh tahan !.

Rata - ratanya mestilah datang dari Instagram.

Dia terus menghela nafas panjang.

Keluhan berat terus dia lepaskan.

Jam sudah menunjukkan hampir angka 2 pagi.

Jarinya laju membuka aplikasi Instagram.

"Demi selamatkan SAMSUNG si BOY aku sanggup buat live ni ! Setia kawan betul kan aku ni, ya aku tahu aku ni sejenis kawan yang SETIA KAWAN !" Amir mula angkat bakul sendiri.

Amir is always being Amir.

Lantas, tanpa menunggu lama jarinya laju menekan skrin live di Instagramnya.

Seperti yang dijangkakan, tak sampai 5 minit dia melakukan siaran langsung di Instagram, sudah tertera hampir 10 k viewer yang sedang menonton livenya ketika itu.

"Mantap betul bebudak ni ! Dah jam 2 pagi pun depa masih nak jadi SPESIES PEMBARIS ! MANTUL betul diorang ni ! MANTUL + BERIA!! Hmm, spesies burung hantu ka depa ni ? Tak faham aku !" keluhnya dalam hati.

Saat itu, Amir memilih untuk mendiamkan diri terlebih dahulu.

Matanya saat itu sedang teliti melihat komen -komen yang masuk ke livenya itu.

Rata - rata komen yang masuk di livenya itu adakah semuanya berunsur NEGATIF.

Boleh kira dengan jari sahaja, komen - komen POSITIF yang ditaip oleh para NETIZEN itu.

Dia terus senyum sinis sejurus dia mula membaca di dalam hati beberapa komen negatif yang menangkap perhatian matanya saat itu.

"Assalamualaikum and hi korang. Hmm, dah hampir setahun juga eh saya tak buat live ni ! Seingat saya, last saya buat live dekat sini masa saya FORM 4, ha'a tu pun awal tahun. So, korang saya dah buat live ni. Demi korang, apa pun saya sanggup." sapa Amir yang mula membuka mulut saat itu.

Dia terus senyum saat mulutnya mula membaca beberapa komen positif yang rata - ratanya mengatakan "salam rindu kepadanya".

"Hmm, korang ! Sebenarnya, saya buat live dekat sini sebab saya ada something nak umumkan kepada korang. Tapi hmm, kita tunggu sampai tembus 500k viewer dulu boleh ? Then, kalau dah tembus 500k tu baru saya akan umumkan ! Sebab pengumuman ni adalah sangat - sangat PENTING !" ucapnya sambil kenyit mata kanannya.

"So, apalagi korang tunggu ? Dah boleh dah korang start mainkan peranan korang supaya live ni tembus 500 k viewer !" ujarnya sambil buat simbol okay menggunakan jarinya.

Dia terus senyum manis sejurus dengan serta - merta angka viewer yang menontonnya livenya, setiap saat menjadi semakin meningkat.

"Laju juga diorang buat kerja ni ! Ah mantap !" keluh Amir lagi di dalam hati.

Dia terus senyum sinis sejurus matanya mula menangkap satu komen yang mula memainkan peranan sebagai SPESIES PEMBARIS.

"YEAY ! TAK LAIN DAN TAK BUKAN, MESTI NAK UMUMKAN YANG ABANG AMIR DENGAN KAK SARAH GETBACK BALIK ! YEAY SO HAPPY !!!."

Amir mula membaca komen tersebut.

Dia terus gelak kecil seketika.

"Palataw betul adik ni haih." desis hati kecilnya itu.

"Hmm, ni mesti adik - adik yang komen ni ! Okay dik, takpa abang hargai komen dari adik ni. Okay guys kalau nak tahu GETBACK tak GETBACK tu kasi tembus 500 k dulu okay ! Cepat guys, saya setia menunggu ni !" respon Amir sambil buat simbol okay lagi.

Saat itu, dia hanya diam lagi. Dia diam kerana dia setia menanti angka viewer yang menonton livenya saat itu yang sudah mencatat 399k supaya tembus kepada 500k.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro