Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 7 : TASH masuk hospital !

Keesokan harinya

Puan Alisha terus meluru masuk ke dalam wad anak tunggalnya itu sejurus Doktor yang bertugas membenarkan kehadiran pelawat saat itu.

Puan Alisha masuk ke dalam wad bersama dengan anak saudaranya yang banyak mulut itu.

Hehe. Tak lain tak bukan adalah si Maira.

Ayah si Tash tidak dapat menemani Tash hari itu kerana keadaan kesihatannya yang tidak menggalakkan dia untuk datang ke situ.

Untuk pengetahuan korang, ayah Tash iaitu Encik Adrian sebenarnya sakit.

Sudah hampir 5 tahun, dia menghidap penyakit asma.

Kebelakangan itu, Encik Adrian sering berasa letih walaupun ketika itu dia hanya duduk - duduk sahaja dan tidak melakukan aktiviti yang lasak pun.

Mungkin ini kerana faktor usianya yang semakin meningkat, dan mungkin lagi kerana dirinya yang terlalu kuat bekerja demi menyara keluarga kecilnya itu.

Nampak sahaja kelibat ibunya, Tash terus menangis teresak - esak.

Lantas tubuh kurus Tash dipeluk erat oleh ibunya itu.

"Tash, apa yang kau dah buat ni nak ! Kau nda sayang sama kami semua ka ? Nda perlu kau lukakan diri kau sendiri bah ! Nda berbaloi pun apa yang kau lakukan ni semata - mata demi si nda guna Haikal ! Jangan buat macam ni lagi ! Kami nda mau kehilangan kau !" nasihat ibunya lembut sambil mengusap kepala anaknya yang ditutupi dengan lilitan selendang yang berwarna pastel itu.

Air mata Tash semakin laju mengalir ke pipi putihnya.

Sungguh dia katakan, tidak mampu untuk dia dari memaksa matanya untuk tidak menangis lagi.

Dugaan yang terpaksa dia tempuh terlalu perit untuk dia hadap !

Terlalu sakit untuk dia menerima kenyataan yang cukup perit ini.

Dia hanya mampu menangis di pelukan ibunya.

Maira sedari tadi hanya memerhati sahaja.

Dia juga turut sedih saat itu.

Sepupunya yang dari awal malam berinai lagi sudah tampak teruja kerana dirinya akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang dia cintai.

Jujur Maira katakan, dari awal malam berinai lagi si sepupunya, Tash tidak henti - henti memberitahunya bahawa dia cukup tidak sabar dan teruja untuk menjadi seorang isteri kepada Haikal.

Nampak sangat sepupunya itu terlalu menyayangi tunangnya itu.

Sampaikan dari awal fasa pertunangan mereka berdua lagi, Tash sering menceritakan kepadanya tentang betapa dia mengagumi si Haikal.

Katanya, si Haikal baik lah ! Sweet lah ! Sopan lah ! Bertanggungjawab lah !

Eh tapi ni lain pula yang jadi !

"Jadi dapat disimpulkan Haikal ni nda sudah betul ! Bodoh dalam Bodoh ! Sudah putus wayar tapi masih lagi mau jadi FAKE ! Eh kalau dia tunang aku dah lama aku hentam dia sampai lunyai dan aku bagi makan dekat burung gagak ! Ehhh !" kutuk si Maira dalam hati saat itu.

Eh Maira kesitu pula. Ada hati juga dia nak ada tunang.

Dik oiii, awak tu baru berumur 17 tahun ! Jadi fokus dekat peperiksaan SPM dulu !

Lepas tu kalau nak fikir soal cintan - cintun, lantak awak lah ! Hahaha !

Tapi belum sempat fikir kan soal tu, lari tak cukup tanah si Maira nanti dek dikejar oleh bapaknya yang merangkap bapa saudara kepada Tash.

Mana taknya, bapanya itu bukan kaleng - kaleng.

Garang dia bukan main ! Kalau sekali si Maira buat hal, si Maira kena kuatkan mental lah saat itu kalau tidak mahu KENA MENTAL dek dimaki oleh bapaknya, Encik Muiz.

Dia garang dan kuat marah sebab dia SAYANG anaknya.

Marah kerana SAYANG ! Jadi hargai ibu bapa anda okay. Tanpa mereka, siapalah KITA.

Lamunan Si Maira terus terhenti di situ sejurus melihat sepupunya tampak itu masih lagi dilanda kesedihan.

"Ibu, Tash nda kuat mahu hadap semua ni ! Ini terlalu menyakitkan bu ! Terlalu perit untuk ku tanggung semua ni ! Majlis perkahwinan yang Tash idam - idamkan selama ini hancur dalam sekelip mata begitu saja ! Hubungan 5 tahun ini yang Tash nda mau retak, retak jua ! Sakit hati ni ! Sakit bu !" luah si Tash yang masih lagi menangis.

"Kakak ! Nda usah lagi kau tangisi si jantan nda guna itu. Dahlah nda guna nda ada function pula tu ! Nda berbaloi juga kau bazirkan air matamu yang seindah berlian itu demi si pakcik tua itu bah ! Kak, mana lah tahu esok tu kau jumpa lelaki lain dan lusanya kau kahwin dengan dia bah !" ucap si Maira secara spontan.

Dia diam seketika. Mungkin dia mula pening dengan kata - kata yang keluar dari mulutnya sendiri.

"Eh betul lah apa yang ku cakap tu bah, haaa jadi kau nda perlu menangis lagi bah !" sambung si Maira lagi.

"Eh kesitu pula kau ni Mai. Mai, nda semudah itu Mai awal bermulanya sesuatu fasa penghubungan. Nda juga baru bertemu sudah mula ada rasa suka each other dan esoknya terus nak kahwin ! Itu bukan suka namanya tetapi cilaka (celaka) !"

Maira terus sengih nampak gigi.

"Bukan senang Mai, nak jumpa sosok lelaki yang betul - betul ikhlas sayangkan kita. Mahu ambil masa bertahun-tahun juga tu. Ndapa Mai, kau tunggu di luar dulu okay ? Biar aku saja yang pujuk kakakmu ini." arah Puan Alisha lembut.

Maira terus mencebik sejurus itu.

"Hmm okay bu.. Mai keluar dulu." ucap si Maira sebelum dia beredar dari situ.

Belakang anak tunggalnya itu terus dia berulang kali.

"Tash, walaupun ini terlalu berat untuk kau tanggung tapi ndapa juga Tash. Kita tanggung sama - sama ! Walaupun kau jatuh, ibu tetap akan jatuh juga. Kita jatuh sama - sama nak ! Kau satu-satunya anak ibu. Hadiah terindah dari Allah Maha Esa. Satu titipan dan HADIAH Terindah yang perlu ibu dan ayah didik dan jaga dengan sebaik mungkin ! Kami sayang kau bah !"

"Jadi kau nda perlu sedih lagi ! Kami tetap akan selalu ada dengan kau. Sekarang ini hanya satu ja yang aku sama ayah kau inginkan darimu ! Nda banyak pun tapi satu ja. Kau perlu MOVE ON ! "

"Kau perlu percaya akan satu ni ja nak. Bila seseorang itu memutuskan untuk mengkhianati mu dan meninggalkan mu demi orang ketiga, maknanya dia bukan JODOHMU ! Sama juga dengan apa yang jadi pada mu saat ini ! Kau sudah beruntung bah ! Ini kerana Allah sudah tunjukkan perangai sebenar tunang kau ! Nasib baik kau belum kahwin dengannya !"

Pelukan terus dileraikan.

"Tash tatap mata ibu Tash." arah wanita itu penuh lembut.

Tash yang sedari tadi hanya menundukkan wajahnya, terus menatap mata ibunya seperti yang dipinta.

Pipi putihnya anaknya terus dia sentuh lama.

"MasyaAllah, anak ibu ni cantik kali bah ! Tash, kau masih muda nak ! Banyak lagi kau perlu tempuhi selepas ini ! Jadi nda kahwin lagi pun ndapa bah ! Nikmati sahaja, masa muda mu ni ! Fokus saja pada kariermu ! Lagipun lagi ramai lelaki yang diluar sana inginkan mu nak. Ingin mendampingi mu ! Fans - fans mu itu ! Ada juga yang masih bawah umur tu bah ! Haih." nasihat wanita itu beserta dengan sedikit usikan.

"Mereka yang inginkanku tapi saya yang nda mau sama mereka bu !"

Puan Alisha terus senyum manis sejurus anaknya sudah mula kembali tenang dan mula meresponya dengan baik.

"Ya aku tahu ! Tapi suatu hari nanti kau pasti akan tersenyum lagi apabila kau sudah bertemu dengan sosok seorang jejaka yang tepat. Kesedihan mu akan segera pudar apabila JODOHMU hadir di hidupmu." Wanita tua itu terus mengelap air mata anaknya menggunakan jarinya.

"Nda bu ! Nda mau lagi ku fikirkan soal lelaki ka, cowo ka ! Nda mahu lagi ku in relationship !" respon si Tash dengan suara yang agak serak dek kuat menangis.

Puan Alisha terus gelak kecil.

"Ya aku tahu bah ! Aku tahu anak aku ini nda mudah untuk jatuh cinta kan ? Tapi apa yang aku maksudkan tadi adalah suatu hari nanti. Hari yang kita nda tahu bila. Tetapi hari dimana JODOHMU datang untuk menjemputmu menjadi isterinya. Sama - sama sahaja kita doakan yang terbaik buat mu." pujuk wanita tua itu lagi sambil memegang tangan anaknya itu.

Tash hanya diam dalam senyum tawar.

Dia terus menutup seluruh wajahnya menggunakan telapak tangannya sejurus kelibat Maira muncul secara tiba - tiba di dalam wadnya.

"Ehhh malunya aku ! Nda pasal - pasal aku menangis di depan seorang budak yang masih bawah umur ! Budak yang bernama si Maira burung MURAI !" sakat si Tash saat itu.

Maira terus mencebik..

"Eh kakak ! Bidak betul kau ni bah ! Macam lah aku nda pernah lihat kau nangis ! Kakak nda usah kau kerap labelkanku sebagai budak yang masih di bawah umur ! Nanti kang......".

"Nanti apa ?" soal si Tash yang sudah mengalihkan tangannya dari wajahnya itu.

Maira terus menghampiri sepupunya itu.

"Nanti kau BERJODOH tu dengan seorang budak yang masih di bawah umur ! Yang sebaya dengan aku, 17 tahun ! Haaa baru padan muka kau bah." bisik si Maira penuh lantang ke telinga si Tash.

Eh si Maira ni ! Dah macam bisik dah dia tu !

Habis kata - katanya kedengaran lantang di wad itu.

Puan Alisha terus gelak saat melihat gelagat anak perempuannya dan Maira.

"Ehh ! Nda juga tu bah ! Cilaka betul fikiranmu !" ujar si Tash sejurus dia lemparan bantal darinya mengenai Maira.

"Hish kakak ! Kau ni bah !"

Maira dan Tash terus saling melempar bantal di antara satu sama lain.

Dah macam tak berada di HOSPITAL pula.

Puan Alisha sedari tadi hanya tersenyum. Ya dia saat itu sudah mampu untuk tersenyum LEGA sejurus dia melihat anaknya sudah mampu untuk bergelak tawa lagi.

Kini, anaknya hanya perlu untuk MOVE ON ! Ya MOVE ON !.

DAN alhamdulillah anaknya masih boleh berfikir dengan waras dan masih mengingati akan Tuhan Yang Maha Esa.

Hal ini kerana, dia dimasukkan ke hospital adalah dek disebabkan pengambilan dos ubat tidur yang terlalu berlebihan.

Jadi anaknya itu, tidak ada niat ingin menamatkan HIDUPNYA demi lelaki BODOH itu.

Tidak perlu lagi kita sebut namanya.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro