Chapter 5 : Sebuah PENIPUAN !
Haikal dan Sofea hanya diam membisu ketika disoal oleh Tash.
Tash terus senyum sinis saat itu.
Pipi Sofea terus dia lempang dua kali.
Si Haikal juga turut dia hempuk dengan kasut tumit tingginya.
Kalau ikutkan emosinya yang sudah mengunung bak gunung Kinabalu itu, ingin sahaja dia bunuh kedua - dua manusia PENGKHIANAT itu !
Tetapi dia masih ingat akan Tuhan saat itu dan dia masih sedar akan namanya DOSA dan PAHALA.
Sofea laju memegang pipinya yang mula memerah itu dek dilempang penuh kasar oleh sahabatnya itu.
Tash terus gelak kecil saat itu.
"Ini ka benda yang kau cakap berkait dengan si Haikal ? Ini ka bah ? Korang dua buat benda haram dan terkutuk ni di malam pernikahan aku sendiri bah ! Kau nda dengar ka ? Di malam pernikahan kita Haikal ? Kau nda waras sudah ka ? Kenapa kau tergamak buat aku macam ni ! Kenapa ?" soal Tash yang mula menangis lagi.
Wajah si Haikal yang sedari tadi menunduk ke bawah terus dia renung lama.
'Dasar BERIA ! Nak sangat aku datang sini tapi ini yang aku dapat ? Aku sanggup ditimpa hujan, sanggup biarkan kaki aku melecet demi nak susul kau. Tapi ini yang aku dapat ? Sebuah PENGKHIANATAN ! Sampai hati korang kan ? Tergamak korang tikam aku dari belakang !" ujar Tash lagi yang mula menjauh dari mereka berdua.
Sofea yang masih lagi memegang tuala yang tersarung di tubuhnya sepertinya saat itu ingin menghampiri Tash yang sudah berada jauh darinya.
Sofea bingkas turun dari katil itu dan perlahan - lahan dia meluru ke arah Tash.
"Tash...Aaaaaaa... Aku minta maaf Tash ! Aku terpaksa buat semua ni Tash ! Aku tak sanggup lagi hidup dalam sebuah PENIPUAN ! Tash, kami dah tak sanggup nak tipu kau lagi Tash ! Jadi kami buat keputusan untuk tamatkan PENIPUAN ini malam ini jua ! Maafkan kami Tash." pinta si Sofea yang mula memegang tangan putih milik si Tash.
Tash hanya merenung tajam wajah Sofea.
Lantas, dalam sekelip mata die terus menepis tangan Sofea daripada memegang tangannya.
"Sebuah PENIPUAN ? Aku nda faham ? Apa maksud korang ? Nak tamatkan PENIPUAN ni ? Lagi aku nda faham ! Selama ni apa yang korang dah buat belakang aku sebenarnya hah ! Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi ! Benda ni jadi disebabkan korang dua ekor ni yang terlebih GEDIK !" hambur Tash penuh kasar sejurus dia menuding ke arah Sofea dan Haikal.
Dia terus senyum sinis sejurus Sofea mula menangis dek dilabel sebegitu olehnya.
"Eleh nak nangis bagai ! Si Sofea ni nampak sangat acah - acah nak jadi MANGSA KEADAAN !
"Beb ! Maafkan aku. Aku tak dapat lagi rahsiakan semua ini dari kau. Beb, aaaaaaa. Aku mengandung beb. Dah masuk 2 bulan usia kandungan aku." luah si Sofea penuh jujur sambil pegang perutnya.
Tash terus gelak kuat.
"Kau mengandung ? Jadi apa kaitannya dengan hal ini ? Aku nda kisah pasal kau ! Kau nak mengandung ka nak mampus ka aku sudah nda mau ambil tahu lagi ! Kau dah nda bererti dalam kamus hidup aku perempuan HINA !" respon Tash tanpa memandang wajah Sofea.
"Ya memang aku perempuan yang hina ! Tapi sehina - hina aku, aku bukan HIPOKRIT macam si Haikal yang kau agungkan sangat bak RAJA tu ! Kau perlu ambil tahu Tash ! Aku mengandungkan anak si Haikal ! Kau dengar tak ? Aku, Sofea bestie kau sekarang ni dah 2 bulan mengandungkan anak si HAIKAL !"
Sekali lagi Tash terduduk ke atas lantai.
Air matanya mula gugur lagi ke pipi.
Kali ini makin laju pula juraian air matanya yang turun membasahi pipinya.
Patutlah kebelakangan ini dia sering melihat perangai pelik si Sofea yang selalu BADMOOD. Dia juga kerap MOOD SWING !
Selama 2 bulan ini juga, wanita muda itu kerap melihat sahabatnya, Sofea yang berasal daripada negeri Utara itu sering muntah - muntah semasa mereka keluar bersama - sama.
Dalam tempoh 2 bulan itu juga, dia sudah bergelar sebagai seorang TUNANG kepada si HAIKAL ! Jadi dalam erti kata lain selama 2 bulan itu, dia ditipu hidup - hidup oleh dua orang manusia bebal itu.
Jadi dapat disimpulkan, selama ini dia lah yang BERTEPUK SEBELAH TANGAN.
Sebak sekali Tash saat itu.
Berat sekali DUGAAN yang menimpanya saat itu.
Dalam sekelip mata, majlis perkahwinannya MUSNAH begitu sahaja.
Haikal masih lagi diam tidak bersuara.
Wajah tunangnya itu, lansung tidak berani untuk dia tatap.
"Tergamak korang buat aku macam ni ! Korang dah rosakkan kepercayaan yang aku bagi selama ni ? Kenapa korang buat aku macam ni ? Apa salah aku hah ? Apa salah aku ? Jawablah BODOH !" laung Tash yang sudah mula hilang emosi saat itu.
Sofea terus pandang Haikal lama.
Haikal terus turun dari katil dan terus bersembunyi di belakang Sofea.
Pengecut sekali Haikal saat itu. Masih lagi berani nak bersembunyi di belakang si PENGKHIANAT itu.
"You......yooou.. You nda salah pun bah ! I nak minta maaf Tash ! Selama ini i yang salah ! I akan buat pengakuan sekarang ! Selama ni i nda pun sukakan you. Sedikitpun nda pernah i ada hati dengan YOU. Percintaan kita selama 5 TAHUN ini hanyalah sebuah KEPURA - KEPURA-PURAAN ! I....iiii..." ujar si Haikal yang mula terketar - ketar saat itu.
Tash terus jeling tajam ke arah si Haikal.
"Sebuah kepura - puraaan ? What the heck! Jadi selama ini kenapa kau nampak desperate sangat nak aku jadi kekasih kau ? Kau tahu kan hampir satu sekolah kita, tahu yang kau sukakan aku ! Siapa yang hebohkan ? Bukan aku tapi kau ! Kau yang hebohkan satu sekolah yang kau ada perasaan dengan aku !" Tash terus tuding jari ke arah Haikal.
Tash gelak seketika.
"Aku punyalah time tu nda mau sudah bercinta lagi ! Tapi kalau diingat balik kau yang terhegeh-hegeh time tu ! Sampaikan nda mau datang ke sekolah gara - gara aku nda mau terima cinta kau ! Dan kemain time tu si Sofy BERIA pujuk aku suruh terima kau. Eh aku nda faham lah ! Kenapa eh korang dua BERIA nak tipu aku sedangkan korang dua sendiri dah bercinta time tu ! Kenapa korang dua perlu nak bodohkan aku ?"
Sofea terus gelak kecil.
"Apa lagi yang kami nak Tash ? Mestilah sebab kami nak tumpang senang dari kau. Iya lah waktu kat sekolah dulu pun kau dah famous ! Famous di sekolah lagi dan yang paling penting kau dikagumi di laman sosial. Jadi, sebab itulah kami berdua buat macam ni. Kami hanya maukan duit kau sahaja bah ! Bukannya kami ikhlas pun dekat dengan kau selama ni ! Aku cuma nak rasa apa yang kau rasa. Eh Tash, sedarlah bodoh ! Selama ini kau nampak aku support kau kan ? Tapi tak pun ? Aku pura - pura je bodoh ! Betul kan sayang ?" soal Sofea yang mula memegang pipi si Haikal.
Tash terus berdiri kembali
Dia terus gelak kecil dan tangannya laju menepuk tangan.
Wajah Sofea dan Haikal terus dia renung lama.
Lantas, pipi Sofea dilempangnya penuh kasar.
Sofea mula tampak bengang saat itu.
Dia ingin menampar pipi Tash tetapi pipinya yang malah dilempang Tash buat kali yang ketiga itu.
Pipinya yang memerah itu terus dia pegang lama.
Haikal terus bersembunyi lagi di belakang Sofea sejurus dia merasa pipinya akan menjadi mangsa lempangan padu dari tangan Natasha itu.
"Wah bravo ! Pengecut betul kau kan Haikal. Okay fine, thanks for everything. Thank you untuk 5 tahun ni korang dah isi hidup aku dengan "KEPURA-PURAAN ! Mantap ! Sampai aku pun speechless !" ucap Tash sejurus dahi Sofea dia tolak kasar.
Haikal masih lagi bersembunyi di belakang Sofea.
Kalau ikutkan hatinya, nak sahaja dia lempang si Haikal sampai tercabut seluruh giginya.
Tapi dia masih bersabar ketika itu.
Lagipun ada batas yang menghalangnya daripada berbuat demikian.
Tash terus menghampiri Haikal yang tampak cuak itu.
Haikal terus memegang pipinya.
Ala takut lah tu.. Takut pipinya menjadi mangsa lempangan tangan padu Tash.
"Tunang kau hensem tak ? Hensem ? Dia pengecut tak ? Tak ? Hmm bidak betul !" perli Tash sejurus tubuh Haikal dia hentam dengan kasut tumit tingginya itu.
Dia terus jeling mereka berdua tajam sebelum dia beredar keluar dari situ.
Di depan pintu keluar hotel
Keadaan Tash yang sudah tidak terurus saat itu tampaknya menjadi perhatian semua khalayak yang berada di hotel itu.
Langkah Tash menjadi semakin lemah saat itu.
Dia tidak berdaya lagi untuk meneruskan langkahnya.
Sakit sekali dia saat itu.
Sakit tapi tidak berdarah memang cukup memenatkan sekali.
Kasut tumit tingginya pemberian dari Sofea sudah dia lempar ke muka Haikal sebelum dia keluar dari bilik 2901 itu.
Langkah Tash terus terhenti sejurus dirinya mula dikerumuni dengan pihak media massa yang tanpa pengetahuannya sudah sedari tadi menunggu lama di ruang lobi hotel itu.
Pancaran dari sinar cahaya kamera mula bermain - main di mata wanita muda itu.
Pihak media massa yang terdiri daripada sekumpulan wartawan itu terus tanpa henti - henti menyoal Tash.
Tash hanya mampu terdiam lama saat itu.
Air matanya, laju gugur membasahi pipi putihnya.
Dalam sekelip mata, dirinya sudah dirakam secara begitu sahaja oleh pihak media massa itu.
Dan tentunya, dia pasti dirinya akan viral di laman sosial dek kerana ditinggal nikah.
Entah siapa yang telah mengundang pihak media massa itu.
Pasti ada orang yang dengki dengannya.
Pasti insan itu ingin menghancurkan kariernya.
Tangannya hanya dia kepal sahaja. Tash hanya menundukkan wajahnya sahaja.
Sungguh, saat itu wanita yang bernama Natasha sudah tidak ada kekuatan lagi untuk berdepan dengan pihak media massa itu.
Nasib baiklah saat itu sepupunya, Maira sudah muncul jua.
Maira terus melindungi sepupunya itu.
"Please ! No camera please ! Kalau nda, saya report polis ! Mohon kerjasama dari korang." ujar Maira yang sudah mula melindungi Tash dari depan.
Saat itu Tash tidak mampu untuk berbicara lagi.
Matanya saat itu sudah mula kabur. Tubuhnya mula lemah.
Adakah ini mimpi ? Semoga ini hanya mimpi buruk yang akan berlalu nanti." desis hati kecilnya itu.
Wanita yang berusia 20 tahun itu tidak sanggup untuk menerima semua perkara yang telah terjadi kepadanya malam itu.
Terlalu pahit dan berat untuk ditanggung.
Tetapi tidak.
Ini realiti bukan MIMPI.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro