Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 4 : WEDDING of the YEAR cancel ?

Di ruang tamu

Tash terus meluru ke arah ibu dan ayahnya.

"Ibu, ayah Tash mahu mintak izin. Tash mau susul si Sofy. Boleh ka ?' pinta Tash yang sudah mula sedih saat itu.

"Tapi bah, sudah lewat malam ni. Kami nda bisa benarkan anak kami keluar malam - malam macam ni ! Lagpiun ni malam pernikahan kau Tash." larang kedua orang tuanya.

"Ibu, ayah Tash mohon ! Tash perlu susul si Sofy. Tash nda akan dapat bertenang selagi Tash nda tahu apa yang jadi pada Sofy ! Lagipun ibu, ayah sendiri dah dengar tadi kan apa yang si Sofy cakap ! Benda ni berkait dengan si Haikal ! Jadi Tash perlu tahu !" luah Tash penuh risau.

"Okay, okay tapi kami nda bisa benarkan kau drive sendiri lewat malam ni ! Aku sama ayah kau ikut juga okay ?"

"Nda usah ! Tash boleh drive sendiri ! Ibu dan ayah stay sini ! Mana tahu keluarga si Haikal datang ka sebentar lagi kan ? Jadi korang stay sini ! Biar Tash pergi sorang !" ujar Tash yang sudah meluru mencapai kunci keretanya itu.

Ibu dan ayah Tash terus mengeluh berat.

Tidak tergamak mereka berdua untuk mengizinkan anak daranya itu memandu kereta lewat - lewat malam itu.

Tetapi di satu sisi lagi, mereka juga cemas memikirkan apa yang telah terjadi pada sahabat anak mereka itu.

"Nda bisa aku benarkan kau drive sorang malam - malam buta ni. Hmm Maira, kau sudah ada lesen kan ?"

Si Maira laju mengangguk.

"Haa bagus ! Kalau macam tu kau pergi dengan si Tash ! Tash dah pergi susul si Sofy dengan sepupu kau ! Baru kami akan tenang." arah Puan Alisha merangkap ibu kepada Tash.

"Okay bu. Kalau ada pape, jangan lupa untuk call Tash ! Jom Mai !" arah si Tash yang sudah mula berlari keluar dari rumahnya itu.

Maira juga turut beredar dari situ.

Semua khalayak di situ tampak terdiam sahaja.

Mereka sendiri mula gelisah dan tidak mengerti dengan apa yang telah terjadi saat itu.

Tok kadi juga sedari tadi hanya merenung angka di jam tangannya.

Bukan apa, sebenarnya tepat jam 9.00 malam lagi dia sudah perlu singgah ke masjid kerana ada hal yang mustahak yang memerlukan kehadiran dirinya di sana.

Tepat jam 9.30 malam, Tok kadi itu terus meluru ke arah sosok orang tua Tash.

"Maaf sangat - sangat bah ! Aku perlu minta diri sekarang juga ! Aku ada hal yang mendesak !" ujar Tok Kadi itu penuh serius.

"Tapi tok. Boleh ka tunggu 5, 10 minit lagi ? Mana tahu jalan jem ka ?" pujuk si ayah Tash iaitu Encik Adrian.

Tok kadi itu terus memegang bahu Encik Adrian.

"Nda boleh bah ! Aku ada kerja yang memerlukan aku disana. Aku balik dulu !" pinta tok kadi itu sejurus dia selesai bersalam dengan Encik Adrian.

Encik Adrian dan Puan Alisha terus terduduk ke atas lantai.

Mereka juga tidak mengerti dengan apa yang telah terjadi pada malam pernikahan anak tunggalnya itu.

Di dalam kereta

Tash sedari tadi tampaknya tidak senang duduk.

Matanya dari tadi asyik merenung angka jam di skrin telefonnya itu.

Sudah masuk angka 10.00 malam tetapi kereta yang dipandu oleh sepupunya itu masih belum sampai jua ke alamat yang dikirimi oleh si Sofea.

Ini kerana saat itu cuaca kurang baik kerana hujan turun dengan lebat dan keadaan jalan raya saat itu tampaknya penuh sesak dek dipenuhi dengan kenderaan - kenderaan lain.

Tetapi kalau ikutkan, Maira hanya perlu memandu dalam anggaran masa 25 minit sahaja lagi untuk sampai ke destinasi yang mereka berdua tuju.

Tetapi dek keadaan jalan raya yang sesak itu lah telah melambatkan mereka untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Tash yang sedari tadi hanya mengigit kukunya, terus membuka pintu kereta secara tiba - tiba.

Dia terus keluar dari perut kereta Myvinya saat itu.

Maira terus tergamam dengan tindakan drastik dari sepupunya itu.

"Maira nanti bila sudah nda sesak kau susul aku. Aku nda bisa tunggu lama - lama dalam kereta ! Aku risau bah ! Aku perlu susul si Sofy ! Kau drive elok - elok eh !" pesan si Tash sebelum dia berlari sekuat yang mungkin dari situ.

Maira hanya mengeluh berat kerana belum sempat dia memberi respon, sepupunya sudah meninggalkannya keseorangan di dalam kereta.

Tash saat itu hanya mampu berlari sekuat yang mungkin.

Dia tidak peduli saat dirinya mula diperhatikan oleh segelintir penghuni di jalan raya itu yang mula perasan akan kelibatnya itu.

Lantak mereka lah nak label dia gila ke apa ! Janji dia cepat sampai ke hotel yang dimaksudkan oleh sahabatnya itu.

Habis basah kuyup baju pengantinnya yang tersarung di tubuhnya itu.

Selendang juga turut basah sama.

Mekapnya dalam sekelip mata cair begitu sahaja dek dibasahi air hujan yang turun dengan penuh lebat itu.

Habis hilang seri pengantinnya.

Entah kenapa malang sekali nasibnya saat itu.

Hampir 10 minit dia berlari dan ditimpa hujan yang penuh lebat itu, dia akhirnya laju menanggalkan kasut tumit tinggi yang juga merupakan hadiah dari Sofy sebagai hadiah perkahwinan Tash.

Dia menanggalkannya kerana kakinya saat itu sudah mula melecet.

Tanpa membuang masa dia terus berlari lagi sekuat yang mungkin supaya dia cepat sampai ke hotel itu.

Walaupun saat itu dirinya yang terpaksa menanggung kesakitan dek rasa sakit di kakinya mula terasa.

Mana tak sakit kaki dik oiii ! Berlari di atas jalan bertar dengan hanya berkaki ayam.

Hampir 30 minit berlari akhirnya, dia sampai jua di depan hotel tersebut.

Nafasnya terus menjadi turun naik ketika itu.

Dia terus tercungap-cungap saat itu.

Tanpa membuang masa dia terus meluru masuk ke dalam hotel tersebut dengan ditemani baju dress pengantinnya yang sudah habis basah lencun itu.

Di hotel

Tash terus meluru ke arah nombor bilik yang dimaksudkan oleh pengurus hotel itu sebentar tadi.

Kini dia sudah berada di depan pintu bilik yang tertera dengan nombor 2901.

Kalau nak tahu angka itu sama dengan tarikh lahirnya.

Tanpa berlengah, dia terus mengetuk pintu bilik hotel itu. Dia terus berasa kesal saat Sofea enggan membuka pintu bilik itu.

Dengan lafaz bismillah, tangannya laju membuka pintu bilik hotel yang didiami oleh sahabatnya itu menggunakan kunci hotel yang dimintanya tadi oleh pihak hotel itu.

Pada mulanya agak susah dia ingin mendapatkan kunci bilik itu, mungkin kerana atas faktor privasi pelanggan yang mendiami hotel tersebut.

Tetapi setelah dipaksanya, akhirnya hampir 10 minit dia berada di situ, pekerja hotel itu mula akur dengannya.

Mungkin kerana mereka sudah berasa kesian dengan si Tash saat itu.

Mana taknya, keadaannya dah macam orang yang kurang waras saat itu.

Atau lebih tepat seperti seorang pengantin yang meroyan dek ditinggalkan oleh bakal suami.

Tanpa menunggu lama, Tash terus meluru masuk ke dalam bilik itu tanpa dipinta oleh Sofea.

Tash terus terduduk ke atas lantai saat itu.

Tubuh kurusnya terus berasa lemah saat itu sejurus dia melihat tunangnya iaitu Haikal sedang bersandar di atas bahu sahabatya, Sofea secara berdua - duaan dengan sahabat baiknya sendiri iaitu si Sofea.

Sofea tampak terkejut dengan kehadiran si Tash. Begitu juga dengan si Haikal !

Ceh ! Nak acah bajet terkejut dah kenapa ? Bukan ke tadi si Sofea yang beria inginkan Tash datang ke situ ! Ni Tash dah datang nak acah bajet terkejut dah kenapa ! BERIA !!!

Tash terus menangis saat itu. Darah yang mengalir di kakinya hanya dibiarkan begitu sahaja.

Yang paling menyedihkan hati Natasha adalah apabila melihat Haikal dan Sofea saat itu hanya ada tuala putih sahaja yang menutupi badan mereka berdua.

Pedih sekali hati Tash saat itu. Ini terlalu menyakitkan baginya. Hatinya terasa seakan - akan dihiris dengan sembilu !

Air matanya Tash laju mengalir membasahi pipi putihnya. Dia tidak mampu menahan emosinya saat itu.

"Apa semua ni Haikal, Sofy ?" soalnya sambil merenung tajam ke arah Sofea dan Haikal yang masing - masing selamba badak buat muka tidak bersalah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro