Chapter 3 : SAD MOMENT for TASH !
Malam itu
Malam itu menunjukkan jam telah masuk angka 8.40. Upacara akad nikah Tash dan Haikal akan berlangsung selepas waktu Isyak dan saat itu sudahpun melepasi waktu solat Isyak.
Tash kelihatannya sudah siap bersolek.
Dia tampak sangat cantik saat memakai baju pengantinnya yang berwarna putih itu, sedondon pula dengan selendang putih yang tersarung kemas di kepalanya.
Tampaknya saat itu semua saudara maranya sudah berada di luar tamu.
Begitu juga dengan kawan - kawannya semuanya sudah hadir malam itu kecuali Sofea yang tidak dapat hadir malam itu.
Mereka semua sudah pun berada di ruang tamu semata - mata untuk menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki dan keluarga pihak lelaki tersebut.
Tash juga tampak setia menunggu ketibaan tunangnya, Haikal saat itu.
Dia sudah berada di ruang tamu ditemani dengan ibunya di sebelah.
Tash tampak gugup saat itu.
Mana tak gugupnya, malam itu dia akan berpisah dengan keluarganya dan dia juga akan sah bergelar isteri kepada Haikal, tunangnya.
Dapat dilihat Tok kadi juga sudah turut tiba saat itu.
Kini hanya menanti ketibaan pihak pengantin lelaki dan rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.
Hampir satu jam menunggu, kini jam telah menunjukkan tepat angka 9.00 malam.
Kini seluruh keluarga si Tash sudah mula tidak senang duduk dek kelibat rombongannya pengantin lelaki dan sosok pengantin lelaki yang tidak muncul - muncul jua.
Tetapi yang lebih meresahkan adalah si Tash sendiri.
Dia daritadi sudah mula overthinking.
Hampir 50 kali dia menelefon Haikal tetapi terus masuk ke voice mail.
Sama juga dengan pihak keluarga si pengantin lelaki.
Tiap kali ditelefon, terus masuk ke peti suara.
Maira selaku sepupu Tash merangkap kawan baik si Tash terus menenangkan Tash yang mula kelihatan gelisah saat itu.
Patutnya malam itu sepupunya gembira, ini tak gelisah bagai.
Mana tak gelisah di malam itu sepatutnya dia sudah sah menjadi isteri kepada Haikal tetapi lain pula yang jadi.
Apa yang tak kena dengan si Haikal ni ?
Tash sedari tadi hanya mengigit kukunya.
Tindakannya itu melambangkan dirinya yang sudah berada dalam kegelisahan.
Dia cuma risau kalau - kalau sesuatu perkara yang buruk menimpa kepada keluarga Haikal dan Haikal.
Mata Tash terus tertumpu ke arah skrin telefonnya sejurus nama "Sofea Bestie 🤪" mula tertera di skrin telefonnya itu.
Panggilan dari Sofea hanya direnung lama.
Entah kenapa Sofea menelefonnya di saat hatinya sedang dilanda perasaan overthinking.
Eh lupa nak habaq ! Si Sofea tidak dapat datang malam itu kerana ada kerja katanya. Jadi awal jam 8.40 malam lagi dia telah memberitahu Tash melalui mesej Whatsapp.
Tanpa membuang masa, Tash terus menerima panggilan dari Sofea.
Dek kerana gelisah, dia terus tertekan pembesar suara.
"Tash. Tash kau kena tolong aku Tash ! A....aaaku.... Aku perlulah kau Tash ! Tolong aku." rayu si Sofea yang tampaknya sudah menangis ketika itu di talian.
"Sofy kau dah kenapa ? Sofy kau okay ka ? Kenapa macam nda okay ni ? Asal kau nangis bah ! Sofy, Sofy, sorry aku nda bisa datang bah ! Kau tahu kan malam ni aku nikah ! Jadi nda bisa ku datang !" respon si Tash yang mula cemas saat itu.
Dia juga mula risau akan Sofea dek kerana mendengar suara serak Sofea.
Dia tahu Sofea sudah menangis saat itu.
"Tash ! Tash ! Aku tak okay ni ! Tolong aku Tash ! Aku mohon !" rengek si Sofea di talian.
"Nda okay ? Kenapa kau nda okay bah ? Apa yang dah jadi dengan kau ni ? Kau kat mana sekarang !" soal Tash lagi mula cemas.
"Aku....... Nanti aku share location aku ! Tapi aku mohon better kau datang sini sekarang ! Benda ni berkait dengan tunang kau, Haikal ! Dah better kau datang sini !"
Dengar sahaja nama Haikal dari mulut sahabatnya itu, telefonnya terus drastik terlepas dari tangannya dan jatuh tumpas je ke atas karpet rumahnya.
Nasib baik jatuh dekat atas karpet kan readers ? Kalau tak naya iphone si Tash kalau jatuh di atas lantai ! Kalau tak melayang nyawa iphone si Tash. Eh Hahaha !!!
Mata si Tash mula berkaca saat itu.
Dia tidak mahu memberi respon apa.
Maira, sepupunya juga turut terkejut.
Begitu juga dengan semua khalayak yang berada di ruang tamu itu.
Entah apa yang telah terjadi ketika itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro