Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 2 : YEAY TASH nak nikah !

Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Di dalam bilik

Saat itu rumah Tash sudah dipenuhi dengan kerumunan saudara maranya.

Saudara belah ibu dan ayahnya, semuanya turut hadir di situ.

Hampir semua kawan rapatnya juga turut hadir saat itu, termasuklah sahabatnya sendiri iaitu Sofea yang sebaya dengannya dan juga sudah berkerja sebagai seorang setiausaha di office yang terletak di Sabah.

Mana taknya, Tash kan anak tunggal jadi wajarlah majlis perkahwinan itu patut dilabel sebagai wedding of the year.

Ceh !!!! Hahaha ! Mengalahkan artis ! Tapi itulah faktanya, lagipun perkahwinan kan sekali seumur hidup jadi wajarlah disambut sesempurna yang mungkin lebih - lebih lagi kalau anak tunggal.

Tetapi adakah keluarga Tash akan juga mengundang pihak media massa sejurus majlis perkahwinan anak tunggalnya itu berlangsungnya ?

Jawapannya adalah TIDAK !!! Walaupun si Tash adalah seorang novelis yang terkenal di laman sosial, tetap sahaja dia berkeras tidak mahu adanya kehadiran pihak media massa.

Katanya, itu adalah privasi hidupnya yang dia ingin jaga sepenuhnya. Sedikit pun dia tidak ingin adanya kehadiran pihak media massa.

Jadi disebabkan itulah, keluarganya tidak mengundang pihak media massa.

Okay terjawab sudah kan ? Anda faham ? Komen jika faham ! Hahaha.

Okay lanjut !

Malam itu

Malam itu merupakan malam berinai bagi Tash dan juga merupakan malam yang sangat istimewa bagi wanita muda itu.

Dia saat itu sedang memakai inai.

Tampaknya saat itu ukiran inai di tangannya sudah hampir siap diukir oleh sahabatnya sendiri, iaitu Sofea.

Sebenarnya, Tash sedikit pun tidak ingin menyusahkan si Sofea tetapi si Sofea sendiri yang berkeras ingin memakainya inai.

Dia tidak mahu inai itu diukir oleh orang lain.

Mungkin kerana Tash adalah sahabatnya yang paling rapat dengannya.

Mungkin ukiran inai itu tanda persahabatan mereka yang telah terjalin hampir 5 tahun itu.

Tash hanya senyum bahagia apabila melihat ukiran inai di tangannya sudah hampir selesai.

Sofea saat itu tampak teliti sekali mengukir inai di tangan sahabatnya itu.

"Beb, thank you tahu sudi datang sini malam ni ! Padahal aku tahu kerja kau berlambak dekat office tu ! Thank you beb ! Sayang kau bah !" ucap Tash yang terselit sedikit loghat Sabahnya.

Sofea hanya senyum manis saat itu.

Dia masih lagi menyambung kerjanya.

"Okay done ! Hehe ! Tak sangka kan. Si Tash yang asyik sibuk dengan karyanya yang akan kahwin dulu ! Dulu sama - sama kita single ! Tapi sekarang aku sorang je yang single !" keluh Sofea tampak sedih.

Tash terus gelak kecil.

"Alolo ! Comel lah kau ni bah. Sofy, even malam esok aku dah kahwin pun, aku nda akan lupakan kau bah ! Kau bestfriend aku. Tetap tersemat di hati aku." luah Tash penuh jujur sambil matanya asyik terpegun melihat ukiran inai di tangannya.

Wah power betul ukiran inai hasil tangan dari seorang insan yang bernama Sofea itu.

Sampai si Tash boleh terpegun dan terpukau tu.

Sofea terus senyum tawar.

"Alah nak merajuk la tu. Nda usah bah. Merajukmu itu bidak (buruk) betul !" sakat si Tash sambil sengih.

"Ceh ! Kurang asam punya bestie ! Mukaku yang kemain comel macam artis Korea ni dikatanya bidak ! Ini bukan bidak tapi ni terlebih segak bah !" respon si Sofea sambil membetulkan selendang yang tersarung di kepala sahabatnya itu.

Baik kan si Sofea ? Sampai selendang si Tash pun sempat dia betulkan walhal ketika itu dia leka menyakat sahabatnya itu.

Tash terus gelak besar.

"Bahasa apa tu ? Nda ku ngerti bah ! Btw sekarang ni siapa yang Sabah siapa yang utara ? Dah macam nda ngam ni bah !" soal si Tash.

"Hello Tash ! Aku tetap darah utagha tahu ! Tu terkeluar bahasa Sabah disebabkan kau ! Hahaha weh nak peluk ! Esok dah tak boleh nak peluk dah !" ujar si Sofea yang mula tampak sedih.

"Bidak betul kau ! Nda usah nangis Sofy ! Nda bisa ku pelukmu. Tangan aku inainya belum kering ni ! Ala nda dapat dipeluk pun ndapa Sofy. Aku tetap sayang kau. Nda tipu ni." luah si Tash sambil tunjuk tangannya ke arah Sofea.

Betul lah ukiran inai di tangannya masih belum kering.

"Pandai kau pujuk hati aku. Betul ni kau tak tipu ?" soal si Sofea lagi.

"Yaa. Aku nda tipu ni. Tapi kau orang yang ke 1000 lah tersemat di hati aku kerana orang yang pertama adalah si Haikal !" sakat si Tash yang mula senyum menampakkan lesung pipitnya yang dalam.

"Ceh ! Sempat lagi nak heret nama Haikal sekali !" respon si Sofea sambil jeling si Tash tajam.

"Mestilah ! Encik TUNANG aku ni !"

Perbualan mereka berdua terus terhenti di situ sejurus Tash mula menerima panggilan video dari tunangnya, Haikal.

Eleh si Haikal ni mesti tak sabar nak tengok bakal isterinya itu. Maklumlah cantik ya amat.

Sumandak kan tu !

Sofea hanya memerhati sahaja gelagat sahabatnya yang tampak bahagia itu berbual dengan tunangnya melalui vc.

Sofea hanya senyum tawar sahaja saat itu.

Pagi itu

Jam sudah menunjukkan hampir angka 10.00 pagi.

Lagi 30 minit je lagi waktu rehat akan berlangsung bagi semua pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah menengah itu.

Di dalam kelas 5 Alpha, tampaknya semua penghuninya sudah tampak tertib.

Hahaha mana tak tertibnya, kerana di dalam kelas itu sudah adanya guru Math yang amat ditakuti oleh sebahagian pelajar di kelas itu.

Guru Math yang dipanggil Cikgu Alia itu memang cukup dikenali sebagai guru matematik yang paling garang di sekolah itu.

Oleh itu, nampak sahaja muka Cikgu Alia pasti ada sahaja pelajar yang akan cuak.

Yang lebih cuak lagi, sampai ada pelajar yang pengsan dek melihat wajah Cikgu Alia walhal belum lagi Cikgu Alia membuka bicara.

HAHAHA !!!

Cikgu Alia saat itu tampak teliti memeriksa latihan yang diberikan kepada penghuni kelas 5 Alpha itu.

Sampai sahaja di meja yang paling terakhir di dalam kelas itu, dia terus merenung tajam sosok pemilik meja itu.

Dia mula bengang saat itu.

Mana tak bengang, boleh pula si pelajar lelaki satu ini boleh selamba tidur di atas meja.

Lantas meja itu terus wanita itu tepuk kasar.

Tepukannya yang kuat itu terus mengejutkan si pemilik meja tersebut daripada tidurnya yang lena.

Si pemilik meja tersebut terus senyum sinis saat itu.

"Hehehe ! Ingat ada gempa tadi ! Eh rupa - rupanya ada Cikgu Alia yang cantik menawan ini rupanya." sakat si pemilik meja tersebut.

Tak lain dan tak bukan si pemilik meja tersebut adalah si Amirul Amir.

"Eh awak ni Amir ! Sempat lagi nak mengayat cikgu eh ! Dah buka buku latihan awak. Cikgu nak tengok latihan yang semalam ! Siap ke tak ?" arah Cikgu Alia penuh serius.

Amir terus senyum manis.

Rambutnya dia sentuh seketika.

Kawan semejanya iaitu si Ikram sempat gelak kuat saat itu.

Dia yakin Amir pasti tidak menyiapkan latihan itu sepenuhnya kerana dia tahu hampir 4 jam si Amir hanya bermain Ome Tv.

Jadi pasti si Amir tidak menyiapkan latihan yang diberikan oleh Cikgu Alia itu.

"No problem cikgu cantik ! Silakan dicheck !" respon Amir bangga diri sejurus buku latihannya mula dia buka.

Hampir semua mata pelajar yang berada di dalam kelas itu terlopong dek melihat isi buku latihan itu.

Mata mereka terlopong kerana mereka semua terkejut dengan apa yang dilihat oleh mereka.

Ternyata si instafamous Amir sudah pun kembali ke pangkal jalan.

Ini kerana sebelum ini, semasa mereka berdua bergelar sebagai pelajar tingkatan 4, Amir tidak pernah menyiapkan sebarang latihan yang diberikan oleh semua guru yang mengajarnya.

Dan mereka juga menjadi saksi si Amir didenda berkali - kali oleh semua pihak guru.

Dendanya pula bukan kaleng - kaleng ya guys.

Denda lari ke padang sekolah hampir 50 kali pun boleh jadi kalau berdepan dengan perangai malas si Amirul Amir.

Harapkan saja rupanya yang kacak tapi perangainya pula terlajak MALAS !

Si instafamous yang terlajak MALAS ! Itulah si Amirul Amir ! Hahaha. Done author mengutuk si watak utama ! Hehe ! Okay lanjut !

Tetapi kali ini lain pula jadinya, si Amir ini sudah tidak sesat lagi.

Mungkin kerana sudah bergelar sebagai seorang yang tingkatan 5 yang hanya beberapa bulan sahaja lagi akan menduduki peperiksaan SPM.

Mungkin kerana soal itu, si kacak Amir sudah mula insaf. HAHAHA!

Memandai - memandai je tekaan si penghuni kelas 5 Alpha itu.

Teruk sangat kot si Amir ni dulu.

Mata Cikgu Alia juga turut terlopong saat itu.

"Ini betul ke Amirul Amir, pelajar cikgu ? Ke ada jin yang merasuki tubuh awak ? Atau ada benda lain yang merasuki tubuh awak hah ?" soal Cikgu Alia seakan - akan tidak percaya.

Amir sempat gelak kecil.

"Eh kesitu pula cikgu cantik ni. Cikgu cantik, this is 2022. Masih lagi percaya dengan ajaran yang sesat tu. Saya Amir lah. Si Amirul Amir yang 💯 kacak ! Apa yang pelik, manusia boleh berubah. Saya sudah kembali ke pangkal jalan jadi cikgu boleh belanja saya McD eh ?" sakat si Amir sejurus dia mula kenyit sebelah matanya.

Dia masih lagi terlebih bangga diri dengan melabelnya sebagai si kacak Amirul Amir. Cie bangga diri kau ya Amir. Kacak ke kau ? Tapi memang kacak pun kan ? Kalau tak kacak, takdenya berlambak dari pengikutnya - pengikutnya di laman sosial itu rata - ratanya adalah dari golongan para gadis. Hahaha !

Cikgu Alia terus senyum sinis.

"Tak habis - habis nak mengayat saya ! Awak ingat saya cair ke Amir ! Okay dah ! Tutup kes ! Semua pelajar kelas ni, awak dah boleh keluar rehat okay ? Waktu mengajar saya dah habis." arah Cikgu Alia sejurus melihat jam di tangannya.

"Eleh cikgu cantik ! Kalau tak cair kenapa pipi cikgu cantik dah merah ? Cair lah tu kan ?" sakat Amir lagi sambil senyum manis.

Dia dan rakan semejanya sempat gelak kuat.

"Dahlah mengarut je korang dua ni ! Tutup kes okay. Btw tahniah sebab untuk kali yang pertama awak siapkan latihan yang saya bagi !".

"Sama - sama cikgu cantik". respon si Ikram bangga diri walhal bukan dirinya yang dipuji.

"Eh Ikram ! Saya tak puji awak ! Sebelum habis waktu belajar nanti, saya nak awak cuci kelas ni ! Ada faham !" arahnya Cikgu Alia lantang sudah berlalu ke depan kelas.

"Eh kenapa pula Cikgu ? Bukan ke saya puji cikgu juga ?" soal Ikram tidak puas hati.

Amir hanya gelak sahaja. Tak lama selepas itu, dia kembali menyambung tidurnya kembali di atas meja.

"Puji tak puji ! Ada saya suruh awak puji saya ? Siapa suruh awak tak siapkan latihan saya suruh buat ? Dah ! Saya nak keluar dulu ! Jom baca doa sebelum kita semua keluar dari kelas !" arah Cikgu Alia sambil matanya jeling tajam ke arah Ikram yang mula tampak kesal saat itu.

Ikram terus sengih nampak gigi saat itu.

Secara drastik, Ikram terus nampak cuak sejurus melihat jelingan tajam dari Cikgu Alia itu.

Seperti biasa, Cikgu Alia tetap segarang singa.

Tidak akan pernah lembut.

Eh tapi kenapa Cikgu Alia boleh tercair dengan ayat manis si kacak Amir ? Hahaha !

Hahaha ! Lupakah ! Biasalah tu si Amir memang suka mengayat.

Dia dan mengayat tidak akan boleh dipisahkan.

Disebabkan itulah, adakalanya dia digelar sebagai raja Ome Tv ! Hahaha cehh!

Ini kerana remaja lelaki yang baru berusia 17 tahun itu memang selalu menjadi buaya darat di Ome Tv. Dia suka mencairkan hati para gadis dengan ketampanan wajahnya itu.

Dan sekali dia senyum, pasti wajah si para gadis di laman sosial terutamanya di Ome Tv pasti akan memerah dek cair dengannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro