Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 17 : Approve or block ?

Amir terus melompat di atas katil berulangkali sejurus dia mula mengetahuinya username Instagram bidadarinya itu.

Itu pun berkat kuasa fans - fans  sejatinya itu. Tanpa mereka semua, siapalah Amir kan ? Hahahaha.

Wah bahagia sekali dia saat itu.

Lantas, dia terus menaip username bidadarinya itu.

Matanya terus terlopong besar ketika itu.

"Wah ! Famous betul bidadari aku ni. Fuh 2 million followers do ! Tapi berbaloi lah followers dia sampai 2 m sebab dia pun cukup pakej." puji Amir yang sedari tadi hanya merenung lama skrin iphonenya itu.

Sedari tadi dia asyik berfikir sama ada dia ingin mengikuti akaun "Tashluv" itu atau tidak.

Kemudian, dia terus mengelamun lama.

Bukan apa, dia cuma risau kalau - kalau dia follow akaun tersebut, ada kemungkinan akaun miliknya akan disekat nanti. Dah sah - sah akaun Instagram Amir itu, gambar profilnya adalah gambarnya sendiri.

Hehe selflove kan Amir ? Mantap lah Amir, tak pernah nak rasa INSECURE walaupun tak pernah post gambar sendiri di feed ig. Yang banyak, tentulah gambar si Boy.

Aih ! Amir - Amir !

Ini kerana, setahunya bidadarinya itu yang sudah diketahui namanya sebagai "Tash" amat bencikan dia. Buktinya, apabila terserempak dekat Ome Tv pun, Amir turut diskipnya.

Setampan - tampan Amir pun diskip, apalagi korang kan ? Hahaha gurau.
.

Ye ke benci Amir ? HAHAHA.

Lamunan Amir terus terhenti sejurus kepalanya mula dihempuk dengan bantal  oleh seseorang.

Tak lain dan tak bukan seseorang itu adalah si Boy yang muncul secara tiba-tiba.

Aih ada je si Boy ni kan ?

Lantas, Amir terus hempuk Boy pula.

"Weh bro, asal kau mengelamun semacam ni ? Broken ?" soal Boy yang mula bersandar di birai katil Amir.

"Broken kau ! Takda maknanya aku nak broken. Girl friend pun takde. Dosa pun tak dapat." perli Amir sambil senyum sinis.

Boy terus jeling Amir tajam.

Dia mula bermain game Pubg ketika itu.

Malas dia hendak melayan si Amir.

Tangan Amir laju menghidupkan laptopnya.

Lantas, jarinya laju menaip sesuatu di Google.

Dia terus senyum manis sejurus menatap lama di skrin laptopnya itu.

"Weh bro, jangan lupa follow akaun fake aku dekat ig." arah Amir yang mula angkat sebelah keningnya saat itu.

Boy terus tergaman ketika itu.

"Seriuslah Amirul Amir pun ada fake account ? Betul ke ni Amir ? Awak ni anak Encik Amri ke ? Cakap cepat sebelum saya panggil ustaz." soal Boy seakan - akan tidak percaya saat itu.

Amir terus gelak besar.

"Kuat drama je kau ni ! Ya aku tahu, memang nampak pelik kan,  sampai aku nak kena buat akaun fake bagai."

"Tapi bro, demi "JODOH AMIR" apapun aku sanggup. Fake akaun pun aku sanggup buat apatah lagi untuk rentas lautan api." luah Amir jujur sambil sengih.

Boy terus garu kepalanya yang tidak berasa gatal .

"Tapi aku tak faham. Kenapa sampai nak kena create akaun fake ? Guna je la ig original kau ! Lagi gempak pasti bidadari kau tu followback ! Ye lah followers kau boleh tahan gempak juga." soal Boy yang mula keliru.

Amir terus tepuk bahu Boy berulang kali.

"Tak boleh. Kalau tak last - last haribulan naya ig original aku ni kena block, yang paling sedih buatnya dia report akaun  ig original aku macam mana ?  So aku taknak ambil risiko. Dah lah jangan cakap banyak follow je. Aku dah follow kau." arah Amir lagi yang masih menatap skrin iphonenya itu.

Boy terus gelak.

"LoyaltyTashReaders". ucap Boy sebelum dia mula gelak besar.

"Dah kenapa pelik semacam username fake akaun kau ni bro ? Sejak bila kau suka membaca ? Memang fake betul ni. Ni bukan akaun je fake tapi dengan owner sekali fake. Haih Amir, Amir." keluh si Boy yang masih lagi gelak.

"Suka hati aku la ! Yang tu kita tolak tepi. Tapi sekarang ni aku risau. Kot - kot request ig fake aku, dia tak approvekan macam mana ? Naya aku mat." luah Amir yang masih menatap skrin iphonenya itu.

Tak lain dan tak bukan, saat itu dia hanya setia menunggu notification masuk yang mengatakan "Tashluv" telah meluluskan akaun anda untuk mengikutinya" itu muncul di skrin iphonenya.

"La, bidadari kau punya akaun private ? Bukan ke kau kata dia famous mat ? Asal dia private ? Selalunya kan influencer ni dia takkan privatekan akaun ig diorang weh. Iya lah makin banyak followers, makin banyak boleh buat income mat dengan paid review sana sini." luah si Boy pula.

Dahi si Boy terus dijentik Amir kasar.

"Ek eleh ! Tu hak dia. Tak kiralah dia influencer ke or orang biasa ke, dah kalau dia nak privatekan tu hak dia. Soal tu aku tak kisah sangat. Dah dia ni sejenis seekor burung merpati yang sukar untuk didekati. Ciee. So matching la dengan aku." respon Amir.

Boy terus jeling Amir tajam.

Dia mula menyambung kembali permainannya itu yang terhenti disebabkan oleh Amir.

Jam di skrin iphonenya terus ditatap lama.

Angka jam menunjukkan sudah hampir masuk jam 3 petang.

"Weh bro nanti dah habis game kau, main Ome Tv eh ? Kalau jumpa bidadari aku, terus kejutkan aku. Kalau aku tak bangun juga kau simbah air je okay ?" arah Amir penuh serius.

Boy terus sengih nampak gigi.

"Simbah air panas ke ? Kalau simbah air panas aku on." sakat si Boy yang mula gelak besar itu.

"Banyaklah kau punya air panas. Tak payah nak gedik sangat rosakkan wajah tampan aku ni. Dah lah putera raja nak beradu dulu. Kejut tu !" arah Amir lantang sebelum dia mula terlelap.

Boy terus geleng kepala.

"Cepat betul si singa ni terlelap. Aih kuat betul penangan "JODOH AMIR" ni sampaikan Amir yang dah macam singa pun boleh cair." perli si Boy lantang.

"Eh nak kutuk pun agak - agaklah ! Aku masih belum terlelap sepenuhnya. Lain kali kalau buat kerja bagi clean !" respon suara Amir yang sudah dalam keadaan mamai ketika itu walhal matanya masih tertutup.

Boy terus senyum tawar.

"Hehehe. Sorry bro. Okay goodnight bro." ucap si Boy yang mula cuak itu.

Tak sampai 5 minit, lelaki muda itu terus terlelap sepenuhnya.

Sementara si Boy pula, tampaknya sudah mula bermain Ome Tv itu.

Amir pula masih lagi dibuai mimpi indah.

Mimpikan si Tash ke Amir ? Hahahaha.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro