Chapter 15 : Kawan aku ni singa !
Tanpa menunggu lama, Amir terus angkat kaki dari biliknya itu.
Tetapi dia juga turut meninggalkan iphonenya di meja gamingnya itu.
Wah, pelik ? Selalunya pergi - pergi mana je, pasti remaja lelaki itu akan selalu membawa iphonenya itu.
Tak pernah sekalipun dia berenggang dengan iphonenya itu, melainkan kalau tengah solat dan tengah ke tandas tu memang dia akan berenggang juga dengan iphonenya itu.
Bagus kan Amir ?
Dia tampaknya sudah mengatur langkah menuju ke ruang makan.
Dia terus melabuhkan punggung ke atas kerusi sejurus dia mula nampak kelibat mamanya sedang menghidangkan juadah yang dimasaknya ke atas meja makan itu.
Oh kalau nak tahu, mama Amir itu tidak bekerja.
Sebaliknya, wanita itu memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuhnya.
Hal ini kerana, atas dasar faktor dari papa Amir juga.
Papa Amir iaitu, Encik Amri yang bekerja sebagai seorang pegawai polis itu memang melarang keras isterinya daripada bekerja juga.
Ini kerana, katanya biarlah dia seorang sahaja yang bertungkus-lumus mencari duit untuk menyara keluarga.
Biarpun terpaksa bergelumang dengan penat lelah yang tak terkira.
Demi keluarganya itu, apapun Encik Amri sanggup.
Amir terus mencebik sejurus kelibat Boy muncul di situ secara tiba - tiba.
Tiada angin tiada ribut.
Boy yang sudah sengih nampak gigi itu terus bersalam dengan mama kawannya itu sebelum dia melabuhkan punggung ke atas kerusi di sebelah Amir.
"Aku dah agak dah kau ni. Kalau bab makanan laju sampai sini kau. Tup - tup mama aku masak ayam masak merah malam ni, sepantas kilat eh kau datang !" perli Amir sambil jeling tajam.
"Hehe. Chill la bro ! Bukan apa bau masakan mama ni terlalu kuat sampaikan ia mengoda aku untuk menyempat ke sini. Lagipun rezeki jangan ditolak. Makan free kot." respon Boy selamba yang susah sedari lama juga menyapa mama Amir sebagai "mama" juga.
Lagipun si Boy tu dah macam adik Amir juga, dan dia memang sudah diterima baik oleh keluarga Amirul Amir itu.
"Haish, Amir ni apa lah. Takpalah Boy. Jemput lah makan dulu kalau dah lapar sangat tu. Jangan malu - malu." pelawa mama Amir lembut sambil hulur sebuah pinggan ke arah Boy.
Boy terus mengambil pinggan tersebut laju.
"Takpe ma, kita makan sama - sama lah. Singa ni pun belum makan lagi, takkanlah Boy yang seperti seekor kancil ni dah menjamu selera dulu ! Nanti DINGAP oleh singa ni." ujar Boy sambil tunjuk ke arah Amir yang sedang leka daritadi memandang ke arah pintu masuk rumahnya.
Entah apa yang diperhatikannya itu.
"Siapa singa hah ?" tanya Amir sejurus dia mula menoleh kembali ke arah Boy yang berada di sebelahnya itu.
"Siapa lagi, kalau bukan Amirul Amir bin Amri." sampuk satu suara yang amat dikenali oleh mereka bertiga itu.
Amir bingkas turun dari kerusi yang didudukinya itu dan dia terus meluru ke arah pintu masuk rumahnya.
Lantas, Amir terus menyalami tangan papanya itu yang baru sahaja pulang ke rumah.
Begitu juga dengan mamanya, yang turut menyalami tangan suaminya usai anak tunggal mereka turut berbuat demikian.
Begitu juga dengan si Boy yang turut berbuat hal yang sama.
"Jom lah makan pa. Kitorang semua pun belum makan. Tunggu papa balik." ajak Amir ramah sambil mereka berempat mengatur langkah ke meja makan semula.
"Korang makan dulu okay, papa nak pergi simpan beg kerja papa ni dulu." tolak Encik Amri lembut.
Lantas, beg kerja di tangan papanya itu terus diambil oleh Amir.
'Takpe pa, biar Amir je yang simpan beg kerja papa. Papa duduklah dulu." ujar Amir yang mula membantu papanya untuk melabuhkan punggung ke atas kerusi itu.
Sayang betul Amir pada papanya itu.
Sampai diperlakukan papanya seolah - olah papanya adalah seperti seorang RAJA.
Bagus kan ? Inilah yang kita mahukan dari seorang anak kepada orang tuanya.
Berbakti kepada kedua orang tua.
Mama Amir dan Papa Amir terus senyum manis sejurus Amir mula berlari menaiki anak 12 mata anak tangga itu menuju ke bilik papanya itu.
Tak sampai 5 minit, kelibat Amir muncul lagi di ruang makan itu.
Dia terus melabuhkan punggung di sebelah kawannya, Boy.
Kemudian, lelaki muda itu mula bangun lagi.
Dia terus menuangkan nasi putih ke dalam pinggan papa dan mamanya itu walaupun tanpa disuruh pun oleh mereka berdua.
Tangan Amir juga laju mengurangkan lauk yang dimasak oleh mamanya itu ke dalam pinggan orang tuanya itu.
Dia terus senyum sejurus di pinggan kedua orang tuanya itu sudah ada isi. Terisi dengan nasi putih dan lauk - pauk.
Boy terus sengih nampak gigi ke arah Amir yang sudah ingin duduk semula saat itu.
"Bakpo ? Nak suruh aku hidangkan nasi buat kau juga eh ?" soal Amir yang sudah memberi respon dengan diseliti sedikit loghat "Kelantannya" itu.
Boy terus angguk laju.
Lantas bahu Boy terus ditepuk kasar oleh Amir.
"In your dream ! Lainlah kalau kau ni "JODOH AMIR" !." ujar Amir spontan yang mula menghidangkan nasi buatnya.
"Eleh ! Cakap je malas do !" respon Boy pendek.
Boy terus mencebik. Dia juga mula menghidangkan nasi buat dirinya sendiri.
"Hmm, hmm ! Jodoh Amir apa pula ni ?" soal Encik Amri sedikit tegas.
Setahunya, anak tunggalnya itu sudah sepenuhnya "SINGLE".
Dan status anak tunggalnya itu lah yang telah melegakan hatinya sebagai seorang ayah.
Dia hanya mahu anak bujangnya itu mula FOKUS kepada peperiksaan SPM yang akan dia hadapi hujung tahun itu.
Tang mana pula tetiba - tiba keluar topik "JODOH AMIR" ni.
Amir yang sudah mula menguis - guis nasinya itu terus senyum.
"Jodoh Amir. Jodoh yang akan mewarnai hidup Amir nanti papa. Hehehe. Makan - makan pa." sakat Amir sambil sengih nampak gigi.
"Jangan cakap pada papa yang Amir nak GETBACK balik dengan si Sa...."
"No papa, no. Tiada istilah GETBACK dalam kamus hidup anak bujang papa ni. So no need to worries. Makan pa." pelawa Amir lagi penuh sopan.
Encik Amri terus senyum dan kembali menyambung menjamu selera.
Sesekali mereka berborak. Sesekali Amir dan Boy ajak gelak besar.
Aih meriah betul diorang walaupun ketika menjamu selera.
Haa lupa nak habaq sat. Cakap soal iphone Amir yang hanya ditinggalkan di bilik itu, sememangnya sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki muda itu.
Tiap kali, Amir akan berkumpul dengan keluarga kecilnya itu, baik makan bersama ataupun borak santai - santai yang melibatkan keluarganya pasti lelaki itu akan meninggalkan iphonenya di bilik.
Bukan apa, dia cuma risau nanti gara - gara iphonenya, keluarganya akan turut tempiasnya.
Terkena tempias macam mana ?
Amir ni, kalau korang nak tahu bila dia dah berkepit dengan telefonnya, memang susah untuk dia kuatkan dirinya "berenggang" dengan benda alah itu.
Ceh Amir ni ! Bukan main ! Dah macam perempuan pula. Hahaha.
Jadi disebabkan itulah, dia sudah terbiasa untuk meninggalkan telefonnya di bilik supaya nanti tidak ada insan yang akan diabaikan olehnya.
Bagus kan Amir ?
Memang calon suami idaman betul kan ? Hahaha.
"Ni boy datang ni, mesti korang ada nak keluar mana - mana kan ?" soal Encik Amri sejurus dia selesai mengisi perut.
"Yap, betul la tu pa. Apalagi futsal lah !" respon Amir dan Boy secara serentak.
"Dah agak dah papa. Jam berapa Mir ? Haa, homework tu dah buat ke belum ? Futsal, futsal juga Amir, Boy ! Tapi homework jangan lupa." pesan Encik Amri serius.
"Dah siap dah pa. Macam biasa jam 12 pagi tapi ni si Boy datang awal. Lepak main game Pubg dulu la lepasni ! Ni haa, si Boy ni belum siap. Kan Boy ?" Amir juga sudah selesai makan saat itu.
"Ha'aa papa. Lepas makan ni nak suruh Amir tolong ajarkan homework Math hehe." respon si Boy yang masih lagi makan itu.
Bahu Amir terus ditepuk dua kali oleh lelaki separuh tua itu.
"Haa bagus lah tu Amir. Sama - sama bangkit dengan Boy. Nanti dah habis belajar boleh jadi po.."
"POLIS ! Okay inspektor !" respon Amir dan Boy serentak sambil angkat tangan.
Kedua - dua orang tua Amir itu terus gelak.
Terhibur dengan karenah Amir dan Boy itu.
Ada saja gelagatnya.
Jam sudah menunjukkan hampir masuk angka 11.00 malam.
Amir dan Boy terus keluar dari rumah sejurus mereka berdua bersalam dengan Encik Amir dan Puan Alia itu.
Amir yang sudah berada di atas motosikalnya itu mula menghidupkan enjin motosikalnya itu.
Tampaknya, dia saat itu hanya menunggu Boy yang masih mengikat tali kasutnya.
Motor yang dibonceng Amir terus beredar dari situ sejurus Boy sudah berada di belakang Amir.
Macam biasa, si Boy hanya menjadi tetamu VVIP. Hahahaha. Tak lah gurau.
Seperti biasa, si Boy masih setia memegang takhtanya sebagai penumpang yang dibonceng oleh pemandu peribadinya, Amirul Amir.
Eh bukan main ! Hahaha.
Di luar gelanggang futsal
Amir dan Boy tampaknya sudah mula sampai di luar gelanggang futsal itu.
Jam sudah menunjukkan hampir masuk angka 11.40 malam saat itu.
Lagi 20 minit mereka berdua akan memulakan permainan futsal itu.
"Tudia bro ! Awek cantik mana pula kali ni do ?" soal Boy sejurus dia mula notice akan wallpaper baru di skrin kunci iphone kawannya itu.
Amir terus senyum sejurus dia mula renung kembali ke arah skrin iphonenya itu.
"JODOH AMIR !" responnya pendek sambil kenyit mata ke arah Boy.
"Eiii geli aku !" respon si Boy.
"Chill la do ! Aku kenyit mata ni bukan untuk kau tapi untuk si cantik ni. Dah tidur ke dia eh ? Perlu ke aku call dia, wish GOODNIGHT ? Or perlu ke sleepcall terus ?" sakat Amir sengaja saat itu.
Dia terus gelak besar sejurus melihat reaksi di wajah Boy yang sudah masam seperti cuka itu.
Sejurus itu, Amir terus meneguk air mineral dek kerongkongnya yang mula berasa dahaga saat itu.
Usai itu, dia kembali iphonenya sahaja sementara menunggu jam masuk angka 12.00 pagi.
Botol air yang berada di pegangan tangan Amir terus terlepas ke atas lantai sejurus kelibat Sarah muncul di depannya itu secara tiba - tiba.
Si Boy yang leka makan biskut saat itu terus terlopong.
Seketika dia menggelengkan kepalanya laju.
"Perang lagi jawabnya ! Dah tahu kawan aku ni singa haih still lagi nak menggedik ! Tahu kan, mana ada singa nak cair ? Lambat lagi la !" kutuk si Boy dalam hati.
Eh Boy menyempat lagi kau ya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro