Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 14 : Mama mertua awak !

Mama terus gelak kecil.

Bahu Amir terus ditepuknya berulang kali.

"Eh budak bertuah ni ! Memandai - mandai je. Ada hati nak berangan jadi ayah eh ? Awak tu, SPM pun tak lepas lagi Amir oiiiii." tegur mama Amir yang masih lagi senyum ke arah Tash di skrin pcnya.

"Laa ! Budak bawah umur lagi rupanya. Dia ni sebaya si Mai lah."desis hati kecil Tash.

Amir terus mencebik.

"Eh mama, kenapa kantoikan dekat sini. Awak." panggil Amir lagi. Tetapi kalini lebih lembut.

Tash yang terlihat penuh kekok saat itu hanya mengangguk laju sejurus disapa lagi oleh lelaki muda itu.

"Awak, cantik kan bidadari saya ni ?" tanya Amir pula sambil tunjuk ke arah wajah mamanya itu.

Tash terus senyum manis.

"Yes, cantik sangat aunty. Saya pun INSECURE dengan kecantikan aunty." puji Tash jujur.

Amir terus gelak kecil.

"Tengok tu mama. Bakal menantu mama yang dah terlebih cantik sangat ni pun INSECURE dengan kecantikan mama. Apalagi kalau Amir. Lagi lah Amir INSECURE." sakat Amir sambil tatap mata mamanya lama.

Lantas, bahu Amir sekali lagi menjadi mangsa tepukan dari mamanya itu.

"Dah kenapa Amir nak INSECURE pula ? Haih budak ni, lama - lama makin pelik perangai dia."

Tash hanya menjadi pemerhati sahaja. Dia hanya memerhati lama gelagat ibu dan anak itu. Tidak mahu dia menyampuk saat itu.

Nanti dilabel sebagai "kurang beradab dan kurang ajar" pula dengan orang yang lebih tua darinya.

"Mama. Amir bukan INSECURE dengan kecantikan mama. Tapi Amir INSECURE dengan ketampanan papa. Jadi matching lah dengan si cantik ni. Kan awak ?" luah Amir yang mula tunjuk lagi ke arah Tash.

Tash diam seketika. Mungkin dia kurang faham dengan apa yang disampaikan oleh lelaki muda itu.

"Hah, matching ?" soal Tash yang mula bersuara.

"Matching lah, sebagai JODOH AMIR. Awak yang dah terlebih cantik ni pun boleh INSECURE dengan kecantikan mama mertua awak, apalagi saya yang dah terlalu kacak ni boleh pula INSECURE dengan ayah mertua awak. Jadi kita matching !" respon Amir sambil angkat sebelah keningnya.

Tash hanya senyum tawar sahaja.

Sedari tadi, mama Amir hanya mengukir senyuman sahaja sejurus melihat gelagat anak tunggalnya itu.

"Eh taknaklah mama lama - lama dekat sini. Mama dah bersara daripada jadi NYAMUK. Boraklah dulu dengan anak aunty ya. Aunty nak ke dapur jap." ujar mama Amir penuh lembut sebelum dia beredar dari bilik anaknya itu.

Kini, hanya tinggal mereka berdua sahaja.

Rasa kekok Tash terus menghilang sejurus kelibat ibu remaja lelaki itu mula hilang dari pandangan mata.

Tash terus jeling Amir tajam.

"Oh jeling eh. Tadi masa ada mama mertua, kemain senyum. Sekarang ni nak jeling - jelingkan saya pula." ujar Amir yang mula senyum sinis.

"Suka hati aku lah. Dahlah malas aku layan kau bah." respon Tash penuh kesal.

"Awak." panggil Amir lagi usai dia menatap la lama skrin iphonenya itu.

Mungkin ada mesej kot.

"Yes, ada apa ? Nak makan penampar ?" soal Tash kasar.

Amir terus laju geleng.

"Awak, cuba awak buang kacamata awak kejap. Tak lama kejap je." pinta Amir yang mula serius.

"Hah ? Kenapa pula ? Nda nampak mata ku ini kalau aku buang kacamata ni." ujar Tash jujur yang mula pegang kacamatanya.

"Ala, kejap je awak. Saya pun dah buang kacamata ni." pinta Amir lagi yang sudah tidak memakai kacamatanya lagi.

Tash terus akur sahaja dengan kehendak lelaki muda itu.

Dia segera menanggalkan kacamatanya itu.

"Okay, good ! Cuba awak sengih nampak gigi. Sengih macam saya ni." arah Amir lagi yang tangannya masih setia memegang iphonenya itu.

"Dah kenapa pula nak sengih ? Nda mau aku bah. Nda cantik kalau aku sengih." tolak Tash laju.

"Awak ni. Tak baik tahu. Kalau senyum tu dah satu sedekah apatah lagi kalau sengih. Lagi dapat pahala." ujar si Amir lagi tanpa ada rasa kekok.

"Lagipun cantik apa kalau awak sengih. Awak ni, semua ciptaan Allah tu cantik dan indah. Tak perlu dinafikan lagi." ucap Amir lagi.

"Okay fine ! Okay dah !" Tash mula sengih nampak gigi.

Hahahaa ! Kesian Tash, kena paksa dengan si Amir.

Lantas, laju tangan Amir menangkap gambar bidadarinya itu berulang - kali.

Tash terus tampak kesal sejurus melihat tindakan drastik dari lelaki muda itu.

Amir terus gelak kecil usai dia mengambil gambar "bidadarinya" itu.

"Thank you awak." ucap Amir penuh ikhlas tetapi kali ini matanya leka memandang ke arah skrin iphonenya itu.

"Sudahlah kau. Nda mau sudah aku layan kau ni. Aku sibuk !" ujar Tash yang sudah hilang mood saat itu.

"Ala, awak ni. Tunggulah sat. Saya nak tunjuk something dekat awak ni. Jap eh. Jangan skip awak sebab nanti entah bila lah pula kita boleh terjumpa. Jadi, jangan sia - siakan peluang keemasan ini !" ujar Amir yang masih lagi leka bermain iphonenya itu.

Entah apa yang dimainkannya itu.

Tash terus mencapai iphonenya juga saat itu.

Dia sudah mula kesal dan bosan.

Eleh Tash, cakaplah dah bosan dek diabaikan lelaki muda itu yang sedari tadi leka bermain telefon. Hahaha.

Amir terus menatap kembali wajah bidadarinya itu setelah hampir 5 minit dia berehat dari menatap wajah gadis itu.

Ceh sempat kau kira eh Amir ? Angau betul dah kau ni dik. Hehehehe.

Sebaliknya, saat itu si Tash pula yang leka bermain dengan telefonnya itu.

"Awak. Pandang sini jap." arah Amir lembut.

"Nda mau aku."

"Ala, awak kali ni je. Lepas tu saya dah takkan abaikan awak. Tadi tu saya terabai hehe." sakat Amir.

"Apa ?" marah Tash yang mula memandang kembali ke arah wajah lelaki muda itu di skrin pcnya.

"Hi awak. Bidadariku dan bakal ibu kepada anak - anak Amirul Amir, tengok ni." ujar Amir manis sambil tunjuk ke arah latar belakang di skrin kunci iphonenya itu.

Mata Tash terus terlopong saat itu.

"Cantik kan editan saya. Nampak macam real ! Awak, starting from this night saya takkan tukar wallpaper ni. Foto ni merupakan sebuah anugerah terindah buat diri saya. Saya tak tipu ni." luah Amir yang masih lagi senyum manis.

"Kalau nak wallpaper ni, bak sini no awak. Dengan selaju kilat dan petir daya akan send terus sampai ke hati awak." sakat Amir sambil angkat sebelah keningnya.

Tash masih lagi terkejut saat itu.

Amir pula yang masih lagi menunjukkan ke arah wallpaper di skrin kunci iphonenya itu hanya senyum lama. Dia hanya menanti respon dari bidadarinya itu.

"Laa, diskipnya aku." keluh Amir.

Tetapi saat itu dia masih lagi mampu untuk mengukir senyuman.

Matanya masih lagi fokus memandang ke arah skrin iphonenya itu.

Terpegun dengan editan diri sendiri ke bang ?

Aasudah ! Amir ! Amir ! Alright tak alright ni !

Kemudian, tak lama selepas itu dahinya yang tidak bersalah mula ditepuknya penuh kasar.

"Amirul Amir ! Banyaklah kau punya "JODOH AMIR" tapi nama dia pun kau lupa nak tanya ! Itulah banyak sangat kau buat hal Amir ! Kang mendapat tu !" kutuknya pada dirinya sendiri.

Di bilik Tash

"Eh bila masa pula budak ni sempat nak edit gambar aku dengan dia pula ? Dahlah dedua tengah sengih macam kerang busuk !" keluh Tash yang sudah mula baring ke atas katil.

"Tapi, cantik juga eh dia edit tu. Kreatif betul budak bawah umur tu." puji hati kecil Tash.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro