Chapter 11 : Nampak PARASIT tak ?
Bahu si Boy terus ditepuk laju oleh Amir.
"Weh Boy ! Kau tak bau something ke ? Busuk sangat dah ni ! Tak tahan rasanya." perli Amir yang mula menutup hidungnya saat itu.
Si Boy yang mula keliru saat itu terus menggangguk laju.
"Busuknya lah ? Bau apa busuk sangat ni ! Boy, aku rasa macam ada PARASIT lah kat sini ! Sebabtu bau dia kuat sangat ni ! Kau rasa macam mana ?"
Si Boy yang pada mulanya tampak blur saat itu mula membuka mulut sejurus tangannya disiku oleh Amir.
"Ha'aa lah do. Aku pun rasa macam ni bau PARASIT." respon si Boy pendek sambil melihat reaksi di wajah Sarah yang mula tampak bengang dan kesal.
"Tu lah kan ! Aih sampai kat sini pun boleh datang eh PARASIT ni ! Boy kau rasa apa kita patut buat sekarang ?" soal Amir sambil pegang bahu si Boy.
"Apa lagi do ? Beli makanan lah ! Perut aku dah lapar ni !" respon si Boy sambil tunjuk ke arah perutnya.
Amir terus jeling Boy tajam.
"Kau ni ! Bodoh tu simpan sikit do ! Hmm Boy jom lah masuk kelas ! Aku dah tak boleh nak tahan hidu bau busuk ni. Eiiiii teramat busuk !" ujar si Amir yang mula berdiri saat itu.
"Tapii......."
Si Boy terus sengih nampak gigi sejurus Amir mula angkat sebelah keningnya.
"Tapi kita singgah koperasi kejap eh ? Beli roti ke nak isi perut ! Hehe." cadang si Boy yang betul - betul lapar saat itu.
"Orite ni problem ! Demi kawan aku ni, apa pun aku sanggup ! Dah jom lah ! Nanti lama - lama kat sini, tak pasal - pasal pula ada sarang tebuan pecah kat sini nanti !" perli Amir lagi sejurus dia mula mengatur langkah untuk beredar dari situ.
Boy juga turut ikut sama.
"Amirul Amir ! Jangan palau i ! We need to talk !"
Langkah Amir terus terhenti sejurus namanya disapa dari belakang.
Dia terus gelak kecil.
Bahu si Boy terus dia tepuk.
"Weh bro, tadi ada orang panggil nama aku eh ? Rasa macam ada orang panggil tapi bila aku toleh ke belakang takde pun ! Kau rasa macam mana ?" perli Amir lagi tanpa menoleh ke belakang pun.
Boy terus garu kepalanya.
"Eh bukan kaleng - kaleng anak polis ni.. Sekali dia perli, rasa sakitnya tak dapat diluahkan ! Sakit tapi tak berdarah. Aku pula yang seram dengan perangai member aku ni." keluh si Boy di dalam hati.
Boy terus sengih.
"Mungkin hantu kot do ! Dah lah jom lah kita pergi koperasi ! Aku lapar !"
"Haa'aa ye lah tu ! Dah jom." respon si Amir yang mula angkat kaki dari situ.
Si Boy juga sama.
Sarah terus jeling sahaja kelibat Amir yang mula lesap dari pandangan matanya itu.
"Berat sangat ke mulut kau ? Nak wish birthday aku pun kemain susah !" keluh Sarah saat itu yang mula kesal.
Eh Sarah ni ! Apalagi yang kau nak dik oiii ! Dah Amir taknak ! So jangan jadi BERIA ! Nanti orang label PERIA pula. Sepahit PERIA !
Opss ! Author terkutuk pula si Sarah. Hehehe !
Tanpa menunggu lama, dia juga turut angkat kaki dari situ. Mungkin bengang kerana diabaikan oleh bekas kekasihnya itu.
3 hari kemudian
Masuk sahaja dalam biliknya, Tash terus melompat naik ke atas katilnya.
Rindu betul dia untuk tidur di atas katil yang nikmat itu.
Eh itu yang dirindui si Tash ni. Hahaha.
Akhirnya setelah hampir seminggu dia ditahan di wadnya, hari itu, dan detik itu dia dibenarkan pulang jua ke rumahnya.
Dia mula bersandar di birai katil.
Dia mula senyum sinis sejurus peristiwa yang telah terjadi di luar wadnya sebelum dia pulang ke rumah.
Bukan apa, dia sebenarnya puas hati.
Akhirnya, pada hari itu dia dapat melepaskan segala kemarahan dan kesedihan yang terpendam di lubuk hatinya.
Peristiwa tadi mula bermain - main di fikirannya.
Tash terus keluar dari wad yang didiaminya hampir selama seminggu itu.
Dia terus tiada mood sejurus melihat di luar wadnya sudah dikerumuni dengan para wartawan yang sudah tampak setia menunggu kedatangannya.
Ceh macam dah tunggu permaisuri pula.
Tash terus menghampiri mereka semua yang sudah mula merakam video sebaik sahaja Tash keluar dari wadnya.
Saat itu, Tash tampak anggun sekali dengan hanya mengenakan baju hoodie hitam, sedondon dengan seluar loose yang juga berwarna hitam.
Seperti biasa, wanita yang masih muda itu selesa memakai selendang yang berwarna cerah di kepalanya.
Rata - ratanya wartawan yang tergolong daripada kaum Adam itu tampaknya mula diam sejenak dan mereka sedari tadi asyik tidak henti - henti menatap mata Natasha.
Mungkin kerana terpegun dengan kecantikan wanita muda yang bermata sepet itu.
"Eh korang ni nak wawancara ke nak mengorat ?" tegur salah seorang wartawan perempuan yang berada di situ.
Kesemua wartawan lelaki itu terus tersenyum lebar.
Mereka berlima mula tersipu malu.
Ciee ! Ada - ada je diorang ni ! Fokus weh ! Focus ! Jangan tak FOKUS !!!
Tash hanya merenung tajam saat itu.
"Hmm ! Hmm ! Korang nak wawancara saya ke ?" soalnya mula membuka bicara sejurus melihat kesemua wartawan itu hanya diam membisu.
Kesemua wartawan tersebut terus mengangguk laju.
Tash terus menepuk tangan saat kelibat Haikal dan Sofea muncul di situ secara tiba - tiba tanpa diundang.
Haikal dan Sofea mula tebalkan muka untuk menghampiri Tash yang sedari tadi hanya merenung mereka berdua lama.
"PARASIT dah datang bah ! Cilaka betul. Ndapa bolehlah juga korang temu ramah mereka berdua !" ucap Tash penuh kasar sambil tuding jari ke arah si Sofea dan si Haikal yang hanya menunduk wajah mereka.
Mungkin malu.
Eh kalau malu kenapa datang juga ? Nampak sangat tak malu ! Orang dah taknak, mereka yang beria ! Jangan beria sangat ! Nanti pahit macam PERIA !!!
Kesemua wartawan itu mula merakam video dan mengambil gambar lagi.
"Bah, i nda minta maaf sama you. I tahu selama ni i yang salah. Selama 5 tahun ni, i pura - pura sukakan you. I confess dekat you yang i dah jatuh hati dekat you even i tak pernah suka you pun. Selama 5 tahun ni juga, dalam diam i bercinta dengan si Sofy ! Selama ni memang i mengaku yang i ikut semua telunjuk Sofy. Sofy suruh i pura - pura sukakan you, i buat. Sofy suruh i pikat you, i buat juga sampailah kita dua sampai ke tahap ni sekarang !"
Haikal terus mengeluh berat sejurus pipinya ditampar kasar oleh Sofea yang mula bengang saat itu.
Tash hanya senyum sinis sahaja saat itu.
Dia hanya memerhati sahaja gelagat bodoh kedua - dua pasangan itu.
"Eh Haikal ! Asal kau bodoh sangat ni huh ? Yang kau pergi bagitahu semua ni dekat sini tu dah kenapa ? Kau ni memang saja nak cari NAHAS lah. Habis lah kita nanti kena buli dekat media sosial ! Eh sakai lah kau ni ! Kau dah lupa ke motif utama kenapa kita pi sini ? Hah dah lupa ke BODOH ?" laung si Sofea lantang sambil jeling tajam ke arah Haikal mula menundukan wajahnya itu.
"Ya i tak lupa Sofy. I tahu dan i masih ingat lagi motif utama kita datang sini. Kita datang sini sebab kita nak pura - pura insaf akan kesilapan bodoh kita depan Tash ! Tapi hakikatnya, kita tak pernah insaf pun ! Kita sanggup pura - pura insaf semata - mata demi bolot harta Tash kan ? I ingat semua tu. You tak perlu nak ingatkan i lagi dah !" Haikal terus tutup mulutnya sejurus dia sedar yang dia telah terlepas cakap.
Tash terus gelak kecil.
Aih satu - persatu kejahatan manusia PALSU itu telah terbongkar. Itupun terciduk oleh mereka berdua sendiri.
Sofea mula menjadi semakin bengang saat itu.
Dia terus pura - pura ingin pitam saat itu kerana dia sudah berasa malu dengan gelagat mereka yang sedari tadi dirakam oleh PERSATUAN WARTAWAN itu.
Haikal laju menahan tubuh Sofea daripada jatuh ke atas lantai.
Lantas, perut Sofea yang mula tampak membesar itu, disentuhnya lembut.
"You okay kan ? Anak kita kat dalam perut ni okay kan ?"
"Anak ? Jadi Cik Sofea sekarang ni tengah mengandungkan anak Encik Haikal ?" Soalan itu mula ditanya bertalu - talu oleh kesemua PERSATUAN WARTAWAN ketika itu.
Sofea terus mencengkam lengan Haikal sekuat - kuat yang mungkin saat itu kerana gara - gara si Haikal lah aib mereka berdua mula tersebar ke pihak media.
"Eh you ni ! Sakit lah ! Yang you nak marah - marah ni dah kenapa bah ? Memang you pregnant pun kan, you pregnantkan anak i !" ujar si Haikal tegas.
Sofea terus tutup wajahnya saat itu kerana dia mula berasa malu.
Lain yang disuruhnya, lain pula yang Haikal buat.
Tak pasal - pasal mulut si Haikal, habis kantoi segala rancangan jahat mereka berdua selama ini.
"Laa patutlah wedding of the YEAR cik Tash cancel ! Hmm, encik tunang dengan sahabat baik sendiri tikam dari belakang ! Fuh sakit tak berdarah tak tu ? Aih, apa punya SAHABAT lah !" kutuk salah seorang wartawan wanita yang masih lagi melakukan rakaman saat itu.
Tash yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati sahaja terus menepuk tangan.
"Wah bravo ! Mantap kali bah ! Aku nda ada cakap apa pun lagi tapi dah mulut korang sendiri yang bagi kantoikan semua ni. Jadi aku sudah nda perlu klarifikasi lagi lah. Reporter semua pun dah rakam dah pun. So, kira settle lah ni kan ? Hmm, kalau macam tu aku nak balik dulu. Nda ada mood sudah nak mau mengadap muka dua PARASIT ni !" hambur Tash yang mula ingin beredar dari situ.
Dia terus laju menepis tangan Sofea yang mula memegang tangannya saat itu.
"Eh perempuan sengal ! Jangan berani nak pegang - pegang aku eh ! Kau ni beruntung tahu. Nasib baik kau tengah ada isi dalam perut tu, kalau nda sudah lama aku tendang perut kau tu bah ! Cilaka betul ! Dahlah cilaka, bidak pula tu !" maki Tash lantang.
Dia terus senyum sinis sejurus Sofea mula menangis.
Ceh ratu drama sudah kembali berdrama !
"Menangis lah kau dengan air mata palsu mu itu ! Pihak media tolong handle dua beruk ni eh ! Saya balik dulu !" sapa Tash lembut sambil senyum manis.
Haikal terus menyekat laluan Tash sejurus dia melihat tangisan Sofea yang makin esak itu.
"Hmm, i.iiiiiii... I datang sini sebab i dah sedar akan kesilapan i. Boleh ke you bagi i peluang kedua bah ? Jom kita mulakan semula relationship kita bah ! I nak kahwin dengan you. You pun mesti nak kahwin dengan i kan ? You still sayang i kan Tash ?" ujar Haikal yang mula merayu.
Eh tak malu betul lah si Haikal ni. Dahlah time tu ada PERSATUAN WARTAWAN !! Kang dah mendapat si Haikal ni.
Nanti habislah kau Haikal, menjadi mangsa buli siber di laman sosial.
Tu lah, siapa yang suruh kau pergi menjolok sarang tebuan.
Tash terus senyum sinis saat itu.
Wajah Haikal dan wajah Sofea terus dia jeling lama.
"Cilaka betul kau ni. Pihak media sendiri dah dengar sekarang ni siapa yang salah dan siapa yang mangsa !!! Jadi nda perlu lagi ku klarifikasi ! Dah terang lagi bersuluh dahtu bah ! Nanti esok, tolong cepat sikit keluarkan statement eh. Tolong keluarkan berita tentang perangai licik dua PARASIT ni ! Jijik aku !" hambur si Tash pedas.
Haikal hanya diam saat dimaki oleh bekas tunangnya itu.
Tash terus gelak kecil sejurus dia mula mendapat idea jahat saat itu.
Sebelum dia balik, lebih baik dia mengerjakan sedikit kedua - dua pasangan beruk yang dilabelnya itu.
Kebetulan pula, saat itu salah seorang daripada pihak wartawan sedang memegang sebotol air Coca - Cola di tangannya.
"Hmm awak, saya nak beli air tu boleh ? Sekali dengan sebotol sos tomato tu juga." pinta Tash sopan sejurus melihat di situ juga ada seorang wartawan yang memegang botol yang berisi sos tomato itu.
Hahahaha lawak kan ? Ada juga Persatuan Wartawan yang melucukan.
Fikir positif gais ! Mungkin diorang ada buat makan - makan ke ? Ataupun tak sempat nak makan ramai - ramai sampaikan mendesak ingin bawa botol sos di waktu bekerja itu.
Ahh lantaklah ! Janji Tash dapat puaskan hatinya.
"Tak perlu beli Tash. Saya bagi free ja."
"Ha'aa saya pun. Ambil je sos ni ! Free of charge pretty !"
"Thank you. Korang memang baik bah." sapa Tash lembut.
Lantas, dia terus membuka penutup botol air tersebut.
Tanpa menunggu lama, dia terus mencurahkan sedikit demi sedikit aliran air tersebut ke atas kepala Haikal.
Sofea terus tergamam sejurus melihat tindakan drastik dari Tash.
Dia ingin membantu Haikal yang mula dibuli oleh Tash ketika itu, tetapi dia terus menjerit kesakitan sejurus rambutnya mula ditarik kasar oleh wanita muda itu.
Tangan kiri Tash saat itu rancak menarik rambut si Sofea dan tangan kanannya pula lebih rancak mencurahkan kesemua air Coca - Cola itu ke atas kepala si Haikal yang tampak pasrah itu.
"Ini balasannya sebab selama 5 tahun ini, korang dah perbodohkan aku ! Mantap kali bah ! Lepas ni aku nda mau sudah tengok muka kau dua orang ni ! Nda ada mood aku ! Hmm and satu lagi, ni baru sikit tahu. Kalau tak dah lama aku hentam kau dua ni lunyai - lunyai dan bagi makan pada burung gagak !" tutur Tash sejurus dia mula laju menolak tubuh Haikal jatuh ke atas lantai.
Tetapi berbeza dengan si Sofea.
Dia masih lagi menarik rambut Sofea.
Semakin saat, tarikan di rambut Sofea semakin dia kuatkan.
"Ini balasannya sebab kau dah putuskan hubungan persahabatan kita !"
Si Sofea terus memegang rambutnya yang sudah mula berasa sakit itu dek ditarik kasar oleh Tash tadi.
Kemudian, tangannya laju membuka penutup botol sos tomato tersebut.
Dia terus senyum sinis sejurus Haikal mula bersembunyi di belakang Sofea.
"Bah, i tahu you tengah marah kan kami. Tapi tolong jangan tuang tu sos atas kepala i. Kalau you nak tuang sangat, tuang je atas kepala Sofy !" ujar Haikal yang mula cuak.
"Apa ni Haikal !" marah Sofea.
Tash terus gelak.
"Aih lelaki ni, kau ni lelaki ka pundan ni ? Sepatutnya, kau nda perlu rasa takut kalau kau ni betul - betul lelaki sejati. Kau patutnya lindungi cinta hati kau, bukannya kau sakiti dia macam gini ! Aih ! Nda siuk (seronok) la kau ni bah. Nda pantas dipanggil lelaki. Bodoh betul !" maki Tash saat kesal melihat sikap pengecut si Haikal.
Tanpa menunggu masa lama, dia terus laju menuangkan kesemua sos tersebut ke atas kepala Sofea dan Haikal.
Hahahaha ! Kesian dekat Haikal. Kena juga dia !
"Eh kau ni dah lebih perempuan sengal !" marah Sofea yang mula menuding jari ke arah Tash.
Tash terus merenung wajah Haikal dan Sofea lama.
"Lebih pun, peduli apa aku bah ! Btw, kau dua belum makan pelempang aku kan ?" tanya Tash ke arah kedua - dua pasangan itu.
Haikal terus memegang pipinya yang mula terasa sakit dek penumbuk padu dari Tash hinggap ke pipinya.
Apabila, dia nampak sahaja sekali lagi Tash ingin melempangnya pula, dia terus bergegas bersembunyi lagi di belakang Sofea yang masih menangis ketika itu.
"Huh ! Kau ni nama je jantan ! Tapi LEMAH ! Dah lah aku BLA dulu ! Pihak media tolong handle eh dua PARASIT ni ! Pastikan diorang masuk dalam kandang ! Nda usah bagi diorang masuk dalam ZOO nanti nda pasal - pasal pula kena ngap dengan Harimau !" perli Tash padu.
Dia terus angkat kaki dari situ dengan senyuman yang terukir di bibirnya itu sejurus pipi Sofea juga turut dia lempang.
Kini, dia sudah mula mampu menarik nafas lega.
Dia mula merasa lega kerana beban di hatinya sudah dapat dia lepaskan sedikit demi sedikit.
Sofea saat itu hanya memegang wajahnya yang mula terasa pedih dan sakit.
Haikal pula macam biasa hanya menundukkan wajahnya ke bawah.
Gelagat mereka berdua sedari tadi asyik dirakam oleh PERSATUAN WARTAWAN yang sangat bersemangat waja dan BERSIAP SIAGA itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro