Chapter 10 : Apa Sarah nak ?
Di kantin
Amir terus melabuhkan punggung ke atas kerusi sejurus dia dan Boy tiba di kantin.
Saat itu, mereka berdua ingin mengisi perut yang sedari pagi tadi sudah mula berkeroncong itu.
Si Boy yang tampaknya ingin duduk juga, terus disiku oleh Amir laju.
"Woi kau dah pahal bro ! Nak menyiku aku pula !" marah si Boy sambil jeling Amir yang mula gelak kecil itu.
"Kau tu yang pahal ? Kata nak isi perut, so pergilah beli makanan dulu ke. Duduk tu sat lagi boleh ! Aku lapar ni ! Pergi lah !" arah si Amir sambil tuding ke arah ruangan yang sudah tersedia pelbagai makanan.
Tapi tampaknya agak sesak juga ya. Sesak dipenuhi oleh kerumunan khalayak di situ yang tentunya juga ingin membeli makanan dan juadah sebagai alas perut mereka.
Hal ini kerana, saat itu adakah merupakan waktu rehat bagi kesemua pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.
"Iya iyalah bro ! Aku tahulah kau tengah lapar sekarang ni tapi bro, ramai sangat tu bebudak tengah beratur. Jap lagi aku pi bila dah tak ramai orang." respon si Boy sejurus dia mula duduk di sebelah kawannya itu.
Amir tidak memberi respon terhadap kata - kata dari kawannya itu.
Dia sedari tadi sedang membetulkan rambutnya.
Padahal kalau nak kata rambutnya mula kusut masai itu, tak juga. Elok dan kemas je rambutnya.
Bahu Amir terus ditepuk oleh si Boy laju.
"Weh bro, awat mata hang dah macam seekor panda ! Hang dak tidur ka semalam ?" soal si Boy yang mula terkeluar loghat utaranya itu.
"Ha'aa ! Aku tidur je bongok ! Tapi dalam setengah jam macam tu lah ! Aku kan buat live semalam tu ! Hampir satu jam setengah jugak lah !" terang si Amir.
Si Boy terus gelak besar.
"Tu lah siapa yang suruh kau gedik buat live ? Dahlah semalam birthday ex kau do ! Kang dah mendapat dengan mata panda macam ni ! Terus hilang rupa !" kutuk si Boy penuh senang.
Amboi si Boy ni !
Amir terus tunjuk penumbuknya.
"Hotak kau ngek ! Demi nak selamatkan SAMSUNG kau lah aku sanggup kena serang dengan persatuan NETIZEN semalam ! Aih tak reti nak berterima kasih dekat aku ke ?" keluh si Amir pendek.
Si Boy terus gelak lagi.
"Hehehe thank you do ! Aku gurau je lah weh ! Disebabkan kau lah, SAMSUNG aku dapat diselamatkan. Yang paling penting, kau tahu tak starting dari pagi tadi followers aku makin naik lah ! Mungkin sebab diorang dah hilang minat dekat kau sebab tu diorang start follow IG aku ! Iya lah tak dapat dinafikan, aku ni sememangnya lelaki idaman kaum hawa. Kacak pun kacak ! Sekarang ni dah 10 k yang follow." luah remaja lelaki itu bangga diri.
Si Boy juga mula angkat bakul sendiri.
Amir terus senyum sinis.
"Banyaklah kau punya lelaki idaman kaum hawa tu ! Good for you lah, kalau followers kau naik. Btw, SAMSUNG kau masih dalam keadaan KOMA ke ICU ?"
Si Boy terus menjadi blur dan keliru sejurus soalan tersebut diajukan kepadanya.
Amir terus gelak besar.
Terhibur dia dengan karenah kawannya itu.
"Tak payah nak blur sangat ! Maksud aku, bebudak tu dah tak serang ig kau kan ?"
"Ha'aa bagus lah tu ! Maknanya SAMSUNG kau sekarang ni dah boleh masuk wad biasa sebab dia dah melepasi tahap KOMA dan ICU ! Nanti petang, kita dua pergi melawat SAMSUNG kau dekat hospital okay !" sakat si Amir sambil buat simbol terbaik.
Si Boy terus senyum sinis.
Soalan itu diajukan kepadanya, tetapi baru sahaja mulutnya ingin berbicara terus dipotong laju oleh kawannya itu.
La ghisau dengan si Amir ni. Dia yang tanya soalan, dia yang jawab. Macam persis sama dengan fans - fans fanatik #AmirSarah ! Iya lah Amir yang putus cinta, diorang yang PANAS. Tapi si Amir tak panas pula sebab terlajak selesa ditemani AIRCOND !!! Hahaha mantap kali !
Eh Boy sempat lagi kau nak mengutuk member kau ya.
Tu pun kutuk dalam hati. HAHAHA.
Lagipun sekarang ini dia mula menjadi keliru lagi dengan respon dari kawannya, si Amir itu.
"Dah kenapa nak pergi hospital pula ? SAMSUNG aku tu bukan manusia nak kena rawat bagai. La ghisau aku dengan kau ni. Ghisau ! Love Yourself ! Btw, kau tak makan ubat lagi eh ? Sebab tu dah macam terencat sekarang ni do ?" soal si Boy sambil gelak kecil.
Sempat lagi dia mengutuk si Amir.
Bahu si Boy terus ditolak kasar oleh Amir.
"La tiber ! Kau yang makin meresahkan dan tampak merisaukan sekarang ni ! Ngek, aku cuma bagi contoh je. Tu pun tak faham ! Lembab sangat ni dah pahal ? Tak rilek lah kau ni." hambur si Amir sambil matanya sesekali mengerling ke arah ruangan pembelian makanan yang tampaknya masih ramai dihuni oleh penghuni - penghuninya itu.
Si Boy terus sengih kerana dia mula mengerti dengan pertanyaan dari kawannya itu.
Dia terus garu kepalanya yang saat itu tidak berasa gatal pun. Hahaha.
"Lembab - lembab jangan main do ! Aku pantang ni !" ujar si Boy sambil tunjuk penumbuknya itu sejurus tangannya mula dikepal lama.
"Pahal ? Nak gaduh ? Boleh je ! Kat padang sekolah nanti jom gaduh. Siapa yang lunyai dulu dia lah yang kalah." pelawa Amir sambil angkat sebelah keningnya.
Si Boy terus buat muka meraih simpati.
"Tak mahu aku do ! Belum pape lagi aku dah akan kalah ! Tak berani aku nak bergaduh dengan Amirul Amir, pemegang tali pinggang merah Taekwondo dan merangkap anak lelaki kepada seorang pegawai polis yang amat digeruni oleh ramai orang. Tak mahu cari masalah aku. Aku masih nak hidup lama lagi. Nikah pun belum lagi do ! So jangan cari pasal Ikram !"
Amir terus gelak besar.
Terhibur dia dengan perangai masuk air si Boy.
Tak pernah tak masuk air.
Eleh Amir, cakap orang dia pun sama.
Sama - sama masuk air !
"Bongok lah ! Kesitu pula kau ni do ! Dahtu, tadi apa yang kau nak cakap ?"
Bahu Amir terus dipegang lama oleh si Boy.
"Marilah kita sama - sama menjadi lembap ! Biar lembap di mata orang tapi tetap NOOB di MATCH PUBG !"
Amir terus ketawa terbahak-bahak ketika.
"Ngek ! Bodoh tu simpan sikit do !" ujar mereka berdua secara serentak.
Kemudian, si Boy pula mula ketawa terbahak-bahak.
Gelak tawa si Boy terus terpadam sejurus kelibat Sarah muncul di situ secara tiba - tiba.
Saat itu, Amir lagi masih lagi leka memandang sekilas ke arah ruangan yang tertulis "nasi goreng" itu. Bukan apa sedari tadi, dia sudah mula terliur dan mengidam untuk menjamu selera dengan sepinggan nasi goreng itu.
La ghisau ! Lama - lama makin ghisau dengan remaja lelaki yang berusia 17 tahun itu.
Hahahaha.
"Hmm, hmm." tutur si Sarah setelah mula menyedari Amir masih lagi tidak sedar akan kehadirannya itu.
Muka Amir terus berubah secara drastik sejurus dia mula menyedari kehadiran si Sarah yang saat itu yang tanpa rasa malu dan segan menatap matanya lama.
Si Boy yang berada di sebelah Amir, hanya diam membisu.
Sebaiknya, dia mendiamkan dirinya sahaja. Bukan apa, dia tidak ingin mencampuri urusan peribadi kawannya itu.
Amir terus mengepal tangannya. Wajah Sarah yang masih setia mengukirkan senyuman itu, terus dia jeling lama.
Entah apa yang akan terjadi saat itu.
"Perempuan gedik ni memang nak cari nahas !" desis hati kecil Amir.
Di dalam wad Tash
Tash saat itu sedang bersandar lama di birai katil. Dia hanya diam lama.
Sudah hampir 3 hari 2 malam dia menetap di hospital tersebut. Dalam tempoh waktu tiga hari itu juga, dia tidak membuka telefonnya.
Bukan taknak buka tapi faham - faham sahaja lah.
Pihak media massa ni bukan kaleng - kaleng ! Entah apa yang statement yang ditulis oleh mereka di laman sosial itu..
Benda FAKTA dalam sedetik masa boleh menjadi AUTA ! Begitu juga sebaliknya.
Jadi hati - hatilah ketika anda menggunakan laman sosial ! Hahaha !
Jadi, disebabkan itulah wanita yang berusia 20 tahun itu mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu dari membuka akaunnya di laman sosial.
Baik jangan cari masalah ! Dah ada masalah tu, jangan nak cari masalah lagi.
Nanti penat mulut tu, nak melayan kuasa PERSATUAN NETIZEN ni.
Mereka bukan kaleng - kaleng. Sekali mereka serang, habis lunyai kita.
Di sebelahnya pula, sudah ada ibunya, Puan Alisha yang setia bermain dengan telefonnya sedari tadi.
Hahaha ! Ingatkan setia menemani anak perempuannya itu.
Hehe tak lah guys ! Dia main phone pun sebab urusan yang berkaitan dengan hal kerja. Dia kan bekerja sebagai "Beauty Seller" online sepenuh masa.
Hmm kalau nak tahu, sebenarnya perniagaan kosmetik onlinenya itu juga turut terkena tempiasnya.
Gara - gara, anak tunggalnya ditinggal nikah habis rosak susu sebelanga.
Atau lebih tepat " kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga !
Gara - gara perangai bodoh si Haikal, keluarganya turut terkena tempiasnya.
Iya lah manusia ni banyak ragam.
Walaupun sudah mengetahui serba lanjut tentang kebenaran yang sesungguhnya, tetapi masih lagi ingin membusukkan hati dengan melontar pelbagai kecaman baik di kehidupan nyata dan baik di media sosial.
Kalau nak tahu, hampir separuh dari pelanggan yang kerap memborong produk kosmetik dari ibunya, itu mula menjauhkan diri dan mengecam ibunya.
Padahal bukan salah anaknya, tapi salah si Haikal.
Dia yang kantoi bermain kayu tiga tapi mereka yang dihentam teruk.
Hmm tapi itulah, mungkin kerana anak perempuannya itu masih belum bersetuju untuk diwawancara lagi.
Jadi disebabkan itulah, desas - desus dan khabar angin itu muncul dan bertebaran di laman sosial.
Jadi, dia sebagai ibu hanya menunggu waktu yang tepat. Waktu yang tepat di mana anak perempuannya, itu sudah bersedia untuk membuat klarifikasi tentang tragedi buruk yang telah menimpanya itu.
Walaupun, tidak pasti bila tetapi demi anaknya dia sanggup menunggu.
Iya lah, hati anaknya itu baru sahaja hendak merasa kebahagiaan tetapi dalam sekelip mata ianya hancur begitu sahaja.
Sepanjang dalam tempoh 3 hari itu, si Maira dan ibunya lah bergilir - gilir menemani dirinya.
"Ibu, lama lagi ka Tash harus stay sini ? Bosan betulku sekarang ni, nda tahu sudah mahu buat apa ? Main phone nda boleh ! Hmm." keluh si Tash tiada mood saat itu.
Bahu anak perempuannya terus dia sentuh lembut.
"Sabar bah ! Ndapa itu. Aku rasa esok pasti kau sudah boleh discharge dari sini. Yang penting sekarang ni kau kena sabar saja bah. Dah, sekarang ni kau tidur lah dulu ya. Aku mahu keluar kejap." ujar si ibu lembut.
"Lagipun kat luar wad tu dah penuh dengan pihak media massa. Kau tahu bah, since 3 hari kau stay sini selama itu jugalah diorang lepak sini. Mesti sebab mau temu ramah kau itu. Mereka mau ice breaking dengan kau tu bah." ujar Puan Alisha yang mula gelak kecil.
Aih sempat lagi, wanita itu menyakat anak tunggalnya itu.
Tash terus mengeluh seketika.
"Hmm, nda mau ku ditemuh ramah oleh mereka tu ! Bukan mereka mau menemuramah ku tapi mau basuh otak ku ! Selagi mereka nda dapat brainwashku selagi itu mereka nda puas hati ! Aih cilaka betul !" keluh si Tash berat.
Bahu anak perempuannya itu, terus wanita itu pegang lama.
"Sabar saja lah bah. Dah lah aku mau keluar dulu. Kau rehatlah dulu." ujar si ibu yang mula bangun dari kerusi yang didudukinya.
Tash hanya mengangguk.
Dia terus baring semula ke atas katil itu. Lantas, jarinya laju membuka surah AL- INSYIRAH (KELAPANGAN).
Mulutnya juga tidak terhenti - henti membaca surah tersebut dengan penuh lembut.
Kebelakangan itu, dia kerap membaca surah tersebut untuk lebih menenangkan fikirannya yang sering kali bercelaru ketika itu.
Dia juga lebih mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. Kalau nak cakap dari segi mendirikan solat 5 waktu itu, dia akan lebih berusaha memperbaiki dirinya dengan mengerjakan solat di awal waktu.
Lebih awal dari sebelum - sebelumnya.
Semakin dia berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT, semakin hatinya kembali tenang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro