Chapter 1 : Cintaku tersangkut di OME TV !
Petang yang indah itu, ditemani pula dengan siulan burung - burung.
Angin pula sepoi - sepoi bahasa.
Tingkap kaca di bilik itu hanya dibiarkan terbuka sepenuhnya. Mungkin penghuninya ingin menghirup udara segar.
Pintu bilik pula juga tampaknya dibuka sepenuhnya.
Kelihatan sudah ada seorang wanita yang berusia 20 tahun.
Di sebelahnya juga sudah ada seorang lelaki yang berusia 25 tahun.
Fuh jauh kan perbezaan umur diorang. Eh jauh ke ? Takdelah jauh sangat ! Hahaha okay lanjut.
Wanita muda yang anggun dan manis memakai selendang putih tampaknya sedang sibuk menatap skrin komputernya.
Lelaki itu juga kelihatannya turut berbuat demikian.
Eh jangan salah faham ! Jangan cakap mereka berdua kurang waras eh ? Ye lah apa kejadahnya duk fokus nengok skrin komputer ? Hahahaha.
Mereka saat itu tampak fokus bermain "Ome Tv".
Ceh main Ome Tv pun still nak fokus. Tiber !
Tak lain tak bukan si wanita muda itu adalah Natasha atau lebih suka dipanggil sebagai "Tash" dan di sebelahnya pula adalah tunangnya sendiri a.k.a Haikal.
Okay meh nak kami nak habaq mai. Untuk pengetahuan korang ? Tapi siapa korang ? Hehehehe ! Koranglah yang tengah baca ni !
Lagi 2 hari sahaja lagi mereka berdua akan mendirikan rumah tangga iaitu akan melayari bahtera perkahwinan yang suci.
Saat usianya sudah memasuki angka 20 tahun, wanita yang bertubuh tinggi lampai itu sudah pun memiliki kerjaya sendiri iaitu bekerja sebagai novelis dan pada masa yang sama dia juga merupakan selebgram di laman media sosial.
Dia menjadi selebgram kerana dengan karyanya yang cukup mendapat sambutan dari khalayak yang gemar membaca karyanya.
Dan alhamdulillah pengikutnya di Instagram kini sudah mencecah hampir 2 juta.
Tetapi dia cukup berasa bangga, kerana itu adalah hasil dari titik peluhnya sendiri.
So kami nak minta hampa tepuk tangan sikit ! Dah tepuk tangan sila komen ! Hahahaha !
Manakala, tunangnya pula, Haikal masih lagi belajar. Eh mesti korang pelik kan ? Lelaki tu kan dah berumur 25 tahun tapi masih belajar ?
Pelajar SPM ke ? Hahahaha ! Tidak lah !
Haikal kan sudah berusia 25 tahun tapi dia masih tidak bekerja kerana dia masih mahu melanjutkan pengajiannya ke menara lebih gading ! Hahaha eh silap ke menara gading gais !
Anda faham ? Faham angguk. Sila komen *angguk*. La ghisau !
Jadi hanya Tash yang bekerja saat itu. Tapi nak buat macam mana kan ? Dah hampir 5 tahun mereka berdua menjalinkan hubungan percintaan, jadi lebih baik mereka cepat menghalalkan hubungan mereka berdua.
Lagi cepat halal, lagi terhindar dari perkara - perkara negatif.
Yang paling penting, lebih dapat banyak PAHALA.
Tapi nanti selepas kahwin tu soal siapa yang tanggung siapa itu belakang kiralah. Jangan hampa nak persoalkan pula ! Nanti timbul isu sat lagi. Hahaha ! Tadak ahh. Gurau ja ! Nak timbul isu pun timbul lah.
Janji mereka berdua sah dahulu. Disebabkan itulah, mereka ingin bernikah muda. Tapi bagi author dah tak muda sangat dah tu. Tapi kalau di pihak si Tash nikah muda lah labelnya.
Tapi kalau fikir logik, memang si Tash lah yang akan menanggung perbelanjaan harian mereka berdua nanti. Tapi itu kalau ikut logik. Mungkin tak ? Entah lah !
Demi cinta kan, apa pun sanggup diredah !
"Hai cantik !" tegur seorang lelaki yang tampak lebih muda dari mereka berdua di talian (Ome Tv).
Tash saat itu hanya senyum tawar. Memang taklah dia hendak melayan budak lelaki itu.
Budak lelaki ? Ceh Tash sampai ke situ kau label lelaki muda tu ? Tua sangat ke kau Tash ? Or lelaki yang kau maksudkan "budak" itu terlalu MUDA untuk kau ?
Hehe sorry author terkutuk watak utama pula.
"Hi dik. Umur berapa dik dan dari mana ni ?" soal si Haikal pula ramah.
Lelaki muda itu hanya senyum manis saat itu. Dia sedari tadi tidak henti - henti menatap wajah si wanita yang ditegurnya melalui Ome Tv itu walhal wanita itu terlihat sedikit sombong.
"Eh dik ? Alright tak alright ni ? Ni mesti budak sekolah lagi kan ? Umur berapa dik dan darimana ?" soal si Haikal lagi tapi kali ini dalam nada yang agak tinggi.
Mungkin bengang kerana tunangnya asyik diperhati lama oleh lelaki itu.
"Oh ya sorry weh ! Bukan apa aku terpukau sangat bila tengok gadis cantik kat sebelah kau ni ! Terpesona sekali ! Cantik betul. Mesti adik kau kan bro ?" soal si lelaki muda itu.
Tak lain tak bukan lelaki muda itu adalah Amirul Amir, yang baru berusia 17 tahun dan merupakan selebgram yang agak terkenal di laman sosial.
"Adik you b ?" Tash terus tunjuk ke arah dirinya sejurus mendengar kata - kata yang keluar dari mulut budak lelaki itu.
Haikal ingin memberitahu hal sebenar tetapi dia kesal saat itu dek lelaki muda itu mula berbicara lagi.
"Dahlah tak payah nak explain bro ! Aku tahu lah dia tu adik kau. Dia mesti sebaya aku kan, 17 tahun. Ceh jumpa jodoh kau, Amir." Amir sempat gelak saat itu.
Tash hanya merenung budak lelaki itu.
"Okay aku bagitahu. Nama aku Amir. Aku berasal dari hati awak, si cantik." ujar si Amir selamba sambil tunjuk ke arah posisi Tash melalui skrin komputernya.
Dia juga turut kenyit sebelah matanya saat itu.
Tash dan Haikal terus memandang antara satu sama lain seakan - akan tidak percaya dengan apa yang mereka dengari.
"Selamba je eh budak ni cakap macam tu ! Haish !" keluh hati kecil Tash.
"Dahlah b skip saja lah ! Tak betul budak ni ! Putus wayar kot !" ujar si Tash tampak tiada mood.
Dengan serta - merta, jarinya laju menekan "skip" !.
Amir terus memukul meja gamingnya saat itu.
"Hish apa ni ? Aku belum sempat nak ice breaking dia dah skip bagai ! Haish nasib baik cantik. Nak marah pun tak sampai hati !" keluhnya kesal berserta dengan pujian di akhir kata.
Dia laju menutup komputernya sejurus dia keluar dari "Ome Tv".
Tidak kuasa lagi dia hendak bermain Ome dek direject mentah - mentah oleh gadis cantik itu.
Dia terus tidur ke atas meja gamingnya.
Buku latihannya hanya dibiarkan terbuka begitu sahaja tanpa diisi di dalamnya.
Apa ertinya ? Ertinya, kerja sekolahnya belum dia siapkan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro