Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8 》 Otak serupa kalkulator

Izz yang sedang menuju ke kantin terus menghentikan langkahnya. Kakinya terus berubah arah menuju ke belakang blok.

Zara yang sedang duduk menghadap buku di pondok belakang blok menarik perhatian Izz.

Air tin Milo yang berada tangannya di genggam erat.

"Hai Zara! Sorang ke?" Soal Izz lalu duduk di sebelah Zara.

Zara mengangkat wajahnya menghadap Izz di sebelahnya.

Adehh budak kentot ni lagi...

"Ada kau nampak orang lain selain dari aku dengan kau ke kat sini?" Soal Zara malas.

Izz mencebik. Tanya je.. terus saja air tin yang dipegangnya di buka dan diteguk sedikit.

"Ye la... umm... Zara, Zara" panggil Izz lembut.

"Hmm" balas Zara pendek.

Buku di depannya lebih di utamakan dari panggilan Izz.

"Kau hebat la tadi main bola. Acane kau boleh cekap cam tu ha?" Soal Izz perlahan.

Air tinnya di letakkan di atas meja. Zara yang sedang membuat jalan kerja matematik terus terhenti seketika.

"Aku dah biasa main bola Baling. Kau pun... not bad " ucap Zara perlahan.

Terus saja Zara sambung menulis. Izz mulai tersenyum.

Well... Izz Haiqal always the great!

Milo di tangannya di teguk lagi sehingga habis. Terus saja dia bangun lalu tin kosong itu di buang ke dalam tong sampah.

Zara tidak mempedulikan Izz. Izz duduk kembali di sebelah Zara. Jam tangannya di kerling sebentar.

"Zara... kau tak makan ke? Waktu rehat dah nak habis ni" ucap Izz perlahan.

"Tak. Aku nak siapkan homework ni dulu. Kau nak pergi kantin pergi je lah" ucap Zara malas.

Pensel di tangan Zara dijatuhkan ke atas buku. Kalkulator di tepi buku diambilnya lalu ditekan-tekan tanda putus asa.

Melihat Zara yang kelihatan sedang bermain dengan kalkulator miliknya terasa pelik di fikiran Izz.

Muka dia... tak macam gangster pun. Biasanya gangster garang. Ni elok... je layan aku.

Ye lah aku tahu dia pernah marah aku masa mula-mula jumpa dia. Tapi lepas dia kenal aku sebagai kawan se'batch' dengan dia... okay je...

Zara meleretkan matanya ke arah Izz.

Pahal pulak si kentot ni tenung aku? Rimas betullah! Tiber saja idea di fikirannya timbul.

"Kalau nak tenung aku lama-lama ajak la aku khawin" ucap Zara selamba.

Izz tersedar. Wajahnya mulai merah.

Aduh! Acane boleh kantoi pulak ni!!! Eish! Malunya aku!

Zara tersenyum melihat Izz yang mulai malu. Wajahnya di pusingkan menghadap Izz.

"Kau blushing ea Izz??" Soal Zara pelik.

Izz memandang Zara. Perlahan dia menggeleng menidakkan ayat Zara.

"Ma.. mana ada!" Bantah Izz.

Zara mengecilkan matanya. Wajah Izz ditenung.

"Ye ke... kenapa aku rasa macam ada?" Soal Zara lagi.

Izz memandang ke arah lain. Menyorokkan wajahnya yang mulai memerah.

Zara tergelak kecil. Suka betul dia kalau dapat sakat orang.

"Izz! Pandang lah sini! Kau malu kan sebenarnya aku cakap macam tu?" Soal Zara lagi.

Izz menyembamkan wajahnya ke atas meja. Mahu saja dia lari dari situ tapi nanti diejek lagi oleh Zara.

"Izz! Aku tanya kau ni!" Ucap Zara lagi.

Jarinya menyucuk ke bahu Izz.

"Mana ada! Dah la jangan la kacau aku!" Marah Izz sambil menolak tangan Zara.

Zara tergelak lagi.

Alahai budak kentot ni comel betullah! Cepat betul blushing!

"Okay la... tapi kalau betul kau nak tenung aku macam tu jangan lah sekarang okay. Sini kan sekolah. Kalau ada orang nampak lagi kau malu" ucap Zara perlahan.

Izz mengangkat wajahnya. Mulutnya memuncung tanda geram.

Argh! Shit! Dia terlalu comel untuk dibuli!

Zara tersenyum melihat wajah masam Izz. Terus saja pensel tadi diambilnya lalu di sambung kerjanya yang tergendala tadi.

Izz melihat saja jalan kerja yang dibuat Zara.

Aku nampak banyak soalan senang. Tapi... kenapa dia macam main conteng-conteng je benda tu.

"Zara... kau buat benda ni kau faham tak sebenarnya?" Soal Izz perlahan.

Zara terus terhenti. Wajah Izz di pandang seketika lalu dia sambung menulis.

"Tak pun sebenarnya. Tapi... apa boleh buat. Bantai je la janji siap dan tak tiru orang lain" ucap Zara lagi.

Izz pelik. Janji siap? Okay budak ni pelik.

Zara terus memandang Izz yang leka memandang bukunya. Idea tergolek lagi dikepalanya.

"Kau budak pandai kan Izz?" Soal Zara perlahan.

Izz mengangkat wajahnya memandang Zara.

"Tak de la pandai sangat... tapi... soalan senang boleh la kot aku buat. Kenapa?" Soal Izz lagi.

Pensel dan kalkulator di tangan Zara di campak di depan Izz. Bukunya juga ditolak ke arah Izz.

"Buat kan" ucap Zara pendek.

Izz memandang Zara tanda tidak percaya.

Aku tak rasa dia ni gangster tapi pembuli. Dan Izz Haiqal takkan biarkan dirinya dibuli sesuka hati.

"Ehem. Aku... ajar kau buat benda ni okay. Kalau... aku yang buat... nampak sangatlah yang bukan kau yang buat kan?" Soal Izz perlahan.

Zara memikirkan ayat Izz.

"Okay... aku tak kisah. Janji benda ni siap. Kau boleh ajar kan?" Soal Zara pula.

"Ofcourse. Lagipun masih sempat lagi rasanya kalau aku nak ajar kau sampai siap" ucap Izz sambil mengerling sebentar jam tangannya.

Zara mengangguk perlahan. Terus saja buku Zara di capai Izz. Di padam jalan kerja atau lebih tepat lagi contengan yang dibuat Zara.

1) Tentukan sama ada nombor berikut adalah punca atau bukan punca kepada setiap fungsi kuadratik yang diberi.

a) x kuasa 2 + 7 x + 10 = 0

Nilai diuji : x = 5   /   x = -2

"Oh! Ni senang je.. meh sini aku ajar cara dia" ucap Izz lalu mencapai kalkulator.

"Mula-mula. X yang ada kat fungsi kuadratik ni kau gantikan dengan nilai diuji ni. Contoh macam ni, nilai diuji dia 5, kau gantikan lah x kuasa 2 dengan ( 5 ). Yang 7 x ni pun sama. Jadi, bila ditukar, nanti jadi ( 5 ) kuasa 2 + 7 ( 5 ) + 10. Then, ambil kalkulator, masukkan aje nilai ni dengan buka tutup kurungan. Nanti... kalkulator keluar lah jawapan dia. Ha! Jawapan dia 47. Jadi, x kuasa 2 + 7 x + 10 ni bukan punca fungsi kuadratik sebab dia ada jawapan. Kalau contoh kau buat, dapat jawapan 0, maksudnya dia adalah fungsi kuadratik. Macam kau gantikan x ni dengan -2, dapat jawapan 0 kan? Maksudnya dia adalah punca fungsi kuadratik. Ada faham?" Soal Izz panjang.

Pensel dan kalkulator di tangannya di letakkan di atas buku.

X kuasa 2 + 7 x + 10 = 0

           ( tukar x )

(5) kuasa 2 + 7 (5) + 10

Masukkan aje nilai diatas bersama kurungan dalam kalkulator.

(5) kuasa 2 + 7 (5) + 10 = 47

: x = 5 bukan punca fungsi kuadratik.

Zara terpinga. (Matematik form 4 2020)

Weh, kau faham tak benda ni?

Izz yang melihat Zara yang dalam kebingungan terus tergelak kecil. Zara mencebik geram bila Izz menggelakkannya.

Aku tahu lah kau pandai!

"Okay la... aku tahu kau tak faham. Meh sini aku tunjukkan kau yang lain pulak. Jangan risau... aku akan ajarkan kau sampai faham okay" ucap Izz lalu mencapai kembali pensel tadi.

Zara hanya memandang Izz yang ralit menunjukkan jalan kerja untuknya.

Kenapalah kau ni baik sangat dengan aku kentot? Aku ni macam-macam buat kat kau tapi kau nak jugak dekat dengan aku.

"Ha! Macam mana nak faham kalau asyik tengok benda lain. Tengok la sini aku ajar" ucap Izz geram.

Zara mencebik. Kepala Izz disekeh perlahan.

"Aku dengar la apa yang kau cakap! Dah la banyak mulut pulak kau ni. Cepatlah sikit! Aku nak naik kelas lagi nanti" ucap Zara geram.

Izz menggosok kepalanya lembut. Sukahati je sekeh kepala aku. Habis rosak rambut aku yang boleh menawan hati para wanita di luar sana.

"Asal? Tak puas hati? Kau nak aku ajak kau khawin lagi ke baru nak okay?" Soal Zara menduga.

"Zara!!"

  

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro