Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

#unedited

Hari ni hari Sabtu. Hari cuti yang ditunggu-tunggu oleh semua golongan pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Namun tidak pula bagi Hazeem. Hari itu ibarat dia baru bangkit dari mimpi ngeri yang menghantuinya semalam. Kejadian semalam, kata-kata yang dilempar kepadanya semua masih disimpan semat dalam memori fikirannya. Tiada apa yang mampu melenyapkan memori yang satu.

Hazeem duduk dengan sebelah kaki yang melunjur manakala sebelah lagi dibengkokkan. Pandangannya dihalakan di luar jendela. Kornea mata dihiasi dengan penduduk taman itu yang berjoging pada pagi yang terik ini. Kanak-kanak pula ada yang berkejaran mengejar antara satu sama lain. Ada juga yang membawa haiwan peliharaan mereka bersiar-siar ke taman, majoritinya adalah anjing. Kereta pada pagi itu kurang, mungkin ada yang ke tempat kerja ataupun pergi melancong.

Hazeem senyum kecil. Andai dia mampu hidup bahagia seperti mereka, menjalani zaman kanak-kanak dengan ceria tanpa masalah. Namun apakah daya. Dia terlalu istimewa sehingga semua ingin dia mati. Apa guna ibu mengandungkan dia kalau akhirnya ingin dia masuk kubur jua? Lebih baik ibu gugurkan dia ketika dalam kandungan agar tidak menyusahkan ibu. Sekurang-kurangnya tidaklah dia dipulaukan. Tidak dihina. Dan yang paling utama, tidak diminta mati oleh ibu sendiri.

Hazeem memejam mata rapat, cuba menghilangkan rasa sakit yang terpendam dalan hati. Rasa benci itu dia cuba buang. Mustahil untuk dirinya membenci ibu kandungnya sendiri. Ya, walaupun dia sering kali dibenci ibu, banyak pengorbanan wanita itu. Mungkin dia tidak dapat hidup di rumah sederhana ini tanpa ibu atau dia akan mati kelaparan. Cukuplah ibu memberi perlindungan, menjaga makannya dan membayar yuran sekolah. Lagipun, tiada gunanya dia menaruh dendam terhadap wanita itu. Wanita itu syurganya, tanpa dia, mustahil untuk dia ke syurga.

"Meow," Hazeem menoleh dan pandangannya menangkap Fael dengan wajah yang tiada senyuman. Perasaan serba-salah mula mendominasi hatinya. Dia sendiri tidak sangka dengan peristiwa semalam. Entah makhluk apa yang merasuk dirinya. Nasib ada Epul yang datang menyelamat, kalau tidak?

"Hop on Fael," ruang di sebelahnya yang kosong ditepuk. Kucing itu melompat tinggi untuk mencapai ketinggian para tingkap. Kaki terus melangkah ke sebelah Hazeem sebelum badan dielus pada tubuh tuannya. Hazeem tersenyum senget sebelum membalas pelukan itu.

"Aku minta maaf Fael fasal semalam. Aku betul-betul tak perasan kau. Aku terlalu ikutkan perasaan sampai kau jadi mangsa. Mesti kau takut dengan aku kan? Aku betul-betul tak sengaja, Fael. Aku minta maaf," luah lelaki itu. Mata kembali berkaca. Segera jari naik mengesat cecair jernih itu sebelum ia tumpah.

Kucing itu mengiau perlahan sebelum naik ke kaki Hazeem lalu memanjat tubuh Hazeem sebelum tangannya menolong Hazeem mengelap air mata yang menitik jatuh.

"Fael.."

Dia kalah dengan air mata. Tingkah laku Fael yang prihatin akan dirinya menyentuh hati. Dia terharu. Walaupun Fael hanya seekor anak kucing jantan, kucing itu ibarat memahami semua yang dialaminya.

Tubuh genit itu dibawa ke dada. Dicium-cium wajah comel itu. Hingus yang dirasakan meleleh dek kerana esakannya disedut semula. Tangan kerap membelai bulu putih berbelang hitam milik Fael.

"Aku tak tau apa akan jadi pada aku kalau kau tak ada suatu hari nanti Fael. Kau sungguh memahami aku walaupun kau terluka sekali. Terima kasih untuk setia Fael. Aku mungkin akan putus asa kalau kau tak hadir dalam hidup aku," dengan penuh perasaan Hazeem meluahkan segala yang dipendam. Air mata terus dilap dengan hujung lengan baju panjangnya. Kasihnya terhadap Fael melebihi segalanya. Hanya kucing itu yang masih setia bersama dirinya walaupun dirinya sering kali diherdik masyarakat umum.

Kucing itu mengukir senyuman. Lega hatinya melihat Hazeem tidak lagi seperti semalam. Dia takut Hazeem yang semalam. Melihat mood Hazeem yang baik pada hari ini, dia turut tumpang gembira. Cuma dia takut andai lelaki itu tiba-tiba berubah. "Meow," Dia merapatkan diri dengan Hazeem. Sungguh dia merindui jejaka itu.

Tok! Tok!

Terhenti drama jejak kasih dua makhluk yang berbeza itu dek ketukan pada pintu bilik. Wajah lelaki tua menyapa mereka berdua.

"Ayah," sapa Hazeem mesra dengan senyuman menyunggih di bibir.

"Hazeem," balas Hisyam melihat anaknya yang pada hari ni kelihatan lebih baik daripada semalam. Siapa saja yang tidak gembira melihat anak yang sakit kini lebih sihat?

"Hazeem okay?" tanya ayah melangkah menghampiri anak lelakinya. Punggung dihenyak pada kerusi kayu di meja belajar memandangkan kerusi itu lebih hampir dengan Hazeem berbanding katilnya.

"Anak ayah selalu okay. Ayah tak perlu risau. Hazeem kuat!" selorohnya mengundang tawa dua beranak. Fael mula turun dari riba Hazeem, menghampiri si bapa. Dia masih tidak lupa jasa lelaki tua ini padanya. Tanpa lelaki itu, mustahil untuk Hazeem mengambilnya sebagai kucing peliharaan. Walaupun ia mengundang pergaduhan suami isteri itu, takdir berpihak padanya. Dia kini diberi perlindungan oleh keluarga itu.

Hisyam tersenyum melihat kucing putih hitam itu. Masih comel seperti pertama kali ditemui.

"Mael anak ayah," tubuh itu diangkat lalu dikucup lembut. Kucing itu mengiau sebelum mengelus pipinya pada wajah tua itu. Ketawa Hazeem melihat telatah Fael yang sememangnya gemar bermanja dengan semua orang yang ditemuinya.

"Dah besar kamu ya. Dulu kecik je ayah tengok kamu ni," tubuh kecil itu dibelek. Fael menjadi diam apabila dirinya dilayan ibarat patung. Dipusing kiri dan kanan sehingga kepalanya naik pening.

"Memanglah besar ayah. Kucing cepat membesar, bukan macam manusia. Tahu-tahu dah dewasa Fael ni nanti," ulas Hazeem. Ayahnya jarang pulang ke rumah. Katanya outstation. Hazeem layanlan sahaja. Dia malas mahu mengambil pusing hal remeh.

"Kalau macam tu, cepat-cepatlah carikan dia isteri. Dah boleh kahwin dah Mael ni," Wajah Fael terus berubah. Sensitif dia saat isu keluarga diungkit mereka. Hazeem dalam hati mahu gelak namun ditahan. Ayahnya seorang itu susah benar ingin menyebut nama Fael. Katanya berbelit. Terus dia memangil Fael dengan nama Mael. Hazeem mengiyakan sahaja. Fael dan Mael lebih kurang saja sebutannya, jadi tidak kisah.

Fael mula panas punggung. Dia tak mahu kahwin! Cukuplah Theo si kucing betina yang baginya sungguh menjengkelkan!

"Apa susah ayah. Theo kan ada," Hazeem tersengih melihat Fael mula memandangnya walaupun masih dalam pelukan ayah. Dia kenal sangat Fael yang terlampau bencikan kucing betina itu.

"Theo? Mael suka Theo ke?" tanya ayah lagi. Laju kucing mengiau garang.

"Sukalah tu. Dah naik miang tu. Kecik-kecik dah pandai nakal eh Fael," Sambung Hazeem, menyambung menyakat anak kucing itu.

"Kiranya, anak yang Theo kandungkan tu.. Anak Mael ke?" Wajah Fael dirapatkan. Hisyam terkejut dengan Fael. Nampak saja kecil, tapi sudah pandai beromen.

"Eh mana ada ayah. Fael bawah umur lagilah. Siapa yang tebuk Theo tu, Hazeem sendiri tak tau. Kita tengok jelah nanti baka anak Theo. Baru senang nak attack siapa yang buntingkan Theo," jelas Hazeem tidak mahu ayahnya salah sangka. Fael pandai beromen? Minta simpang. Mahu dia kerat daging Fael kalau fakta itu tepat.

Kucing itu mula merengek. Ayah melepaskan Fael apabila melihat Fael tidak selesa. Kucing itu terus melompat ke lantai. Hazeem dijeling tajam sebelum berlalu ke sangkarnya.

"Erm.. Ayah?" panggil Hazeem.

"Ya?"

"Er.. Apa rahsia yang ayah sembunyikan dari Hazeem?"

Soalan itu memang dia ingin tanya sejak semalam namun keadaan semalam tidak mengizinkannya. Akhirnya, terlepas juga soalan itu dari mulutnya. Lega rasanya.

Ayah diam. Hazeem mula rasa serba-salah. Silap katakah dia?

"Belum tiba masanya untuk Hazeem tahu. Buat masa sekarang, biarlah rahsia. Bila masa mengizinkan, Hazeem akan tahu segalanya," Ayah mula bangun.

"Tapi ayah, a--"

"Cukup Hazeem. Ayah tak nak cakap benda ni lagi. Walau apa pun yang berlaku, ayah nak Hazeem tahu yang ayah sayang anak ayah. Ayah sayang Hazeem. Hazeem tetap anak ayah sampai bila-bila,"

Lelaki itu berlalu pergi sebelum pintu bilik anaknya ditutup. Hazeem menghela nafas kasar saat soalannya dibiarkan tidak berjawab.

🔹🔹🔹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro