
Bab 8
#unedited
Tap. Tap.
Derap kaki berjalan kedengaran. Hazeem berjalan lagi ke hadapan. Matanya pula meliar kiri dan kanan. Langkah dilajukan sedikit. Setelah beberapa minit, dia berhenti. Dia berpusing 360 darjah melihat sekeliling.
"Kenapa sama semua ni?" tanya Hazeem pada diri sendiri. Dia kembali berjalan ke hadapan. Hampa. Masih hutan yang hijau tanpa ada jalan yang terukir di tanah itu. Seperti.. Dia berada di hutan yang tidak berpenghuni.
Langkah dihayunkan lagi beberapa langkah. Dia rasa hairan dengan persekitarannya. Apa yang berlaku pada dirinya? Kenapa dia tiba-tiba ada di hutan? Apa yang membuatkan dia terhempas ke sini?
Zap!
Matanya terhenti pada sesuatu di atas pokok, nampak menakutkan. Mata kurang jelas untuk dilihat dengan mata kasar Hazeem. Yang mampu dilihat Hazeem hanyalah figura yang memakai jubah putih yang hujungnya berwarna coklat mungkin dek kerana tanah yang mencacatkan jubah itu. Kesan koyakan di bahagian bawah jubah itu pula mungkin kerana ranting-ranting tajam yang ada di hutan ini.
Lembaga itu turut membalas pandangan Hazeem. Tiada wajah. Sukar digambarkan apa yang dilihat Hazeem. Rambut hitam yang beralun menutup wajah itu. Kalau ada getah, dah lama dia mahu ikat rambut yang terbang itu. Menganggu penglihatannya!
Seperti kilat figura itu lompat, turun dari dahan besar satu pokok di situ. Hazeem mengambil langkah ke depan. Hampir sahaja lembaga itu hilang dari pandangannya.
Figura hitam putih itu kemudian berlari menjauhi Hazeem. Hazeem yang tak bersedia membulat mata melihat satu-satunya makhluk yang ditemui berlari. Segera langkah seribu diambil mengejar lembaga itu. Mana tahu kalau lembaga itu mampu membantu dirinya keluar dari hutan lebat yang misteri itu. Sudahlah tiada seekor haiwan pun yang ditemui, hatta seekor serangga!
Pokok yang ditanam tidak sekata itu menyukarkan Hazeem untuk mengejar lembaga itu. Ditambah pula dengan semak-samun yang kerap melakar luka pada kaki Hazeem. Namun Hazeem tampak masih bertenaga untuk mengejar lembaga itu.
"Tunggu aku!" laung Hazeem dengan harapan lembaga itu berhenti. Bukan berhenti lembaga itu, semakin laju pula lariannya! Semakin lama Hazeem berlari, semakin dia mengah. Oksigen ibarat semakin berkurangan di atmosfera bumi.
"Tunggu!"
Hazeem melajukan gerakan kaki sehingga dia mula memperlahankan langkah. Lembaga itu hilang ibarat halimunan. Hazeem melepaskan mengahnya. Oksigen cuba disedut sedalam mungkin seperti udara itu bakal hilang bila-bila masa gayanya. Badannya pula terbongkok.
Mata terkatup sedikit itu diliarkan sekeliling. Tergamam dia melihat sekeliling.
Kosong.
Hitam.
Dia terkedu. Ke mana lembaga tadi membawanya? Di mana dia kini?
"Hazeem.."
Terbuka luas matanya. Siapa yang memanggil dirinya? Sekali lagi mata memburu figura yang memanggil namanya. Siapa yang mengenalinya? Hazeem tidak mampu mengenal pasti milik siapa suara itu. Dia tidak pernah mendengar suara persis itu. Seperti suara perempuan, namun siapa?
"Hazeem.."
Kali ini suara itu mendayu. Hazeem berdecit seraya bersuara lantang, "Siapa kau?! Tunjukkan diri kau sekarang!"
Sunyi.
Itu membuatkan Hazeem geram. Apa makhluk itu ingin bermain dengannya? Sememangnya cari nahas! Kalau dia jumpa siapa yang mempermainkannya, memang dia akan bunuh! Tekadnya dalam hati.
"Hazeem.. Hazeem.. Hazeem!"
Suara daripada lembut menjadi keras. Dada Hazeem mula berombak. Dia mula gerun. Makhluk itu mula mengamukkah? Apa yang dia lakukan? Tanda-tanda makhluk itu ingin keluar langsung tidak kelihatan menambah geram Hazeem padanya.
"Kalau kau berani, kau tunjukkan muka kau sekarang!" lantang suara itu meninggi.
"Aku tak kisah kalau kau ikut mati sekali!"
"Kau ikut mati sekali!"
"Mati sekali!"
"Mati!"
Hazeem terkelu lidahnya. Suara itu.
"Mati Hazeem. Mati! Kau tak layak hidup!"
Air mata memulakan proses. Gigi diketap kasar. Dia pernah dengar suara ini cuma, dia tidak pasti siapa dalang suara itu.
"Aku benci kau Hazeem!"
"Kau budak hantu!"
"Kau patut mati!"
"Aku tak kisah kalau kau ikut mati sekali!"
"Eh matilah kau!"
Suara yang berbeza berlegar-legar di ruang gelap itu menakutkan Hazeem. Hazeem lantas terduduk. Dia tahu suara itu. Suara itu adalah suara-suara manusia yang membencinya. Entah mana silapnya sehingga semua ingin dia mati.
"Epul.. Tolong aku.."
Suaranya persis kanak-kanak kecil yang memanggil ibu bapa tatkala diganggu benda-benda pelik. Tapi kali ini, Epul tidak muncul.
"Epul.. Mana kau.. Tolong aku.. Aku takut.."
Kedua lututnya dipeluk erat. Bersedirian di sini bukanlah pintanya. Dia cuma meminta seseorang datang mengusir suara-suara itu dan memeluknya lalu berkata semua ini akan berakhir. Namun, angan-angan tetap angan-angan. Dia di situ bersendirian.
"Mati kau Hazeem! Aku benci kau!" Satu tangan mencekik dirinya sehingga menghalang saluran pernafasannya.
"Arghhh!"
Kosong.
Sekelilingnya kosong. Tangan naik meraba leher. Masih segar dalam mindanya ada orang mencekik lehernya. Entah siapa dia tidak tahu. Mata diliarkan sekeliling.
Eh?
Dia kenal bilik ini. Ini bilik tidurnya! Jadi? Dia bermimpi selama ini? Tapi.. Kenapa semua kelihatan seperti betul-betul berlaku?
"Hazeem sayang," Terus laju Hazeem mencari punca suara feminin itu. Di tingkap. Ada seorang wanita yang duduk di birai tingkap. Mata dikecilnya mengecam wajah itu kerana suasana bilik yang gelap dan suram itu.
"I-Ibu.."
Dia jadi gamam. Kenapa ibunya duduk di situ. Tambah pula, senyuman sinis yang terlakar pada wajah itu.
"Bila nak mati?" Satu soalan menghenyak hatinya. Perasaan marah mula membara dalam hatinya. Dia panas. Dadanya turun naik.
"Marah ke sayang? Ibu tanya ni, bila nak mati?" Matanya tajam memandang susuk tubuh yang bersandar pada dinding tingkap.
"Kaulah yang patut mati bodoh!"
Bantal yang ada di atas katil Hazeem baling, menyasarkan kepada ibu. Dia betul-betul naik angin. Tidakkah wanita itu tahu dan kasihan dengan hatinya yang retak?
Tubuh itu hilang. Terus Hazeem senyum sinis. Penakut!
"Siapa penakut sayang? Dah fikir bila nak mati?" Suara feminim itu muncul di bahagian kiri, di pintu. Angin Hazeem terus memuncak. Kali ini, bantal peluk yang panjang dicapai lantas dibaling tepat pada si dia.
"Kau pergi mampuslah!" jerkahnya saat membaling bantal.
"Tak kena pun? Bila nak mati ni?"
Kini susuk itu berada di kerusi belajarnya. Hazeem berdecit. Matanya mencari sesuatu yang boleh dibaling.
Bakul baju!
Pantas dia capai bakul yang berisi baju kotor dan terus dicampak ke sasarannya. Langsung tidak dikeluarkan beberapa helai baju di dalamnya.
"Aku kata mati, matilah tak guna!"
Semua benda yang ada di dalam bilik itu semuanya dibaling kepada figura yang menganggunya. Tidak dia hiraukan bilik itu bersepah.
"M-Meow," Fael menutup telinganya dengan dua tangannya. Matanya berair melihat tuan yang tidak tentu arah. Walaupun Fael mempunyai deria keenam, kucing itu tidak mampu melihat makhluk halus. Dia hanya mampu lihat roh-roh yang tidak tenang sahaja.
Hatinya rapuh memandang tuannya membaling segala alatan yang ada di bilik itu ke merata tempat sehingga menyebabkan bilik itu bersepah. Dalam masa yang sama, dia berharap Hazeem tidak melempar sangkar yang didudukinya. Melihat tindakan agresif Hazeem, Fael jadi gerun. Dia tidak mengenali Hazeem yang kini. Hazeem di hadapannya kini panas baran.
"Pergi matilah babi!" Segala jenis carutan dilempar pada susuk tubuh yang sekejap muncul dan menghilang itu. Hazeem meraba sekelilingnya lagi. Kosong!
Dia sudah tiada apa untuk mengusir makhluk yang menyerupai ibunya itu. Matanya terhenti pada Fael. Laju sahaja idea dia dapat. Segera kaki melangkah ke kandang itu. Kain yang menutup atas sangkar itu dicampak entah ke mana. Senyuman lebar menyunggih bibir.
Dek kerana marah yang melampau, dia terlupa akan si kecil di dalam sangkar. Apa yang dia tahu, dia ingin usir binatang yang merayap dalam biliknya itu.
"Meow! M-Meow! Reow! Meow!" Sedaya upaya kucing itu menyedarkan tuannya saat sangkar yang diduduki mula bergoyang. Hazeem masih lagi sama. Telinganya ibarat pekak. Tidak mampu mendengar. Yang dia acap kali dengar hanyalah perkataan mati yang menganggunya.
"Pergi mati!" Sangkar itu diangkat tinggi. Susuk itu statik, tiada tanda ingin lari. Malah, dia tersenyum herot melihat mangsanya yang berada dalam keadaan marah.
"Hazeem! Mengucap Hazeem!" Epul yang baru tiba di destinasinya terkejut beruk melihat sangkar Fael yang tinggi diangkat Hazeem. Sudahlah Hazeem berdiri tidak stabil. Takut dia kalau kucing di dalam itu cedera.
"Meow! Meow!" Kucing itu memanggil Epul untuk membantunya saat terdengar suara itu.
"Kau blah sekarang!" Epul memandang syaitan yang menyerupai Hani tajam. Dia baru hilang sekejap, laju saja kaum iblis ini melakukan kerja mereka.
Syaitan itu jeling Epul sebelum menghilang. Ada saja yang ingin ganggu kerjanya. Bosan dia jadinya.
"Hazeem! Kau turunkan sangkar tu! Fael kat dalam tu! Kau sedar tak?!" Suara Epul naik seoktaf.
Hazeem seakan tersedar saat nama Fael disebut. Sangkar yang berada di tangannya segera diturunkan. Serentak itu, tangisannya pecah. Dia kecewa dengan diri sendiri. Entah apa yang merasuk dirinya untuk bertindak sebegitu. Tadi, hampir saja dia membunuh seekor kucing yang tidak bersalah.
"Hazeem.." Epul duduk di sebelah Hazeem yang melorot jatuh. Dia sendiri merana melihat sahabatnya menderita dek perbuatan ibunya sendiri. Tiada hati perutkah wanita itu sehingga sanggup membiarkan anaknya menderita sebegini teruk?
"Epul. Aku sedih Epul. Aku.. Aku macam bukan diri aku. Aku hampir-hampir saja bunuh Fael. Aku tak guna Epul.. Betullah kata ibu--" dia diam sejenak, mengesat liurnya sebelum menyambung, "aku memang patut mati," tangisan itu semakin kuat.
"Hazeem. Tak baik kau cakap macam tu. Ini semua dugaan. Kau kena kuat," nasihat Epul walaupun dirinya sendiri kehilangan kata. Dia tidak tahu bagaimana lagi ingin memujuk hati yang tengah rapuh itu.
"Cukuplah aku bersabar selama ni Epul. Aku sakit,"
"Shhh.. Aku tau kau penat. Tidurlah kawan," Kepala Hazeem dibawa bersandar pada bahunya seraya tangan kanannya naik menepuk lengan Hazeem ibarat ingin menidurkan seorang bayi kecil.
Tidak lama kemudian, suara dengkuran kedengaran. Epul tersenyum kecil. Dia yakin Hazeem terlalu penat. Bantal yang berselerak dicapai satu sebelum melabuhkan kepala Hazeem pada bantal tersebut. Dia tidak boleh mengangkat Hazeem kerana Hazeem manusia dan dia hanyalah roh sahaja.
"Semoga hari esok lebih indah Hazeem. Kau kena tolong aku, tapi dengan keadaan kau macam ni, aku tak sampai hati. Tapi aku juga tak boleh masalah aku berpanjangan. Aku minta maaf untuk hari yang akan datang Hazeem. Aku terpaksa," wajah pucat itu dipandang. Dia bangun sebelum merapati Fael yang masih mengigil takut.
"Fael. Kau jangan takut. Hazeem sakit, sebab tu dia macam tu. Kau kena berdoa supaya Hazeem cepat sembuh. Dia dah banyak terluka Fael. Aku takut hati dia akan mati atas kesalahan aku sendiri Fael. Aku tak kuat, tapi aku buat demi kebaikan kita semua Fael," suara esakan kedengaran. Epul memeluk Fael erat. Dia tahu dirinya bersalah, tapi apakan daya. Dia cuma mahu kebahagiaan dan hanya Hazeem yang boleh membantunya.
"Meow.." suara kecil itu membalas. Dia juga tersempit. Andai dia boleh berkata-kata seperti manusia, ingin dia luahkan apa yang dia rasa saat itu.
🔹🔹🔹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro