Bab 6
#unedited
Zass!
Seperti kilat yang menyambar, hantu yang berdiri itu pergi entah ke mana. Hakim sengih sinis melihat kereta itu memecut. Pasti tidak perasan kucing kecil itu. Tambah-tambah lagi dengan waktu hujan ketika ini.
Hazeem terus menerpa keras kepada Hakim lantas kolar baju kemeja hitam Hakim ditolak kasar sebelum ditarik ke atas. Dia betul-betul panas dengan perbuatan Hakim kali ini.
"Apa masalah kau?!" Hilang sudah rasa hormat dirinya terhadap Hakim. Suara terus naik ke tahap maksima bersama muka yang memerah.
"Tak nak selamatkan kucing kau? Mana tau kau pun boleh mati sekali?" Sempat Hakim menjungkit bahu memandang Hazeem selamba. Langsung dia tidak rasa tercabar dengan asakan Hazeem.
Hazeem tersentak sebelum tangan yang menggenggam kolar Hakim diketatkan, cuba menahan rasa sakit di hati. Terus tubuh itu diasak kasar namun sempat Hakim menstabilkan diri daripada jatuh. Hazeem berlari ke luar pondok. Dengan hujan yang lebat ia menyukarkan Hazeem untuk mencari tubuh kecil itu. Kereta tadi sudah hilang.
Hazeem ketap gigi. Dia tidak jumpa Fael. Terus pandangannya dihalakan ke kiri dan ke kanan sebelum melintas. Sebelah tangan diletakkan ke atas kepala, menggelakkan kepala diserang air hujan. Namun usahanya sia-sia kerana telapak tangannya tidaklah sebesar kepalanya tetapi ia tidak ambil kisah itu semua.
Dia naik hairan kerana tidak menemui Fael. Malah, setitik darah merah pun tidak kelihatan. Hazeem berlalu ke tepi jalan memberi laluan kepada pengguna jalan raya meluncur. Matanya mula berkaca. Dia terduduk lemah. Tangan tidak lagi menutup kepala. Air hujan membasahi tubuhnya menyebabkan tubuh itu mula mengigil kesejukan.
"Fael.. Mana kau?" Dikesat perlahan air hujan yang melekap pada wajahnya. Perlahan-lahan dia bangun berlalu ke pondok bas tadi. Wajah diangkat mahu melihat wajah kemenangan Hakim. Pasti dia suka lihat Hazeem tak ubah seperti orang mati bini di situ.
Tergamam.
Langkahnya turut terhenti dan seraya itu, air mata tumpah sebelum dia jatuh terduduk.
Hantu berambut panjang hitam seperti Sacred Riana dalam rancangan Asia Got Talent itu sedang elok memegang Fael yang sudah terbuka matanya. Keajaiban yang dia harapkan kini telah termakbul. Air mata terus mengalir mengenangkan dia bakal kehilangan Fael. Hantu itu tersenyum herot sebelum merapati Hazeem. Fael yang dibelai diletak atas lantai simen. Terus kucing kecil itu merapati tuannya yang menangis.
Hakim yang bertentangan dengan Hazeem terkedu tidak percaya. Pada gambaran matanya, kucing itu terbang. Hal ini kerana Hakim tidak mampu melihat hantu yang bertenggek itu.
"Budak tu, bagi aku yang settle," Lembaga baju putih itu segera menghilang dan muncul kembali tepat di hadapan Hakim. Walaupun Hakim tidak dapat melihat, entah mengapa bulu romanya tinggi mencanak naik. Seram sejuk dia jadinya. Segera dua tangannya menggosok lengan meredakan sejuk.
"Arghh!!" Jeritan Hakim bergema tatkala deria penglihatan jelas dapat menyaksikan lembaga hitam legam bersama baju putih yang koyak itu melihatnya dengan wajah yang sukar digambarkan. Cacing mula keluar dari mulut dan hidungnya. Mata tidak kelihatan, yang terlihat hanyalah hitam bersama darah yang meleleh deras pada pipinya.
Hakim segera mencapai kunci motor lantas membonceng pergi. Deruman enjinnya kuat kedengaran. Hampir-hampir dia terlanggar pokok dek kerana takut akan makhluk yang baru dilihatnya. Dadanya masih merombak. Walaupun hujan masih renyai-renyai, dia tidak kisah. Dia lebih rela membonceng ketika hujan berbanding tinggal bersama wajah ngeri itu. Entah macam mana hantu itu boleh muncul dan berniat ingin menganggunya sedangkan dia tidak pula membaca mana-mana jampi.
Gelak sinis tercetus dari hantu yang sudah berubah biasa wajahnya. Terhibur dirinya melihat Hakim yang kalut melarikan diri. Lagi bagus kalau Hakim terlanggar pokok itu. Biar pengsan!
Dia memalingkan badan menghadap Hazeem yang masih berteleku. Entah apa kena dengan dirinya sehingga sanggup membantu kucing kecil itu. Mungkin kerana kecomelannya, dia sendiri tidak pasti.
"Fael.." Kucing putih hitam itu dibawa ke dada. Mahu gugur jantungnya saat Hakim melempar Fael ke tengah jalan. Habis basah baju Hazeem kerana tubuh Fael yang terkena air hujan. Dia amat takut untuk kehilangan kucingnya itu. Hanya Fael sahaja yang memahami dirinya.
"Meow," Seperti rutin harian, kucing itu membelai diri sendiri pada dada Hazeem. Rasa sayang dia terhadap Hazeem melampaui segalanya. Kerana manusia itulah dia masih hidup sehingga kini. Kalau tidak, mungkin dia sudah menghadap Ilahi.
"Dah boleh berhenti drama? Muak pula aku tengok air mata meleleh ni," Hantu itu sudah bercangkung dengan sebelah tangannya menongkat dagu. Hazeem kemam bibir geram sebelum sebelah tangan naik mengelap air mata. Kacau line betul hantu ni!
Fael dilepaskan dari pelukan. Kucing itu menggoncangkan tubuhnya sendiri dengan niat ingin membersihkan tubuh dari air hujan. Kemudian, tubuh hantu itu dirapati.
Fael juga seperti Hazeem, memiliki deria yang tidak semua manusia miliki. Hijab sudah terbuka sejak kecil membiasakan diri mereka untuk tidak gentar menghadap makhluk Allah yang lain.
"Lain kali jangan sakit-sakit. Aku ni bukannya ada selalu," pesan hantu itu mengusap kepala Fael. Matanya memandang Hazeem.
"Apa hal mamat itu benci sangat dekat kau ha? Sampai tergamak nak baling kucing ni?" Hazeem bungkam. Dia sendiri tidak pasti. Dia langsung tiada jawapan. Mungkin hanya untuk saja-saja?
"Macam mana kau sedarkan Fael?" tanya Hazeem menukar topik. Alang-alang dia teringat nak tanya itu, lebih baik dia segera.
"Aku dulu seorang dukun. Jadi, aku dah biasa ubatkan orang ni. Tapi tulah, kerja tak halal, sebab tu merana lagi dekat sini," Hazeem mengangguk. Benarlah kata orang, setiap yang kita lakukan dekat dunia, pasti akan dibalas hatta sekecil zarah sekalipun.
"So, tak peliklah kalau kucing putih hitam kau tu aku boleh rawat," jelas si dia lagi memandang Hazeem.
"Habis tu kenapa kau tak rawat dia awal-awal lagi? Kena ke sampai Hakim baling dia baru acah nak jadi hero?" perli Hazeem mencebik bibir.
"Dah kau yang tak layan aku mula-mula. Pepatah orang putih ada mengatakan, what you give is what you get back, maka terimalah akibat tu sendiri. Bersyukurlah sikit aku bantu kau. Kalau tak, dah tak hidup kucing tu," Hazeem mengusap leher belakang. Tadi dia terkejar-kejap mahu carikan doktor untuk Fael, namun disebabkan hujan terus hilang mood dia. Itu sebab dia tidak melayan mana-mana hantu yang lalu. Tapi tidak sangka pula di hadapannya ini seorang dukun. Kalau dia tahu, dah lama dia minta tolong. Tak payah susah-susah tunggu hujan reda.
"Yelah, aku minta maaf sebab tak layan kau," ujar Hazeem serba salah. Niat hantu itu sebenarnya baik disalahertikan olehnya. Sangkanya hantu itu saja ingin menganggunya.
"Dahlah kau, pergi balik. Kucing kau tu pun dah sihat. Jaga dia elok-elok," pesan si dia sebelum menghilang. Hazeem tersenyum tipis. Fael dibawa ke dada sebelum pipi kecil itu dikucup.
Walau apa pun nama kau, terima kasih hantu!
🔹🔹🔹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro