
39
Minggu ni aku dan Shahmi akan tinggal dekat kampung nenek si Shahmi ni disebabkan ada sepupu dia yang nak kahwin. Akad nikahnya dah, ni tengah tunggu nak bersanding. Hari bersandingnya esok. Jadi, harini semua orang sedang sibuk membuat persiapan. Shahmi ada la juga membantu memasang kanopi, mengatur meja dan kerusi serta banyak lagi.
Aku?
Aku duduk je dekat tangga rumah nenek dia ni sambil tengok suami aku yang kacak nak mati tu tengah berpeluh-beluh angkat meja, kerusi, periuk belanga apa semua.
Bukan tak nak tolong, cuma dah semua orang larang aku bila mereka tahu aku sedang mengandung. Katanya kandungan masih muda, tak boleh buat kerja berat. Maka aku di sini duduk jela dekat tangga ni sambil makan aiskrim. Ala... Nanti aku curi-curi la tolong potong bawang kat dapur. Aku sarung topeng ninja biar orang tak perasan nanti.
"Sofeah...". Ha baru je sebut tadi, terus muncul tuannya dekat depan aku sambil mengelap-ngelap peluh di dahinya.
"Ya? Shahmi nak air ke?".
Dia geleng.
"Dahtu?".
"Sofeah naik dulu lah ya? Tak payah tunggu saya. Panas ni". Nasihatnya. Mungkin kesian dia tengok aku daripada tadi duduk sorang-sorang dekat tangga ni. Nak berkawan dengan sepupu-sepupu perempuan dia yang lain, semua macam sombong aje. Nak berkawan dengan adik beradik dia, semua dah balik homestay. Umi dengan abah pun sama.
"Nak tunggu jugak. Saya bosan lah duduk dekat atas...".
"Tak panas ke?". Soal Shahmi.
"Panas lah jugak tapi saya tak kisah. Saya nak tunggu juga Shahmi. Boleh saya tengok badan Shahmi yang berpeluh-peluh tu". Aku mengenyitkan sebelah mata ku kepadanya.
"Gatal". Dia jeling aku lepastu dia jentik dahi aku sekali.
"Sakit la!". Mengerut dahi aku dek kerana sakitnya terkena jentikkan tak berperi kemanusiaan Shahmi itu.
"Tunggu la kalau nak tunggu. Nanti saya bawa Sofeah pergi makan abc".
Belum sempat aku nak bersorak gembira lagi, Shahmi dah bla. Menyambung kerjanya.
🦋
"Takpe ke ni?". Dah nak masuk tujuh juta kali Shahmi bertanyakan soalan yang sama.
Kisahnya...
Mak Long si Shahmi ni tiba-tiba menyuruh dia untuk menjadi pengapit pengantin lelaki. Entah takde angin, takde ribut... Tiba-tiba je lepas laki aku ni siap susun meja tadi, Mak Long cakap, "Mi, tolong jadi pengapit ya esok?". Shahmi yang baik nak mampus ni, mana mungkin la menolak.
YA, DIA TERIMA TANPA TANYA AKU DULU!
Aku sebenarnya okay je kalau dia nak jadi pengapit tu... Yang tak okay nya, pasangan pengapit dia tu! Pasangan pengapit dia tu merupakan sepupunya yang paling aku benci sekali bernama Kila. Kila ni daripada hari pertama aku dan Shahmi tiba dekat kampung ni, dia dah sibuk nak menggedik dengan laki aku walaupun Shahmi tak layan pun sebenarnya.
"Ya...". Sugul aku menjawab sambil menolongnya memasang butang baju melayunya yang cantik berona biru muda itu.
"Betul ni?". Sekali lagi.
Aku tundukkan kepala ku sambil menggumam perlahan.
"Pandang saya, Sofeah. Pandang saya bila Sofeah bercakap dengan saya". Jari telunjuknya mengangkat dagu ku sedikit agar aku dapat melihat wajahnya dan dia dapat melihat wajah ku dengan jelas.
"Ape?".
"Yakin ni?".
"Ya... Pergi lah sana, dah siap ni". Makin sugul aku dibuatnya.
Aku ingat dia nak pujuk lah kan... Alih-alih...
"Okay".
ITU JE?! YA AMPUN!!!
"Saya keluar dulu, nanti awak keluar tau. Duduk kat meja makan sekali dengan umi ngan abah". Dia mengusap kepala ku sekali sebelum berlalu pergi.
Aku mendegus kesal.
Sejak bila Shahmi Haqiem tak pandai pujuk isteri dia ni?!!
🦋
"Haih... Masam je muka menantu umi ni. Kenapa?". Soal umi yang duduk di meja makan bersama ku itu. Kami sama-sama sedang menunggu pengantin dan PENGAPIT untuk sampai.
"Takde apa lah, umi...". Aku kuis-kuis kain meja makan itu.
"Lapar ya?". Umi dengan anak dia si Shahmi tu sama je... Kalau tengok aku takde mood sikit, mesti mereka akan tanya pasal makanan.
"Lapar lah sikit".
"Pergi la ambil pencuci mulut tu dulu. Bagi baby rasa sikit. Umi tak boleh tolong Ayesha pergi ambil, kena tunggu abah ni". Serba-salah umi dibuatnya.
Lantas aku membalas,
"Eh takpe la umi... Jangan cakap macam tu, Ayesha boleh pergi ambil sendiri".
"Betul ni?". Umi bertanya untuk kepastian.
"Ya, umi. Ayesha pergi kejap ya?".
Umi mengangguk lalu aku berjalan pergi ke arah deretan meja panjang yang menghidangkan beberapa jenis pencuci mulut itu.
"Sedapnya... Nak makan semua la!".
Belum sempat aku nak capai pinggan, ada tangan lain yang ambil dulu dan suaranya berbunyi.
"Mana boleh makan semua. Tak elok". Mendatar saja tapi aku tahu tu suara siapa.
Tu suara suami aku!
"Shahmi? Buat apa kat sini? Kenapa baju melayu awak warna lain?". Makin pelik aku dibuatnya apabila baju melayu biru muda tadi dah bertukar dengan baju melayu warna kuning cair, sama seperti warna baju kurung aku.
"Ada orang tu cemburu saya pakai warna matching dengan orang lain tapi dia tak nak jujur dengan saya. Jadi, saya suruh lah Amin yang ganti saya jadi pengapit so that saya dapat pakai baju sama warna dengan dia". Katanya sambil mengambil agar-agar sirap kegemaran ku.
'Dia' yang dimaksudkan oleh Shahmi itu 100% ialah diri ku sendiri kerana aku je yang pakai baju kurung kuning cair pada hari itu.
"Mana ada cemburu".
"Kalau dah muka macam anak ayam tersepit tu, tak cemburu ke?". Soal Shahmi sambil matanya merenung mata ku.
"Berani Shahmi panggil saya anak ayam tersepit?!". Aku pun terus mencubit ketam sisi pinggangnya.
Berkerut-kerut mukanya menahan sakit.
"Tak sebut nama sesiapa pun".
"Heh!". Aku berdecak geram.
Tak lama lepas tu, aku bersuara lagi.
"Terima kasih tau, Shahmi".
"Hm?".
"Sebab faham isi hati saya walaupun saya tak cakap pun dekat awak". Aku memegang tangannya yang sedang menciduk bubur jagung itu.
"Always, my Sofeah...". Dia tersenyum manis.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro