Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36

Daripada jauh aku perhatikan je suami aku tu. Masyaallah, indah betul ciptaan Allah kan? Fuh, dengan baju melayu berwarna baby blue dengan kain pelikat hitam tu. Haih, iman seorang Sofeah Ayesha sesungguhnya tak kuat!

Tapi aku ada sesuatu nak tanya dia!

"Fokus, Ayesha. Fokus!".

Perlahan-lahan aku berjalan menghampiri dia lalu aku duduk di birai katil di bahagiannya. Berjarak beberapa sentimeter sahaja dengan figura yang masih berdiri itu.

Aku kuis-kuis dia punya hujung lengan baju sehingga lah dia berpaling; fokus kepada ku.

"Hm?".

Aku kuis lagi dia punya lengan baju.

"Sofeah kenapa? Nak makan?".

Sekali lagi, aku terus menguis hujung bajunya.

Kalini dia mengeluh perlahan sebelum berkata, "Sofeah taknak bagi saya keluar ke? Bukan tadi Sofeah dah bagi ke? Nak cancel ya?". Dia tak marah pun, dia tanya elok-elok je. Come on, sejak bila Shahmi pandai marah orang ni? Lagi-lagi kalau isteri kesayangan dia ni **flip rambut.

Shahmi pun akhirnya turut duduk di sisi ku sambil membaiki jam di pergelangan tangannya.

" Tak... Bukan... Tapi boleh tak bila Shahmi balik nanti, Shahmi tolong buatkan saya sesuatu?".

"Buat apetu, Sofeah?".

"Adela. Nanti awak balik, baru saya bagitahu". Aku menggosok-gosok lengan Shahmi yang berlapik baju melayu itu.

"Okay. Saya keluar dulu eh? Sofeah nak kirim apa-apa tak?".

"Saya nak laksa boleh? Teringin nak makan". Aku ni, dah pukul 9 malam pun sibuk duk request laksa lagi. Tapi bila fikirkan balik, sedapnya laksa!

Shahmi pun angguk sekali.

🦋

10.30 malam

Dengar je bunyi pintu hadapan tu terbuka, terus aku celikkan mata. Aku tahu, mesti Shahmi dah balik. Sebab dia cakap nak balik sebelum pukul 11 malam.

Dia keluar pergi mana?

Shahmi pergi lepak je sebenarnya. Beria dia 'minta izin' aku tadi, ingatkan aku tak bagi. Aku pun cakap la,

"Keluar je la. Kenapa? Shahmi takut saya marah Shahmi ke?". Pastu aku gelak.

Okay, back to the present.

"Shahmi dah balik?". Soal ku sambil menenyeh-nenyeh mata yang agak kabur tu. Yela, baru bangun tidur kan.

"Hm. Sorry buat Sofeah tunggu lama". Dia letak kunci kereta dia dekat atas meja kopi sebelum duduk di sofa bersama ku. Plastik yang ada di tangan, dihulurkan kepada ku.

"Laksa?".

Shahmi angguk sekali.

"Yayy! Ingat jugak Shahmi eh? Thank you suamiku sayanggg!!!". Dengan terujanya, aku peluk badan dia kemas-kemas. Shahmi? Dia layankan jela. Dia tahu, isteri dia kalau terlebih teruja, memang macam ni.

"Sama-sama, my Sofeah".

"Tak sabar nak makan hehe. Shahmi beli dekat mana?". Tanyaku sambil membelek-belek plastik laksa yang masih panas itu. Dia beli dekat mana ni?

"Erk...". Bukannya nak jawab soalan aku, sebaliknya dia garu-garu leher dia tu.

"Shahmi... Beli kat mana laksa ni....?". Aku runcingkan pandangan mata aku.

"Jangan marah tapi saya 'beli' dekat umi". Astagfirullahalazim! Sanggup dia balik rumah umi semata-mata nak suruh umi buat laksa?!!

"Umi buatkan ke?".

Shahmi angguk.

"Dahtu Shahmi tak pergi lepak lah?".

Kalini, Shahmi geleng.

"Shahmi... Saya tak nak la awak buat macam ni. Saya kadang-kadang rasa kesian dekat awak tau. Awak terlampau layan saya yang mengada ni sampai awak takde masa untuk diri awak sendiri. Saya-".

"Sofeah... Masa saya dengan awak tu la masa saya untuk diri saya sendiri jugak. Sofeah tak perlu risau okay? Jangan lah nangis, cengeng la. Jom, saya teman Sofeah makan. Nak?". Jarinya naik mengesat air mata ku. Entah bila aku menangis pun, aku tak tahu.

" Saya nangis ke?".

" Haah".

"Buruk tak?". Aku tanya dia lagi. Biasanya dia akan cakap bur--

"Tak. Kalini cantik". Shahmi tersenyum manis.

"Eee pandai pandai je!". Aku tersengih-sengih sambil menepuk-nepuk lengannya.

"Okay, kalini buruk". Dengan dia-dia sekali bergelak ketawa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro