LG. XIV
Hari ahad─ hujung minggu, Hyuyun dengan rutin hariannya. Singgah di Shinsegye Bakery membeli 40 biji cupcake pelbagai rasa dan tekstur.
Kemudian, meneruskan pemanduan ke rumah anak Yatim Saesarang. Memang rutin mingguannya membuat kerja amal. Bahkan, anak-anak yatim di sana sudah kenal dengannya.
"Unnie datang!"
Tiga orang budak kecil menghampirinya, Hyuyun memberi cupcake itu kepada salah seorang mereka. "Bagi dekat semua, okay?"
"Baik noona!" Sahut anak lelaki bernama Song Jaeho.
Hyuyun menghampiri Kakak Yewon, pengurus rumah anak yatim ini yang sedang sibuk menghias dewan kecil mereka.
"Yewon Unnie, awak buat apa hias semua ni? Ada majlis tak hari ni?" Tanya Hyuyun.
Yewon mengangguk sambil melekatkan wallpaper di dinding, "Hari ni, ada pihak yang nak bagi sumbangan untuk anak-anak melancong ke Jeju minggu depan."
"Hyu, kamu boleh tolongkan hias dewan kita ni. Sekali kamu joinlah majlis nanti." Pinta Yewon, Hyuyun pun akur.
------
"Dipersilakan ketua pegawai eksekutif Syarikat Shinsadong Automotive Mobile untuk memberi ucapan sekali gus memberikan sumbangan!" Kakak Seolha sebagai MC mempersilakan orang itu.
Keluar sahaja dari kerumunan pegawai bawahannya, lelaki itu menuju ke atas pentas kecil tersebut. Hyuyun yang memandangnya─ sedang bersandar di pintu masuk itu melolot terkejut.
"Ee- encik Choi?"
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro