LG. VIII
Namun, tidak bagi Beomgyu. Dia berlegar-legar di pusat daycare itu memarahi setiap orang staff yang lalai menjaga anaknya.
"Anak saya mana?"
"Siapa yang berani bawa anak saya pergi tanpa kebenaran saya!"
"Dalam masa 24 jam, saya tak dapat dengar berita anak saya dijumpai. Awas! Pusat daycare ini saya saman."
Semua staf hanya menunduk akur. Takut dengan lelaki ceo ini ─ yang kehilangan anak kesayangannya.
Beomgyu yang kusut itu berjalan keluar dan memecut keretanya laju pulang semula ke rumah. Laporan kehilangan belum boleh dilakukan kerana belum sampai 24 jam.
------
Hyuyun, Ha On, dan Yurae meluangkan masa ke Taman di sekitar sungai Han. Makan cotton candy dan patbingsu bersama. Yurae mula senang dengan sikap Ha On ─yang 3 tahun lebih adik darinya itu─ kerana lucu.
"Yurae, ini dah dua jam kita keluar. Nak balik lagi tak?" Tawar Hyuyun.
Dia memang mahu hantar anak ini pulang dahulu tetapi dirayu oleh Yurae yang katanya kebosanan di rumah. Lagipun, papanya sibuk di pejabat.
"Tunggulah lagi mama, dua jam lagi."
Hyuyun terpaksa akur. Kemudian, bersuara semula. "Yurae, kenapa Yurae panggil saya mama?" Tanyanya, sebab pelik juga dengan anak ini. Seakan-akan tidak ibunya sendiri.
"Sebab mama Hyu macam mama Yurae. Mama Hyu baik macam mama Yurae."
"Mana mama Yurae?"
"Mama Yurae pergi keluar."
Hyuyun hanya mengiyakan. Bermakna, anak ini ada mamanya. Tetapi, mungkin sama sibuk dengan papanya.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro