LG. II
Sangkar beruang yang sedang kecoh kerana beruang grizzly itu mengamuk. Tangan besar si binatang menarik sebelah kaki seorang anak kecil pengunjung di situ.
Budak perempuan kecil itu meraung minta dilepaskan, namun semua pengunjung berlari pentingkan diri sendiri.
Tanpa berlengah, Hyuyun si pakar haiwan itu menghampiri. Dia agak kenal dengan beruang grizzly itu, dinamai Bobolo. Sebab pelatih pertama sebelum beruang itu dibawa ke zoo ini adalah dirinya.
"Bobo, calm down..." Hyuyun menghendap, dengan tangan diarahkan untuk Bobolo mendiamkan diri daripada mengamuk.
Memang, kadangkala haiwan di zoo akan bertindak liar. Lagi-lagi, beruang grizzly itu adalah haiwan liar yang baru dijinakkan tak sampai dua tahun pun.
Dalam hati, Hyuyun berharap yang Bobolo masih cam akan dirinya.
"Bobolo.." Panggil Hyuyun, dia semakin mendekati anak kecil yang terlekat di pagar pemisah sangkar itu.
"Shh, jangan nangis, saya akan tolong kamu." Bisik Hyuyun sebaik sahaja dia berjaya mendekatkan jaraknya dengan anak kecil itu.
"Bobolo..." Panggil Hyuyun lagi sekali, untuk kali ini dia beranikan diri untuk berdiri. Jarak sudah dekat dengan beruang grizzly yang mengamuk itu.
Hyuyun menggelengkan kepalanya. Memandang tepat ke anak mata beruang mengamuk itu. Berharap agar Bobolo masih patuh akannya.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro